Agak panas juga komen-komen yang diberikan oleh pengikut-pengikut Shila Amzah di Instagramnya. Ini semua angkara perkongsian sebuah gambar oleh Shila Amzah yang menunjukkan seorang peminatnya mengkritik mutu persembahan yang ditunjukkan oleh penyanyi ini. Shila telah meletakkan caption “Me-Layu” di dalam gambar tersebut. Ia terus menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang cuba memahami apa maksud sebenar yang mahu disampaikan Shila.
Pada pandangan Abang Nara, kritikan yang diberikan oleh ‘azim_fauzi’ di atas adalah satu kritikan jujur dan boleh digunakan oleh Shila untuk memperbaiki lagi mutu persembahan di masa hadapan. Mungkin agak kasar cara komen tersebut disampaikan. Dengan menggunakan caption “Me-Layu”, Shila telah menyebabkan peminatnya mempersoalkan kemampuan Shila menerima kritikan. Tak kurang ada yang menyokong Shila dan menyatakan yang memang orang Melayu hanya tahu mengkritik dan tidak menyokong bangsa sendiri.
Sesi berbalas komen yang hangat telah pun berlaku di kalangan para peminat Shila Amzah. Akhirnya penyanyi ini tampil untuk meminta maaf dan menenangkan keadaan. Tulis Shila:-
Sha tak pernah mendongak langit dengan apa yang sha dah capai..Semua berkat usaha sha,my family,my team and doa Dan sokongan ibubapa and para peminat..the reason why I posted that caption “me-layu” earlier sebab sha memang dah LAYU dengan comments yang macam ni,yang tak tahu hujung pangkal,I do understand tak semua orang boleh suka kita..I’m sorry for the misunderstanding :’).
Apa pun, jadikanlah teguran sebegini sebagai satu pembakar semangat untuk Shila memperbaiki diri dan persembahan di masa hadapan. Biasalah peminat kalau dia dah bayar dan tak suka pastilah nak tegur. Bukan nak malukan cuma harap di masa hadapan akan ada peningkatan. Kalau tak ada teguran macam mana kita nak jadi lebih power kan? Harap-harap Shila bersikap terbuka dalam hal ini. Selamat maju jaya!!!