Written by Bella | June 20th, 2016

Bagi mereka yang bergelar artis, pasti tidak boleh lari daripada sebarang gosip ataupun kritikan lebih-lebih lagi jika mereka antara pasangan bercinta yang mendapat tumpuan ramai.

Kadang-kala masalah didalam rumah tangga yang dibina juga boleh berpunca daripada segala khabar angin yang tidak benar dan ia seakan memberi tekanan dalam sesebuah hubungan itu.

Menurut Miss J di Utusan Online, Sherry Ibrahim tidak mahu terlalu terbuka mengenai kisah cintanya bersama Fattah Amin kerana terkenangkan semua masalah yang bermula hanya dengan satu gosip sahaja.

Malah, sejak gosip beliau didakwa cemburu dengan Ruhainies yang dikatakan akan bercuti dengan Fattah, Sherry seakan sudah serik untuk mendedahkan kisah peribadinya. Sherry seboleh-bolehnya mengelak untuk daripada terus bercerita tentang perancangan hubungannya dengan Fattah kepada media .

Sherry dan Fattah tidak kami nafikan pasangan selebriti yang menjadi favourite ramai juga.  Mereka sering tertanya  perkembangan percintaan Sherry dan Fattah serta adakah mereka akan ke jinjang pelamin..

Tidak mengapalah, biarlah Sherry Ibrahim tidak terlalu bercerita mengenai percintaan beliau, nanti ada juga mereka yang komen sudah bosan dengan cerita mereka pulak kan? Apa-apapun, kami mendoakan agar hubungan mempunyai pengakhiran yang baik dan ada jodoh bersama.

Sumber Berita : Utusan Online

6 responses to Sherry Ibrahim Tidak Mahu Dedah Kisah Peribadi Kerana Takut Percintaan Tergugat Dengan Gosip

  1. NURUL IMAN says:

    ….2 MINGGU LAGI RAMADHAN KIAN PERGI…. ADAKAH KITA BERPELUANG UNTUK MERASAI RAMADHAN UNTUK TAHUN HADAPAN? WALLAHUALAM :'(

    1

    0
  2. minah jambu terlajak habis says:

    kawan minah jambu tengok wayang kt lido singapore n kawan minah jambu baru aje smlam nampak sherry kt singapore ..kawan minah jambu dia nk selfe ngan sherry tapi ujan masa tuu…kawan minah jambu cakap sherry kalau tengok dia kt luar memang jambu n dia ada class pakaian dia class walau pon dia dh bertudung…lov u sherry n lov u fatahh…

    0

    1
  3. Anonymous says:

    cantik sherry menjak brtudung…manis je…moga dia org ad jodoh…amin

    0

    1
  4. Lavender says:

    Suka Sherry Ibrahim :)

    0

    1
  5. Anonymous says:

    Sherry makin manis dan berseri lepas berhijab.. hoping attitude beliau seiring dengan wajah. Fatah Amin, hang dok tunggu lagi.. cepat cepat masuk meminang sebelum masuk angin keluar asap… calon dah ada depan mata, dok delay lagi buat apa lagii..!!..

    0

    1