Shaheizy Sam & Yana Samsudin Tidak Akan Menyanyi Di Separuh Akhir AJL27

Hiburan

Shaheizy Sam & Yana Samsudin Tidak Akan Menyanyi Di Separuh Akhir AJL27

Berita ini pasti mengecewakan peminat Yana Samsudin dan Shaheizy Sam yang berhempas pulas mengundi lagu “Begini Caranya” sehingga sampai ke peringkat separuh akhir AJL27. Lagu duet mereka ini akan dinyanyikan oleh Ajai dan Marsha.

yana dan sam

Advertisement

Menurut Shaheizy Sam, dia merasakan tidak sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut kerana dirinya lebih kepada seorang pelakon berbanding penyanyi. Kata Sam kepada Kosmo:-

Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Jadi, saya merasakan tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman.

Hmmmm. Pelik jugak. Mungkin Sam tak yakin dengan keupayaan diri sendiri untuk menyanyi secara live. Agaknya Sam tak biasa berada di atas pentas. Maybe takut suara yang keluar secara live berbeza dengan apa yang dirakam di dalam studio. Apa pun semoga keputusan yang dibuat ini akan memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

P.S: Kompleks sukan air bertukar kepada taman tema.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...