Semua Bajet Suci, Pakai Tudung Tapi Mulut Lancang – Che Ta

Hiburan

Semua Bajet Suci, Pakai Tudung Tapi Mulut Lancang – Che Ta

Beberapa hari ini, isu Rozita Che Wan memakai seluar jeans yang koyak di bahagian lutut cukup hangat sekali. Pelbagai kritikan pedas yang diterima oleh Che Ta di media sosial dimana ramai yang mengatakan imej Che Ta tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Advertisement

Buat Che Ta beliau menganggap mereka yang memberikan komen negatif terhadapnya terlampau bajet suci.

Tiada sebarang isu pun. Lagipun, bukan saya pakai seluar koyak betul-betul pun. Jadi, apa masalah mereka semua ini? Masalahnya, saya rasa mereka semua ‘bajet’ (berlagak) suci.

Che Ta juga perasan bahawa sesetengah daripada mereka yang mengecam dan mengkritik beliau adalah wanita bertudung tetapi mempunyai mulut yang agak lancang apabila mengeluarkan kata-kata.Cuba balik tengok penulis komen di bawah gambar itu dan lihat profil mereka.

Semua kebanyakannya bertudung, tetapi mulut macam mana gayanya? Semua itu mereka tidak nampak. Apa yang mereka nampak hanya pada mata kasar dan luaran orang.

Nampaknya Che Ta betul-betul perhati juga siapa yang beri komen negatif di Instagram beliau. Ermm, mungkin ada yang mempunyai niat untuk nasihat sahaja tetapi tidak dinafikan ada juga yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain sahaja.

Namun, Che Ta juga kena belajar daripada kesilapan dan tidak memuat naik sesuatu yang mengundang fitnah, maklumlah anda adalah seorang selebriti, apa sahaja yang dibuat pasti akan menjadi perhatian ramai.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...