Written by Bella | April 24th, 2017

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin antara pasangan popular di Malaysia. Saat peminat mereka mengetahui bahawa Syatilla sedang berbadan dua, ramai yang merasa teruja dan mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Meskipun mereka berdua popular, Sam dan Syatilla  tidak mahu “menjual”  anak mereka itu nanti  demi populariti dan hak eksklusif untuk sesebuah rancangan.

Kalau ada pasangan selebriti yang menjual hak eksklusif anak mereka ketika waktu lahir, saya dan isteri tidak berhajat sebegitu. Rasa macam tak seronok pula bunyi “menjual” macam itu. Biarlah secara semula jadi sebab selama ini pun kami tidak pernah lokek untuk berkongsi cerita tentang perkembangan di laman sosial. Tak ada apa yang hendak disembunyikan.

Lagipun sebagai golongan artis, sudah pastilah peminat nak mengetahui apa yang terkini. Apabila kita “menjual” hal membabitkan anak, itu bermakna kita sudah mengehadkan sesuatu. Jadi jalan paling mudah, baik tak payah “menjual” kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Sam dan Syatilla juga tidak akan membuka satu akaun Instagram khas buat anak mereka seperti selebriti lain. Segala perkembangan dan aktiviti anak mereka akan dikongsikan hanya melalui laman sosial mereka sendiri.

Tidak dinafikan ada golongan selebriti yang memang gemar untuk “menjual” hak eksklusif anak mereka sehingga terpaksa mengehadkan perkongsian anak mereka dengan peminat. Kami sokong dengan tindakan Sam dan Syatilla yang enggan berbuat demikian dan lebih utamakan peminat mereka yang juga cukup teruja dengan kehadirana cahaya mata sulung mereka.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

20 responses to Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Enggan “Jual” Anak Demi Populariti

  1. terasa tauu.. says:

    Awal & Scha.. Zain & Che Ta.. Yusri & Lisa.. Sila komen bab JUAL JUAL ni..

    9

    0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Dia jual anak xde masalah. Sbb tu anak dia & pe2 masalah dia dapat. Yg masalahnya bila buka tv klua crita/iklan dia. Pastu de plak org dekat uma suka plak tgk.

      1

      1
      • Zasss says:

        Duit akan mengatasi segalanya. Skrg ni mmg la ckp taknak jual anak awal awal sebab takut mmg takde offer pun. Lepas ni tetiba dpt offer baekkk dari Yakolt ke, Pampirs ke..confirm tukar statement balik! Pfttttt retis oh retis.

        18

        0
    • Kiki says:

      Tambah hanis zalikha & hairul azreen.. masin2 berlumba nak jual anak

      11

      0
  2. Haikal Hanafiah says:

    Bgusla tu. Duit dyeorg byk lg utk abeskn ke benda len. Che ta lifesytle mewah sgt smpi bwa ke anak. Mne x kna cr duit lebih & pastu xnk tmbah anak.

    3

    0
  3. reganathan says:

    F*ck she is fat and ugly

    0

    11
  4. lucy says:

    Sekarang ni bole lah cakap…. belum keluar.. nanti bila dapat tawaran beribu-ribu dari syarikat iklan.. tukar statement pulak.. oh duit ni saya simpan semua dalam account anak saya untuk masa depan nya… kita tengok saja… mark my words.

    12

    0
  5. Anonymous says:

    sebab belom dapat offer…ko pon xhebat sgt kot..sebab if ko hebat sure dlm tilla tgh ngandung ni ade rancangan ttg tilla & baby bump..

    8

    0
  6. Aku Menyampah says:

    Alah..tak glamer pun ko

    2

    0
  7. akmal says:

    SEMBANG……nanti tengoklah…die pun bukak akaun IG anak…buat rancangan realiti anak..tengok cikta..kate xnak expose sgt ecah…tup2..dah ada IG sndiri…rancangan anak sendiri (i like!!) AND hairul…kate jugak xnak jual anak…xnak expose anak…ehhhh ada jugak IG anak … scha and awal xyah cakap lah…memang kaut untung melalui anak terus.. kah kah kah

    12

    0
    • Eyeee says:

      yang ni aku setuju..Awal & Scha mmg kaut terus, program pasal lara kat astro tu..pastu yakult..latest ni aku prasan ada iklan lara n scha utk susu klau x silap..sekarang seronok dok p bercuti kat jepun tu Yakult bawak..
      Skali ngn si hairul & hanis ..ngn fouziah gous ngn laki dia..
      lisa & yusry pon time anak 1st haritu kemain xnak tnjuk lngsung la muka..time buat majlis akikah pon tak upload gmbr budak tu..skarang 2nd child kemain lain annouce kt ig..wakakakaka…hampeh je

      Harapnya kau pegang la kata2 kau ni SamTilla.
      Kang jadi macam retis2 sebelum ni, konon awalnya tak nak expose anak, taknak creat akaun IG anak..last2, semua ada…

      3

      0
  8. anon says:

    Dia nak jual anak dia ke tak, ape yg org lain sebok?? lkut pandai dia lah, anak dia. Org2 yg sebok ni sb mereka tak popular, so mereka dengki lah.

    1

    0
  9. Anonymous says:

    Tapi Sam ni memang tertutp skit bab personal dia kan..harap die tunaikan ape yg dicakapkan

    2

    0
  10. Pedang says:

    Awal2 mmg ckp mcm tu…tgk yusri n lisa, anak mula2 keluar xnak bg lsg org amik gbr…sekarang boleh plak terhegeh2 nk bg org tgk anak dia

    2

    0
  11. Jadi perempuan biar bijak says:

    “Sam dan Syatilla juga tidak akan membuka satu akaun Instagram khas buat anak mereka seperti selebriti lain. Segala perkembangan dan aktiviti anak mereka akan dikongsikan hanya melalui laman sosial mereka sendiri.”

    ternyata semua dusta..anak dia pon dah ada IG sendiri
    Cakap tak serupa bikin.

    0

    0

Leave a Comment

Optional