Mati-mati Abang Nara ingatkan Shahir merajuk dan menghilangkan diri kerana putus cinta dengan Rozita Che Wan, rupa-rupanya dia ghaib kerana dianiaya selama ini. Mementanglah Shahir nie nampak baik, sedap-sedap je orang pergunakan dia. Cian Shahir.
Inilah kata-kata daripada seorang sumber yang rapat dengan Shahir:-
Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini
Tapi setiap benda ada hikmahnya. Kemungkinan besar Shahir lepas berhenti ini ingin mengikut jejak langkah Sham Kamikaze ke arah bidang dakwah. Sejuk hati mendengar. Semoga Shahir kekal dengan keputusan yang dilakukan ini.
Apa pun kepada yang menganiaya Shahir, baik gi cepat-cepat minta maaf. Jangan nak tunggu Raya baru nak minta maaf. Kang tak sempat kang. Hehehe