Seksi Itu Hak Saya – Rozita Che Wan

Hiburan

Seksi Itu Hak Saya – Rozita Che Wan

Akibat gambar menampakkan sebahagian pahanya yang telah dikongsi menerusi laman Instagram Zain Saidin, Rozita Che Wan telah dikutuk teruk oleh sebahagian peminatnya kerana berpakaian terlalu seksi. Malah ada yang berpendapat imej sebegitu tidak sesuai dengan Che Ta memandangkan usianya yang sudah mencecah 40-an.

rozita che wan

Advertisement

Rozita Che Wan menyedari perkara ini dan berkata kepada Sinar Harian yang dia tidak ambil pusing terhadap kata-kata orang di sekelilingnya. Kata Che Ta:-

Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya.

rozita che wan

Sementara itu, kekasih Che Ta, Zain Saidin telah pun mematikan akaun Instagram miliknya. Ini kerana komen-komen negatif yang terlalu banyak diterima memberikan kesan buruk kepada karier dan orang yang tersayang.

rozita che wan

Satu langkah yang bijak daripada Zain Saidin. Mungkin selepas berkahwin dengan Che Ta nanti, Zain Saidin boleh menjaga imej dan pakaian yang diguna oleh isterinya. Abang Nara pasti Zain tidak mahu keseksian isterinya ditatapi ramai selepas berkahwin kelak. Tak gitu?

P.S: Pergh. Stock baru telekung travel eksklusif kembali lagi. Mudah dibawa kemana-mana terutama utk generasi muda yg aktif diluar sana! Order sekarang dengan PM di Facebook Gudang.my atau email ke [email protected]. Boleh juga Whatsapp/SMS ke 019-236-1986.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...