Written by Bella | June 7th, 2016

Tindakan Indah Ruhaila yang menyelamatkan seorang kanak-kanak sesat di Johor Premium Outlet pada hari Sabtu lepas mendapat pujian ramai.

Jelas Indah, beliau yang sedang membeli-belah bersama keluarganya tiba-tiba melihat seorang kanak-kanak lelaki berlari seorang diri dan seakan seperti mencari seseorang.  Indah cuba mengekori kanak-kanak tersebut dan mendekatinya yang berada dalam keadan ketakutan.

Saya bersama keluarga pergi membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu, ketika itu pada kira-kira pukul 8 malam saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia dua tahun berlari-lari seorang diri tanpa pengawasan.

Saya tidak sedap hati dan mengekori kanak-kanak itu sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan seperti mencari seseorang. Saya mendekati kanak-kanak itu dan bertanya tentang ibu dan bapa, dia kelihatan ketakutan dan mencari-cari ibunya.

Indah kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis yang terletak didalam JPO untuk membuat laporan polis dan meminta agar pengumuman tentang kanak-kanak kehilangan dilakukan, walaubagaimanapun ia dilarang oleh pihak polis demi keselamatan kanak-kanak itu.

Menurut Indah,  ibu kanak-kanak itu yang ditemui selepas lebih sejam berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengakui tentang kecuaian mereka.

Saya sebak melihat ibunya menangis-nangis di balai kerana menyangka mereka tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya itu.

Saya nasihatkan mereka agar lebih berhati-hati selepas ini kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini, sekarang terlalu banyak jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Kepada ibu bapa diluar sana kalau boleh jangan pernah abaikan anak-anak anda dan biarkan mereka berjalan seorang diri tanpa pengawasan. Sekarang ini macam-macam kes yang melibatkan kanak-kanak berlaku. Jangan terlalu leka kerana apa-apa pun boleh jadi dalam sekelip mata.

Sumber Berita : mStar Online

15 responses to Selamatkan Kanak-Kanak Sesat : Indah Ruhaila Dipuji Peminat

  1. Anonymous says:

    kdg2 mmg xsedar..if dtg ramai2..dgn asben ke..sorg tu peganglah anak..jgn dua2 belek sale.
    takpun bawak stroller..suh dia dok dlm tu..safe sikit..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    aku pun ada experience yang sama

    1. last 2 weeks aku g shopping mall tengok sorang bapak ni jalan2 main hp..yang si anaknya tinggal belakang sibuk kejar belon..aku tengok je one time bila belon tu terbang jauh anak ni pun kejar la..yang si bapak asyik dengan hp sampai tak sedar anak ketinggalan nun jauh kat belakang..bila anak kejar panggil papa papa si anak kena marah sibuk main..dalam hati aku berbisik “eh hello..anak tu budak2 wajar pun main2 yang ko si bapak tua bangka sibuk men hp pe citer”..kalu adik beradik aku mau kena tunjal kepala

    2. 1 family grup ni sibuk dok belek2 kedai sampai terlupa anak pompuannya tertinggal kat belakang..dalam ramai2 orang tu tiba2 diorang masuk 1 kedai & anak pompuan ni tak sedar..so mencari2 la si anak pompuan ni kat situ..dah kebetulan si anak ni ke hulu hilir kat depan aku so aku tarik le dok sebelah tanya mana mak ayah..lagipun niat nak dia tunggu kat situ t mak ayah dia datang cari senang..maybe kebetulan mak dia sedar anak dah takde so mak dia jengul kepala keluar kedai cari anak dia..bila nampak anak dia dengan aku terus dia jerit panggil anak dia & bagi hadiah jelingan tajam lagi dekat aku..dalam hati aku berbisik “eh hello..aku pakai uniform jusco kot..ko ingat aku boleh buat apa kat anak ko” sedih bila kita ikhlas nak tolong tapi tak dihargai

    cuma pesan aku yang dah jadi mak2 bapak2 tu sila jaga amanah Allah tu baik2..korang ingat senang ke nak mengandung & melahirkan..sekali Allah tarik rezki tu baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah

    0

    0
  3. Anonymous says:

    sapa indah ni?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Kdg nk g tmpt shopping mcm ni la gayanya.. dgn mak bapak sibuk belek brg.. ank pulak hiperaktif lari sini sana.. naya je klu dpt kt org jahat.. aku klu kluar pesan siap2 suh asben pegang ank.. dan akn berkali2 toleh kt asben supaya x cuai..

