Shafnie, Bekas Isteri AC Mizal, Menang Kes Tuntutan Nafkah Anaknya

Hiburan

Shafnie, Bekas Isteri AC Mizal, Menang Kes Tuntutan Nafkah Anaknya

Hari baik, berita yang baik untuk Shafnie Zainuddin, bekas isteri kepada pengacara popular, Datuk AC Mizal. Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah membenarkan permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah 2 orang anaknya hasil perkahwinannya dengan AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.

shafnie ac mizal

Advertisement

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.

Perintah ini berkuatkuasa sehingga kedua-dua anak tersebut berusia 18 tahun atau sehingga tamat tamat pengajian atau mana-mana yang kemudian. Ketika keputusan ini diumumkan, AC Mizal gagal hadir kerana sedang menjalani penggambaran sehingga bulan Februari.

ac mizal shafnie

Semoga semua pihak yang terbabit berpuas hati dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Ingatlah bahawa anak ialah tanggungjawab kita.  Besar nanti kalau kita sakit, anak-anak jugalah yang akan tolong jaga. Info asal Kosmo.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...