Written by AbangNara | March 13th, 2014

16 tahun adalah satu tempoh yang lama. Selama itu jugalah Aidid Marcello telah menaburkan bakti, memerah keringat dan bekerja bersungguh-sungguh di bawah naungan TV3. Bermula sebagai pengacara pada tahun 1998, Aidil melepaskan jawatan terakhirnya di TV3 sebagai Penerbit Eksekutif Pemasaran Kreatif Dan Komunikasi Saluran TV Media Prima Berhad.

aidid marcelo tinggalkan tv3

Pengacara kacak ini bukannya berhenti terus daripada bidang penerbitan dan pengacaraan, sebaliknya akan memberi fokus sepenuhnya kepada syarikat miliknya. Kata Aidid menerusi MediaHiburan:-

Pengunduran diri saya disebabkan dengan perubahan masa, faktor umur dan kehidupan bekeluarga saya kini yang sudah memiliki empat orang anak. Dengan pengalaman yang ada, sudah tiba masanya saya bergerak sendiri dengan menerbitkan program-program TV.

Melalui syarikat saya iaitu Mineques Productions Sdn Bhd ada beberapa projek kecil yang sudah saya terbitkan sebelum ini. Memandangkan ketika itu masih terikat dengan TV3, jadi masa saya itu terhad. Dan bila sudah bebas, saya akan lebih aktif.

Jujurnya, saya ada minat lain dari penyiaran. Bukan sebab duit atau gaji, tapi lebih kepada hendak majukan kehidupan dan kerjaya. Tidak ada istilah penat makan gaji, sebaliknya saya perlukan keyakinan untuk mencari pendapatan sendiri selepas ini.

aidid marcelo tinggalkan tv3

Pada pendapat Abang Nara, langkah Aidid untuk berhenti dan memberi fokus kepada syarikat miliknya sendiri adalah satu langkah yang bijak. Takkanlah nak makan gaji sampai tua kan? Semoga Aidid berjaya mengikuti segala perancangannya. All the best dan good luck.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3

  1. Kiki says:

    All the best dan good luck Aidid!!

    0

    0
    • minah says:

      aidid masih encem walaupun dah anak 4.
      masih muda dan sama macam zaman2 remaja dulu.
      all the best aidid :D

      0

      0
      • lynn says:

        “Takkanlah nak makan gaji sampai tua kan?”

        Nara.. saya rasa awak renung2 kan lah kata2 awak tu sendiri. tapi tukar sikit lah, takkan nak makan duit hasil dari blog ni sampai tua kan?
        saya ada baca somewhere, hasil pendapatan dari blog2 gossip mcm ni tak halal sebab membuka aib org, menayangkan aurat & menggalakkan org mengumpat. sorry ye, saya ckp je ni. jgn lah lahar saya ye. hehehe.

        p.s. saya suka baca BN ni sebab senang nak komen hihihi

        0

        0
        • nk2010 says:

          kaaannnnnn u olss. pikir dulu sebelum nak cakap ye. makan gaji tp buat keje btol takpe. ni sana sini bukak aib org. haha

          0

          0
  2. ulnalafie says:

    syabas!

    0

    0
  3. Hey waddup says:

    Abg Nara pun takkanlah nak ‘marilah bergosip secara berhemah’ sampai tua kan?

    0

    0
    • Anonymous says:

      haahaaa btul tu.. dah lah selalu cedok dr org

      0

      0
      • kangkung says:

        betul ! bila ada anugerah ke apa Abg Nara bukannya pergi pun, cedok dari orang. Bila artis luar datang bukan dia yang pergi ambik gambar kat airport ke concert ke apa. cedok gambar artis tu dari orang yg pergi lepastu publish cerita. Gosip pun banyak sumber dari ROTIKAYA punya. senang kata semua cedok je senang betul buat duit Abg Nara ni

        0

        0
  4. siti liza says:

    untung isterinya…

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    mamat ni cool jer

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Aidid ni bagus la…Kerja bagus, sentiasa ceria . Walaupun hansome tapi tak pernah dengar dia main kayu tiga ke atau mengatal dengan pengacara lain ke . Dia sentiasa ingat keluarga dan sayang pada anak bini . All the best Aidid.

    0

    0
  7. Zain Sardin says:

    aidid mengacara pon tak best tak der idea kreatif so kluar tv3 suku pon takder hal bro

    0

    0
  8. nida says:

    all the best aidid !

    0

    0
  9. estri says:

    semoga sukses.

    0

    0
  10. AIdid Marcello says:

    Terima kasih semua diatas sokongan you all!!! Sekarang support i punya production plak k? hahaha MindQuest Productions. cariahkat youtube, insta dan semua. Thanks again

    0

    0