    0

    0
  5. jij_rosh says:

    syukur,alhamdulillah…anak ni selamat…comel budak nye..
    sebaik2nya jika nk gi tempat mbeli belah xyah bawa anak xpe..budak2 nak bebas,xkn duduk setempat.,ngan mak ayah sibuk nak mbelek brg lagi..mmg jadi leka..apa2pun semoga Allah mbalas kebaikan yg di lakukan oleh indah…

    0

    0
  6. Awek kpop says:

    Comel betul budak kecik tu.
    Ni mesti ibu bapa cuai ni …sibuk belek barang… anak entah ke mana. Hari tu awek kpop pergi hypermarket… tetiba je ada 2 org budak kecik ikut awek kpop ….mak bapak dia x tahu pergi mana. Nasib baik awek kpop ni bukan penculik … kalau x dah hilang dah budak tu.

    0

    0
  7. loyalmalaysianl says:

    kdg2 aku tgk kat shopping complex baby pon nak dibawaknye…bukan ape…tpt org ramai biasanye kuman byk…x baik utk kesihatan baby yg masih kecil…sebaiknya tinggalkan bersama keluarga lain yg bole menjaga sementara…

    0

    0
    • mama says:

      Kebanyakan yg shopping jpo tu mmg org luar. Mmg kena bawah jagaan si mak ayah gak la. Kalau ada bibik ke senang la skit shopping. Pd yg first time gi tu mmg rambang mata dan ralit tgk benda yg nak beli. Budak2 pun seronok g sana. Tempat cantik. Hrp kita semua boleh saling mengingatkan sbb kita manusia x sempurna. Pada mama la jgn susahkan mak ayah soh jaga anak kita.

      0

      0
  8. 9gaggers says:

    Nasib baik tak masuk kandang gorilla je.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    jpo sabtu lepas mmg sesak gila sbb midnight sale dia tu.

    0

    0
  10. Anon says:

    see guys, yang free hair tak semestinya jahat and busuk hati & yang bertudung tak semestinya baik and suci ( im not saying all tapii ada sebilangan je ) anyway baik hati indah ni :) bagusss, mmg patut dipuji and dicontohi.

    0

    0
    • kendall jenner says:

      yang salahnya hati dah hitam, pakai berbalut pun mulut tetap mengata, hati tetap dengki. caranya ialah perbetulkan solat dan ibadah. mnutup aurat lebih kpada perlindungan dari pandangan mata dan nafsu, bukan untuk memperbetulkan hati manusia..sbb tu ada yang mnutup aurat tp hati masih busuk..walaubagaimanapun tutup aurat tu memang wajib.semua paham kan maksud wajib.kalau kita skrg ni free hair, tp hati tersangatlah baik, apa kata tanam dlm hati niat untuk bertudung.jgn terlalu terikut2 dgn hujah, “tak bertudung takpe asalkan hati tetap baik”.selamat berpuasa smua

      0

      0
  11. Anonymous says:

    Ibu bapa jgn la leka bila bershopping,kdg2 bila mak leka pilih2 brg,bapa pula sibuk dok main2 fon smpi terlupa yg depa tu bw anak,bila hilang br mcm org hilang akal,lg satu psl kat escalator selalu nmpk makbapa biar je ank2 main kat ctu bila dah tersepit kaki tangan terputus atau cedera blh pula nk saman pihak pengurusan tmpt tu,pdhal diri sendiri yg cuai..

    0

    0
  12. belinda says:

    Haha anon betul la. Aku ingat lagi time aku pergi mall (bukan nak aib kan eh, share story :) ), ada perempuan ini aku tengok n aku puji dia sebab dia nampak sopan, pakai tudung labuh, dengan jubah and jalan tunduk. Then bila masatu, dia bercakap, alahai terkejut aku. Hahahahahahahaha. Very rude , sangat2 rude!! :)

    0

    0