Written by AbangNara | December 9th, 2014

Alhamdulillah. Baru-baru ini Abang Nara ada berkongsi beberapa gambar Shera Aiyob yang dilihat tampil dengan imej bertudung. Ramai yang melahirkan rasa gembira sekiranya penghijrahan Shera ini benar-benar berlaku. Akhirnya Shera telah tampil mengakui yang dirinya sudah pun mengenakan tudung dan ia berlaku tanpa sebarang paksaan daripada suaminya, Zahiril Adzim.

shera ayob

Menariknya juga Shera Aiyob memaklumkan yang tiada kisah istimewa yang berlaku di sebalik penghijrahan ini. Iyerlah, selalu selebriti bertudung ini ada je cerita mimpi la, jumpa alim ulama la dan macam-macam lagi. Bagi Shera Aiyob, dirinya bertudung kerana rasa sudah sampai masa. Kata Shera:-

Tidaklah, tiada apa yang berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang.

Zahiril tidak memaksa, kerana dia percaya berubah demi orang lain bukan sesuatu yang dia suka. Jadi bila saya berubah dengan kehendak saya sendiri, perasaannya berbeza dan kita tahu ini sesuatu yang ikhlas.

Dia (Zahiril) tidak cakap apa-apa, cuma saya tahu memang dia juga nantikan keadaan ini sudah lama. Mungkin ini doa dia dan saya juga. Kali pertama saya mengenakan tudung ketika keluar rumah dia cuma tanya, betul ke? Bila saya cakap ya, dia hanya senyum.

shera ayob

Abang Nara yakin Zahiril Adzim selaku suami kepada Shera Aiyob adalah orang paling gembira dengan perubahan ini. Hati suami mana tak gembira apabila si isteri mengikut tuntutan syariat. Apa pun, semakin hari semakin ramai selebriti muda yang berhijrah mengenakan hijab. Semoga sedikit sebanyak ia akan memberi impak kepada masyarakat di luar sana. Sama-samalah kita doakan. Sumber Utusan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 responses to Shera Aiyob Akui Sudah Bertudung, Tak Dipaksa Oleh Suami

  1. nok gebuzzz says:

    Alhamdulillah…..berubah sikit2 ,yg penting bukan kerana terpaksa…bertambah cantik shera…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    so humble, sweet , natural woman, suke tengok sheira dari dahulu

    0

    0
  3. hany says:

    Alhamdulillah..ada iras2 nurul syuhada nurul ain,yg pengacara tu :)

    0

    0
  4. cik iman says:

    serious cantik kan :D

    0

    0
  5. bedah bedot says:

    Alhamdulillah, moga bahagia disamping keluarga dunia dan akhirat.

    0

    0
  6. Aku says:

    Comel sangat-sangat

    0

    0
  7. saya says:

    ada iras-iras macam beekhan ex-wife nedim tu.. cantik dia pakai tudung.. :)

    0

    0
  8. Anita says:

    ala, kalo laki dia paksa pun, xsalahkn.

    0

    0
    • alahaii says:

      alahaiii…die dah bertudung dah pun..xjd isu pun paksa memaksa..diorg tahu apa yg diorg buat..mcm2 cara nk ajak kearah kebaikan..doa dari suami tu pun dah cukup baik..doakan senjata mukmin..

      0

      0
  9. nurin says:

    alhamdulillah….muka diorg ada iras la.sweet coyple.

    0

    0
  10. KAWAN SEKOLAH says:

    sheera ni kawan skolah aku. kami sama2x dok kat kuates polis kat ulu kinta.
    sheera & adik beradik dia memang seorang yg baik. dia ni dulu pendiam kt kelas. aku mmg tak sangka dia jadi pengacara sebab dia ni pendiam.

    0

    0
    • WANNY says:

      hehe awak siapa yer..tapi kami tak penah dok dalam kuates la…kami dok lua…hehehe alhamdulillah…if kawn sekelas shera saya mesti kenl..hehehehe….

      0

      0
  11. memori lame says:

    sweet je shera ni..aku suke tgok..dulu die pnah kaple nan kamal adli..diorg satu kampus..ade hikmah rupenye die x jadi nan kamal adli..maybe kamal tuh jenis x serius. alhamdulillah.. bertemu jodoh dengan orang lain..bmkin berseri2…:)))

    0

    0
  12. kat says:

    cantiknya perempuan ni… sejuk hatiku melihat pasangan syurga sebegini..

    0

    0
    • minah jambu tlajak habis biru says:

      macm kau tauuuuu aje ..

      0

      0
      • minah jambu tlajak habis biru says:

        kenape tk biru pulak kaler minah jambu ni ? ada cap dolar pulak tu ..macm tau aje minah jambu ni mate duitan..

        0

        0
        • minah jambu tlajak habis biru says:

          ni mesti bng nara punye pasal tukarkn kaler minah jambu kan ! tapi tkpeeee bang nara dh kehabisan kaler gak Nye..

          0

          0
  13. markonah says:

    shera ayob ex gf kamal adli. sib baikx jd ngan kamal adli, kalo tidak smpai sekarang x kawin2

    0

    0
  14. lembupolkadot says:

    Alhamdulillah….dah bertudung, cantik dan labuh tudung dia…semoga diri ini dan pembaca BN yg lain nya diberikan hidayah supaya melabuhkan tudung dan istiqamah bertudung.

    0

    0
  15. dakwahku hiburanku says:

    Alhamdulillah…kalau sheera dan suami bc komen ni….saya MENDOAKN anda jadi keluarga artis contoh.bahagia dunia dan akhirat.murah rezeki,jadi duta produk….percayalah jika kamu bantu agams ALLAH,ALLAH akn bantu kamu.

    PENERBIT yg ada rasa cintakan ISLAM pilih lah pelakon yg cintakn ISLAM juga….jg syariat…..

    TAHNIAH…..sangat gembira…..

    0

    0
  16. kak linda says:

    Alhamdulillah, untuk sesiapa juga yang berhijrah, sebenarnya kalau berhijab tidak perlu pada izin suami atau bapa sebab ia adalah perintah yang WAJIB daripada Allah. Macam solat fardu tidak perlu minta izin suami nak solat fardu, sama la juga puasa di bulan ramadan tidak perlu minta izin wali atau ibu….

    0

    0
  17. Muhammad syazwan bin said ingin nak berkenalan dengan awak shera aiyob. mohd syazwan memang paling peminat shera aiyob. ………………

    0

    0