Semenjak dua menjak ini, Abang Nara tengok wife tercinta makin hari makin cun.
Cun kan? Bini sendiri kalau kita tak puji siapa lagi nak puji kan’? Tapi secara ikhlasnya, setiap kali pandang, memang makin cantik wife Abang Nara di mata ini, lebih-lebih lagi bila dia bersiap untuk keluar rumah jalan-jalan di hujung minggu. Memang lain macam berseri-seri wajahnya. Orang kata kalau masuk Dewi Remaja confirm dapat top 3 punyalah.
Jadi satu petang yang sunyi di kala anak-anak sedang tidur siang, Abang Nara pun tanyalah kepada wife rahsia wajahnya yang makin cun melecun itu. Iyerlah, makan jamu ke, pakai susuk ke, cucuk botoks ke, pergi bedah muka kat Korea ke. Wife Abang Nara gelak je apabila mendengar ‘tohmahan’ tersebut. Tup-tup dia menunjukkan sesuatu pada Abang Nara.
Sambil tersenyum manja, wife Abang Nara pun bagitaulah yang banyak perubahan positif selepas dia menggunakan alat solek ENVIDIA ini. Katanya dia tertarik nak guna ENVIDIA sebab produk tempatan ini dicipta menggunakan teknologi terkini dari Korea dan mendapat pengiktirafan dari Korean Cosmetics Association (KCA). Patutlah Abang Nara tengok muka wife tercinta dah macam Song Hye Kyo dah. Terbongkar sudah rahsianya!!!
Maka Abang Nara pun mintaklah wife tercinta ambil beberapa keping gambar dirinya bersolek menggunakan ENVIDIA ini. Bukan senang tau nak pujuk dia. Ini semua khas special untuk pembaca BeautifulNara. Untuk makluman, semua produk ENVIDIA mengandungi essence, balm dan juga moisturiser untuk mencantikkan dan menjaga lagi kulit wajah anda selain dari menyerlahkan kejelitaan si pengguna. Memang complete sangat-sangat makeup ENVIDIA ini. Power kan?
1. ENVIDIA Cream Foundation untuk cover segala jerawat dan lubang-lubang di muka
Kata wife Abang Nara, cream foundation ENVIDIA nie memang selesa dan lembut untuk digunakan. Lepas tue hanya perlu buat sekali sehari sahaja di awal pagi dan boleh bertahan sampai ke petang. By the way, cream foundation ini hadir dengan sun protection SPF 50 PA+++ untuk melindungi kulit kita dari sinaran UVA/UVB. Sambil tampak cantik, sambil kekal sihat di bawah panas terik matahari Malaysia. Amboi!!!
2. Flirty Pearl Eye Shadow Stick
“Kecantikan mata adalah paling utama untuk orang perempuan sentiasa nampak memukau,†terang wife Abang Nara sambil tangannya begitu cekap menggunakan ENVIDIA Flirty Pearl Eye Shadow Stick. Tak sampai 2 minit dah setel. Senang nak guna dan paling best, water proof. Tak ada masalah tertanggal ke apa ke kalau ambil air sembahyang. Power!!!
3. ENVIDIA Matte Liquid Lipstick
Bibir yang mungil akan bertambah mungil dan menawan selepas menggunakan ENVIDIA Matte Liquid Lipstick ini. Ada 4 pilihan warna iaitu Cherry Sorbet, Strawberry Shortcake, Sweet Toffee dan Rose Truffle so boleh pilih mana-mana yang bersesuaian dengan warna bibir anda. Harganya pun berbaloi iaitu RM59 sahaja. Sekali pakai confirm nak pakai lagi dan lagi dan lagi.
Selaku seorang muslimah, wife Abang Nara tak ragu-ragu untuk memilih ENVIDIA kerana ia boleh dibawa untuk solat. Tak ada alkohol, tak ada paraben, tak ada sebarang haiwan digunakan di dalam formulanya dan juga tiada animal testing dilakukan. Malah untuk gadis-gadis yang memiliki kulit sensitif, ENVIDIA adalah pilihan terbaik yang ada di pasaran sekarang. Ini bukan cakap kosong sebab ribuan pengguna ENVIDIA dah berpuas hati dan mengakui kehebatan alat solek ini. Senang cakap it’s one of the best makeup product in the market right now. Sekali guna, confirm guna lagi dan lagi dan lagi.