Written by AbangNara | September 7th, 2011

22 Ogos lepas Abang Nara telah dijemput oleh pihak Mamee untuk sama-sama meraikan majlis bebuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Puchong. Sampai-sampai je Abang Nara dah nampak khemah-khemah untuk sambutan berbuka dan anak-anak yatim yang lengkap berpakaian baju melayu serba ungu.

rumah amal

Macam biasa kalau dah kata majlis berbuka puasa, dah sah-sah lah ada makanan yang disediakan. Menu petang itu, kami semua dihidangkan dengan nasi lemak ayam, kuih-muih, buah-buahan dan yang paling best ada goodie beg dari pihak Mamee. Bangga Abang Nara melihat keprihatinan pihak Mamee yang jarang-jarang ditunjukkan oleh mana-mana syarikat korporat lain.

rumah amal

Rasa gembira dapat tengok anak-anak yang berselera berbuka puasa dengan juadah yang disediakan. Masa inilah Abang Nara terfikir betapa beruntungnya hidup Abang Nara dapat berbuka dengan selesa setiap hari. Bersyukur sangat-sangat rasanya.

rumah amal

Selesai acara berbuka dan solat Maghrib, kanak-kanak di sini diraikan dengan kehadiran maskot Mamee Monster yang menyampaikan goodie bag dan duit raya kepada anak-anak di sini. Terharu Abang Nara tengok anak-anak dekat sini teruja tengok maskot dan semestinya mereka semua ingin bergambar dengan maskot Mamee Monster. Kanak-kanak di sini juga semuanya mesra dan ramah walaupun baru pertama kali berjumpa. Abang Nara difahamkan anak-anak yang tinggal di sini adalah berumur antara 2 tahun sehingga sekolah menengah.

rumah amal

Dan anda semua tak perlu  risau sebab kesemua produk Mamee seperti Mamee Monster, Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink, Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink dan Nutrigen ini telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Kalau anda masih kurang yakin, sila pergi ke laman web JAKIM dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD”. Daripada situ korang boleh tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM.  Bolehlah makan segala produk Mamee tanpa was-was lagi lepas ni.

rumah amal

Pada pendapat Abang Nara acara meraikan anak-anak yatim ini wajar diteruskan kerana selain kita menggembirakan anak-anak ini, ianya juga mengajar kita erti bersyukur. Terima kasih kepada pihak Mamee kerana memberikan peluang kepada Abang Nara meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih.

rumah amal

Jangan lupa ke Facebook Mamee Monster dan Mamee Sllrrrp untuk info yang best-best (ada banyak contest yang menarik).

12 responses to Seronoknya Berbuka Puasa Bersama Mamee ~~

  1. Komputer Raba says:

    Gambar maskot mamee peluk dengan adik-adik tu sweet sangat :)

    0

    0
  2. wanida says:

    bagus2, teruskan usaha murni ini..

    0

    0
  3. noressha says:

    cer abg nara check link ni lak…https://www.facebook.com/media/set/?set=a.230113020358870.49560.100000805215212 , jakim kata mamee ada DNA babi…HALAL ker?

    0

    0
    • AbangNara says:

      abang nara dah check dah. rasanya yang tue tak boleh diterima pakai sebab ianya sama kes dengan simply siti. untuk makluman lanjut, baik rujuk laman web jakim

      0

      0
  4. zaia says:

    tengok lelama gmbr yg ramai2 tu rse mcm sayu la plak huhuhuh..sronok je dorang..semoga bdk2 ni sentiasa hepi dn harap2 yg jaga dorang semua tu betul2 anggp dorang mcm anak/adik sendiri..sperti kuarga besar dn adik2 ni semua mcm adik bradik yg saling syg mnyayangi..Amin.

    sape2 bnyk duit tu derma la lebih2 sikit kt yg mmerlukn,salah satunye anak2 yatim cmni la..tk mewah tkpe,yg pnting cukup dn leh mmbesar dlm suasana yg baik

    0

    0
  5. Diyana says:

    Alhamdulillah, sejuk mata melihat kegembiraan adik-adik tu. Terima kasih dan well done Abang Nara kerana dapat meluangkan masa untuk mereka ni :) May Allah bless you even more, BN.

    0

    0
  6. tonah says:

    aikk limpahan kasih~

    same name ngan ngan umah kebajikan lam citer ‘kasih alia’

    0

    0
  7. nadiah says:

    that mascot was so damn cute :3 <3

    0

    0