Written by AbangNara | June 4th, 2014

Akhirnya kemelut yang melanda Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berjaya juga diselesaikan. Rasanya dekat 3 bulan juga timbul salah faham antara mereka. Siap Sharnaaz Ahmad pergi buat pemeriksaan otak untuk membuktikan dirinya masih waras. Kelakar pun ada jugak kan? Namun baru-baru ini menerusi rancangan H!Live di Astro Ria, Fauzi Nawawi dan Lisdawati telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sharnaaz Ahmad.

fauzi nawawi

Malah menerusi akaun Twitternya juga, Fauzi Nawawi telah menulis kata-kata di bawah:-

Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yg sengaja or tkde Dan kami juga Tlh memaafkan anda yg selama ini membenci..

Sharnaaz juga telah menerima permohonan maaf daripada suami isteri tersebut. Kata Sharnaaz menerusi Mstar Online:-

Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf. Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak. Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka

sharnaaz

Kan bagus kalau macam ini. Meminta maaf dan memberi kemaafan adalah satu sifat terpuji. Gaduh lama-lama pun tak guna. Industri hiburan Malaysia kecil sahaja. Pusing sana pusing sini, nanti pasti kena bekerja di bawah satu payung jugak. Semoga dengan perkembangan ini, Sharnaaz, Fauzi Nawawi dan Lisdawati akan lebih tenang menjalani kehidupan masing-masing. Tahniah!!!

P.S: Beli produk besarkan alat kelamin, dapat kanta pembesar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Sharnaaz Ahmad Terima Permohonan Maaf Fauzi Nawawi & Lisdawati

  1. Muslimah says:

    Baguslah…maaf memaafkan amalan mulia
    Yang dah lepas tu lepas lah..buang yg keruh ambil yg jernih.
    Sesama islam dan sama2 dlm industri lakunan. Pusing2 akan berjumpa juga…
    :)

    0

    0
    • ketam batu says:

      shanaz bkn jns keras kepala.. good job boy

      0

      0
      • Who's Your Daddy says:

        Dh agak dh pongpang2 last2 cmni.. Publisiti murahan, maklumlah dh sendu.

        0

        0
        • Baby AA says:

          Sharnaaz bertukar menjadi Pak Nil…? :D

          0

          0
        • lynn says:

          cantik & berseri lisda. suka sgt tengok lisda ni. walaupun barefaced, masih cantik sgt. suami saya pun suka tengok kalau dia berlakon. cuma tak berkenan dgn fauzi. muka ganas semacam. hehe.

          apa2 pun, saya sokong abg jebat. sukeeee sgt tengok dia dlm BKATC. caiirrr saya tengok hahaha

          0

          0
    • udang kara says:

      aznil nawawi, fauzi nawawi, lisda nawawi.. oops

      0

      0
  2. Gegurl says:

    #Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yg sengaja or tkde Dan kami juga Tlh memaafkan anda yg selama ini membenci… (sgt konpius dngn statement terakhir Fauzi Nawawi di situ)
    Apa2 pun bersangka baik jer lah. Sharnaz be gentleman ok bro!
    #SelamatBerdamai dari kami semua ;-)

    0

    0
  3. Mastura Ah Ah says:

    hmmm Macho sangat Jebat ni…x mo ah lagi gaduh gaduh…stay coooolll bro

    0

    0
  4. sotong hitam says:

    tu lah lain kali jgn main2 dgn abg jebat…abg jebat pantang di usik…hidup jebat!!!

    0

    0
  5. Sukati aku nk komen apa says:

    takut kena saman lettew….

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Besonya perut lisdawati ngandung y ni…ap pn lisdawati nmpk berseri muka dia…bagus la kalau dh saling bermaafan..tpi ad gak retis y smpi skg x bermaafan..rasa2nya safura ngan ifa raziah kot…selain tu ad lagi x…cuba teka…

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      tu laaaaaaaa takot baby yg keluar nanti macm muka shahnazzzzzz tk kire la baby girl or baby boy hehe…

      0

      0
  7. puteri says:

    apsal sharnaz ckap “hati org, siapa tahu”…perlukah org dh minta maaf dpersoalkan ikhlas ker x

    0

    0
  8. bosan says:

    1. sharnaz kata nak berhenti berlakon. hmmm.
    2. pak nil rambut dah rontok! kesian dia. dah tua dah kan.

    0

    0
  9. shahz says:

    Alhamdulillah kalau dah saling bermaafan. 0-0. Puasa pon dah nak dekat ni. Suka tgk pict lisdawati dlm harian metro smlm. Cantik sgt..

    0

    0
  10. jamil says:

    untungla da baik

    0

    0
  11. Zac says:

    Iklan raya tahun ni …

    0

    0
  12. anon says:

    Makin tua makin pelik nengok si aznil ni. Kenapalah jadi mcm ni. Terikut2 dgn si azwan agaknya. Tulah gih gaduh2 sngt dulu….kan dah jadi mcm dia.

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      a.a.ah muka dia pon ada macm botox sikit kan…itu pandangan minah jambu la kannnnnnnn…pandangan anda pada si pak aznil ni macmana pulak ???

      0

      0
      • irma imtiaz says:

        mmg botox arr….jgn lah nak bgi jwpan klise [hati senang-amalkan solat-dll]
        and skrg ni over terlebih

        0

        0
  13. Fauzi & Lisda says:

    Suka tgk wajah Lisdawati sejak dia dah bertudung nie. Nmpk lebih anggun n suci.. suka sgt lakonan Lisdawati.. mmg mnjadi n blh menitis air mata.. :)) Love both of u

    0

    0
  14. Suspect says:

    Haa..kn senang!!mngalah x jatuh ego pn.x rugi
    pe pon.lg org respect awk.tp nsib baik cpt
    mnta maaf,kang x psal2 muka bby ntt iras
    Sharnaaz..

    0

    0
  15. serena says:

    Bukan nak mengutuk, tapi tengok muka fauzi laki nisda ni mcm miang je….
    and si aznil ni pulak nampak pelik. Nampak si aznil pendek, rupa2nya fauzi lagi pendek. Ape2 pun baguslah kalau dah bermaafan. Lagipun puasa and raya dah tak lama…

    0

    0
  16. minah jambu merah biru says:

    gd boyyyy shahnaz ! hati u sungoh baik n terima kemaafan si laki bini ni dengan iklas….lov u shahnazzzzzzzzz..

    0

    0
  17. […] Sharnaaz Ahmad Terima Permohonan Maaf Fauzi Nawawi & Lisdawati (26) […]

    0

    0
  18. […] Sharnaaz Ahmad Terima Permohonan Maaf Fauzi Nawawi & Lisdawati (27) […]

    0

    0
  19. […] Sharnaaz Ahmad Terima Permohonan Maaf Fauzi Nawawi & Lisdawati (28) […]

    0

    0
  20. […] Sharnaaz Ahmad Terima Permohonan Maaf Fauzi Nawawi & Lisdawati (29) […]

    0

    0
  21. baguslah..x ada lagi persefahaman..

    0

    0