Selepas Disihir, Black Ditipu Oleh Perunding Perkahwinan

Hiburan

Selepas Disihir, Black Ditipu Oleh Perunding Perkahwinan

Nampaknya malang jatuh bertimpa-timpa terhadap Black. Niat suci murninya untuk melangsungkan perkahwinan diuji dengan pelbagai dugaan. Jika sebelum ini Black dan tunang disihir, kali ini Black ditipu oleh perunding perkahwinannya pulak.

black ditipu

Advertisement

Bukan sedikit jumlah wang yang diberikan oleh Black kepada perunding perkahwinan tersebut. RM30,000 kot. Satu jumlah yang besar. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Kata Black kepada portal GUA:-

Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil.

Saya telah membuat laporan polis pada minggu lepas dan pihak perunding perkahwinan tersebut juga telah menyediakan peguam bagi membela dirinya. Namun, saya mempunyai segala bukti berhubung hal ini.

Menurut Black, RM15,000 telah dipulangkan kembali kepadanya. Tinggal lagi RM15,000 sahaja. Diharap si perunding perkahwinan dapatlah beri balik duit Black tue. Bukannya jumlah yang sikit. Nasib baik Black perasan awal dirinya ditipu. Kalau tak lagilah naya. Kepada Black, tabahlah menghadapi dugaan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...