Written by Bella | May 3rd, 2016

Sebelum ini ramai yang memuja bentuk badan Shaheizy Sam yang cukup tegap dan sado, namun sejak kebelakangan ini, anda boleh lihat yang berat badan beliau menurun secara drastik dan membuatkan Sam kelihatan kurus.

Ada peminat yang bertanya, kenapa dengan Sam? Beliau sedang sakit ke?

Tidak mahu ramai terus berspekulasi dan risau, Sam menerusi akaun Instagram beliau telah memuat naik foto serta status yang menjelaskan mengapa beliau semakin kurus.

Jelas Sam, beliau terpaksa menurunkan berat badannya demi watak dalam filem yang bakal menjalani penggambarannya tidak lama lagi.

Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti “kenapa kurus sangat?”, “Sam sakit ke?”, dan ada juga yang bagi statement seperti “jangan la kurus sangat, tak handsome”. Hehek . Jawapannya, kerana tuntutan kerja.

Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!

Pada kami Sam antara aktor yang mahukan hasil yang terbaik didalam setiap watak yang beliau lakonkan. Kalau dalam filem Polis Evo beliau sanggup mengamalkan diet dan bekerja keras untuk mendapatkan susuk tubuh yang mantap, kali ini beliau sanggup kelihatan kurus untuk watak lain pula.

Sumber Berita : Instagram Shaheizy Sam

7 responses to Shaheizy Sam Nafi Semakin Kurus Kerana Sakit

  1. Kawa zx says:

    Cantiknya syatilla melvin ni..Sam..jaga elok2 dia..x berlagak..menyembang masih dok loghat utara..yg x sedap..x yah la bg dia berlakon citer laki bini yg sweet2..drama dgn kamal adli tu..pegang2..pelok2..aku x sanggup bini aku dipegang lelaki lain..walaupun sekadar berlakon..

    0

    0
  2. fatimah busung says:

    pipi cengkung xjadi masalah bro. yg masalahnye, leher mane leher?

    0

    0
  3. Follower Blog says:

    filem apa pulak lepas ni ? kompem wayang utk hujung tahun ni ….

    0

    0
  4. melati says:

    ko terjun KLCC pun ader org kisah…!!!! hmmmmmm

    0

    0
    • damai says:

      melati kalau kau x kisah jgn lah comment, x suka jgn comment kan senang, asal sam x ambil hang jd bini dia sampai hang meroyan mcm gini sekali ker

      0

      0
    • Melatik says:

      Bior la dia melati oiii… Sam ada peminat.. Opkos la peminat2 dia nak tau perkembangan terbaru sam. Huhu.. Kita org biasa2 ni diam2 sudahla kalo x suka. Bkn kita ada peminat pom. Hekhekk

      0

      0
  5. bell.ellezada says:

    Collection #SamSyatilla here. follow ig @bell.ellezada dan whatsapp 012-9894419

    0

    0