Pada Sabtu hujung minggu yang lalu, Abang Nara telah merasai kehenseman diri ini meningkat 200%. Semuanya kerana diri ini mengenakan baju dan seluar John Master. Bukan senang untuk Abang Nara bergaya sekacak ini di pagi hari,. Ini semua adalah demi pertandingan ‘makeover’ antara pembaca BeautifulNara, Budiey dan NameeRoslan yang berlangsung di Sogo Kuala Lumpur.
Abang Nara nampak penuh yakin kan? Memang tepat sekali dengan tema John Master Confident Men bersempena pertandingan ‘makeover’ ini. Setiap blogger telah pun memilih 5 orang peserta. Tugas Abang Nara hari ini adalah untuk memastikan peserta-peserta yang bertarung di bawah nama BeautifulNara tampil kacak, confident dan penuh berkarisma sambil menggayakan baju John Master pilihan mereka. Jom kita tengok geng-geng BeautifulNara.
Semua peserta yang hadir amat bersemangat sekali. Mana tidaknya, pemenang nombor 1 akan bawa pulang baucar John Master bernilai RM800. Nombor dua pula RM600 dan nombor tiga RM400. Berbaloi-baloi sangat. Tepat jam 1030 pagi, masing-masing dah sibuk mencari pakaian John Master yang paling akan menyerlahkan kehenseman mereka.
Selepas hampir 1 jam, barulah semua peserta yang hadir berpuas hati dengan pilihan masing-masing. Serius Abang Nara teruja melihat transformasi mereka. Tampak lebih segak,bergaya dan yakin apabila mengenakan pakaian lengkap John Master. Terus berubah aura di sekeliling mereka.
Jenama John Master sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Abang Nara dari dulu lagi memang bila raya akan beli sehelai dua baju dan seluar John Master. Macam-macam pilihan yang ada. Kemeja kerja ada, t-shirt ada, kemeja kasual ada, seluar slack ada, seluar kasual pun ada. Macam-macamlah.Cuma perlu pilih yang bersesuaian dengan imej dan gaya kita jer.
Setelah semuanya dah ready, maka bermulalah catwalk untuk memikat hati para hakim. Boleh buat apa-apa yang disukai. Yang penting keyakinan tue perlu terserlah. Team BeautifulNara memang sempoi. Ada yang bersilat, ada yang berselfie, ada yang menggayakan rambut. Macam-macam style lah.Terhibur tengok aksi sempoi diorang.
Geng-geng Budiey dan Namee Roslan pun tak kurang hebatnya jugak. Geng Budiey muka masing-masing macam model. Bila catwalk pun nampak macam pro!!! Terkesima kitoarang dibuatnya. Yang geng Namee pula sempoi jugak aksi diorang. Siap ada berbaring posing ala-ala photographer. Saja nak tunjuk betapa selesanya pakai John Master la tue.
Selesai semua gaya dipertontonkan, hakim mengumumkan para peserta Top 5. Yeah!!! Salah seorang daripada geng BeautifulNara terpilih. Kira oklah tue daripada tak ada langsung.
Sekali lagi Top 5 ini perlu menunjukkan gaya keyakinan bersama John Master. Tapi kali ini bersama dengan blogger sekali. Tak pasal-pasal Abang Nara terlibat. Hehe. Tapi kita layan je!!! Orang kata gembira-gembira di pagi hari Sabtu.
Akhirnya setelah 2 jam bertarung, keputusan pun diumumkan. Geng Budiey mendapat tempat pertama dan kedua, manakalah geng BeautifulNara dapat tempat ketiga. Oklah tue. Semua orang pun berpuas hati dan berseronok sepanjang melakukan fashion show ini. Kalah menang belakang cerita, yang penting keyakinan dan kegembiraan yang diperoleh bersama John Master.
Hari Raya ini, jangan lupa untuk bergaya bersama John Master. Serlahkan keyakinan anda dengan pelbagai pilihan yang disediakan oleh John Master. Banyak cawangan John Master di seluruh Malaysia dengan kesemuanya dijual pada harga yang amat berpatutan. Informasi lanjut, layari Facebook John Master Malaysia. Selamat membeli belah!!!