Written by Bella | September 4th, 2016

Semalam Festival Filem Malaysi ke 28 telah berlangsung di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).  Seperti yang dijangkakan, filem Munafik  karya Syamsul Yusof menang besar didalam FFM 28.

Filem Munafik memenangi kategori utama iaitu Filem Nasional Terbaik (FFM28). Syamsul menerusi filem Munafik berjaya meraih anugerah Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik.

Filem itu juga berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

FFM 28 dimeriahkan lagi dengan hos yang cukup kelakar iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad, kedua-duanya cuba sehabis baik untuk menghiburkan orang ramai.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis ternama Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Tomok, Aizat Amdan, Man Bai Bunkface, Dewi Seriestha,  Back To Basixx, Maman dan Ernie Zakri.

Berikut senarai penuh pemenang di FFM 28 :-

Filem Box Office: Polis Evo

Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)

Pelakon Kanak-kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)

Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)

Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah (Polis Evo)

Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crossley (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2- Terperangkap Dalam Kebebasan)

Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)

Lakon Layar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)

Anugerah Khas Juri: Ola Bola

Anugerah Khas Juri: Polis Evo

Anugerah Khas Juri: The Kid from The Big Apple

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Langit Cinta)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Hussain

Filem Cereka Animasi Terbaik: Boboiboy The Movie

Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda

Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim

Karyawan Sepanjang Zaman: Tuan Haji Deddy M Borhan

Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof

Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat

Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Senarai Penuh Pemenang Di Festival Filem Malaysia Ke 28

  1. Poms says:

    Kahkah. Kaum kerabat jugak yg sapu anugerah utama. Jagat dgn Ola Bola menang pun sipi je sebab taknak org bersuara. Sudahlaa

    0

    0
  2. Sembunyi says:

    Entah tak ambik tau sangat . Apa2 pun Tahniah le pada mana-mana karya filem yang Menang . ???

    0

    0
  3. Pekan says:

    Pelakon lelaki terbaik pekin? Really??

    0

    0
  4. Anynomous says:

    No comment……tahniah…

    0

    0
  5. pokok says:

    Apa bezanya anugerah filem terbaik msia(ftm) & filem terbaik nasional(ftn)? Kalau msia diberi peluang utk hantar 1je filem yg mewakili msia ke festival,korang rasa filem dr kategori mana nk ambil? Bila org tegur pasal isu rasis sb filem terbaik ada kategori melayu & bkn melayu x nk terima. Tp bila menteri umno cmpur tgn…inilah hasilnya..setakat nk tutup isu & x nk dikritik..solusinya sgt tdk logik& menampakkan tahap pemikiran yg cetek. Tgkle 20thn akn dtg…filem msia masih tetap sama mcm yg ada skrg. Ada duit tu pergilah belajar buat filem dr institusi yg bertauliah kt luar negara..biar ilmu ada,minda berkembang. Buat filem bkn setakat nk box office je

    0

    0
  6. Ffmsampah says:

    Anugerah pak yusof haslam and da geng /clapclap/ pastu sibuk duk kata industri malaysia xmaju…. nak maju macam mana kalau anugerah pon boleh ‘beli’ mcm ni.

    0

    0