Selera Saya Memang Mat Saleh – Siti Saleha

Hiburan

Selera Saya Memang Mat Saleh – Siti Saleha

Wow. Kacak sungguh kekasih Siti Saleha. Memang mampu mencairkan hati para gadis di luar sana. Sekali pandang, nampak macam orang Spain pun ada jugak. Memang sangat sesuai dengan Siti Saleha yang juga mempunyai darah kacukan. Ini kalau kahwin dan dapat anak, pasti anak akan super duper hensem/cantik apabila dewasa kelak.

kekasih baru siti saleha

Advertisement

Pernah bercinta dengan Syed Adney sebelum ini, Siti Saleha mengakui seleranya dalam memilih kekasih lebih kepada lelaki mat saleh. Itu perkara biasa lebih-lebih lagi kalau tak silap ayah Siti Saleha sendiri berkahwin dengan wanita British. Kata Siti Saleha:-

Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan. Dia seorang pemuda kacukan, tapi saya tak boleh beritahu kacukan apa. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan dia.

Dia penyayang dan matang. Lebih penting, saya dapat rasakan yang kami serasi antara satu sama lain. Kami masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Lagipun, saya masih muda. Nak fikir fasal kahwin dalam masa terdekat ini belum lagi rasanya. Saya belum bersedia nak kahwin

kekasih baru siti saleha

Tak kisahlah Mat Saleh ke, lelaki Melayu ke, Indonesia ke, Nigeria atau negara-negara lain, yang penting kalau hati sudah suka, kewarganegaraan bukanlah satu masalah. Yang penting bila nak kahwin nanti, janganlah lupa adat dan agama. Apa pun, Siti Saleha dan kekasih barunya ini memang nampak sama cantik dan sama padan. Tahniah diucapkan buat Siti Saleha. Semoga semakin bahagia dengan kehadiran si dia di sisi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...