Selepas 5 Sen, Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Islam Dengan Wang Kertas RM1

Hiburan

Selepas 5 Sen, Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Islam Dengan Wang Kertas RM1

Tak tahu nak cakap apa mengenai kontroversi antara Erma Fatima dan Rebecca Nur Islam ini. Macam tengah tengok budak darjah 1 bergaduh sebab berebut botol air. Sepatutnya selaku orang dewasa, tunjukkanlah kematangan. Barulah orang lain akan lebih respek dan tidak memandang rendah kepada kita.
rebccaSelepas menghantar kembali duit syiling 5 sen yang diterimanya daripada Erma Fatima, kali ini Rebecca menerima duit RM1 pula sebagai bayaran saman bernilai RM11,200. Secara jujur, kan senang kalau tulis cek untuk menyelesaikan perkara ini. Nampak seperti sengaja mencipta kontroversi untuk mendapat publisiti murahan.

rebcca

Advertisement

Rebecca Nur Islam turut meluahkan perasaannya menerusi Instagram apabila menerima bayaran tersebut.

rebcca

Abang Nara nasihatkan Rebecca ambik sahajalah duit itu. Kalau hantar balik, esok lusa dapat wang kertas RM2 pulak. Lepas tue RM5, RM10, RM50 dan seterusnya. Sampai tahun depan tak habis kot. Bawak je duit RM1 yang berkepul-kepul itu ke bank dan tukarkan. Senang cerita. Habis segala kontroversi dan publisiti. Tak gitu?
tudung fareedaP.S: Hujung minggu ini wife Abang Nara ajak pergi Bandar Baru Bangi untuk lihat koleksi tudung terbaru daripada Fareeda. Tengok gambar pun dah tahu betapa ekslusif, jelita dan berkualiti tinggi Fareeda Aisya ini. Tak sabar nak tengok wife Abang Nara pakai. Kalau rasa jauh nak gi kedai, boleh lawati Facebook Fareeda Nyata Jelita untuk buat pembelian. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...