Written by AbangNara | April 7th, 2014

Ahad, 23 Mac yang lalu adalah hari yang cukup menggembirakan buat diri ini. Mana tidaknya, Abang Nara telah dapat melihat kehebatan pemandu MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 iaitu Lewis Hamilton dan Nico Rosberg dengan mata ini sendiri. Memang cukup teruja melihat mereka berdua menunjukkan skill pemanduan kereta F1 bersempena PETRONAS Motosports Demo Run 2014 di Jalan Ampang, KLCC.

petronas motosports demo run

Abang Nara dan beberapa rakan bloggers lain tiba awal untuk menyaksikan PETRONAS Motosports Demo Run 2014 ini. Kerana ada masa terluang, kami diberi peluang untuk ke “paddock” dan menyaksikan sendiri beberapa jentera seperti kereta F1 yang sedang diselenggarakan sebelum bermulanya acara ini. Sempat la Abang Nara berposing di “F1 Driver Lounge” konon-konon perasaan diri ini Lewis Hamilton. Hehehe.

petronas motosports demo run

Bermula jam 1.30 petang, PETRONAS Motosports Demo Run 2014 ini dianjurkan bersempena dengan 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang akan berlangsung pada 30 Mac bermula dengan pertunjukan daripada PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship Bikes. Antara penunggang motosikal yang menunjukkan kehebatan mereka ialah Affendi Rosli, Fazli Sham dan Azam Omar. Memang power diorang nie “wheely”. Bawak pun laju gila punya.

petronas motosports demo runSemakin masa berlalu, semakin ramai penonton memenuhi Jalan Ampang untuk merasai sendiri kemeriahan PETRONAS Motosports Demo Run 2014. Sorakan para penonton semakin jelas kedengaran apabila pakar “stunt show” daripada Amerika Syarikat iaitu Aaron Twiter dan Nick Brocher membuat kemunculan. Memang hebat aksi mereka dengan motosikal masing-masing. Para penonton diberi amaran supaya tidak meniru aksi mereka di rumah. Memang melopong kekaguman jugak Abang Nara dibuatnya.

petronas motosports demo run

Keterujaan para penonton semakin bertambah apabila 3 buah lori minyak PETRONAS yang dihias khas membuat kemunculan di PETRONAS Motosports Demo Run 2014. Memang “smart” sungguh “oil tanker” ini. Suara jeritan penonton semakin kuat apabila Lewis Hamilton dan Nico Rosberg membuat kemunculan untuk simbolik pengisian minyak PRIMAX di pam minyak yang disediakan. Berebut-rebut semua nak ambil gambar. Iyerlah, bukan senang nak tengok “world class driver” depan mata kan?

petronas motosports demo run

Kira-kira jam 4 petang, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Lewis Hamilton muncul dan menunjukkan kehebatan dirinya memandu jentera F1 Mercedes AMG PETRONAS musim lalu. Memang berdesing telinga dibuatnya. Laju sangat-sangat. Lewis siap buat aksi pusingan di atas jalan sehingga mengeluarkan asap. Kagum Abang Nara dibuatnya. Memang power!!!

petronas motosports demo run

Tidak mahu Lewis Hamilton sahaja mendapat “spotlight”, Nico Rosberg membuat kemunculan bersama jentera F1 nya tepat jam 5 petang. Aksi yang dipamerkan sama hebat. Sekali lagi telinga Abang Nara berdesing. Patutlah ramai orang meminati sukan F1. Bunyi yang dikeluarkan sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri ini teruja. Abang Nara rasa sangat bertuah dapat melihat aksi kedua-dua pemandu F1 bertaraf dunia ini dengan mata kepala sendiri. Memang perasaan yang dirasai tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
petronas motosports demo run

Oh ye, selain daripada pertunjukan permotoran di PETRONAS Motosports Demo Run 2014 ini, turut diadakan ialah siding media untuk mengumumkan perlantikan Lewis Hamilton sebagai PETRONAS PRIMAX’S Technical Performance Consultan. Satu pilihan yang tepat pada pendapat Abang Nara. Dengan kepakaran dan maklumbalas yang bakal diberikan oleh Lewis, minyak PETRONAS PRIMAX pasti akan lebih efisien dan boleh pergi lebih jauh. Kita sebagai pengguna harian minyak PRIMAX adalah pihak yang paling beruntung hasil perlantikan ini.

petronas motosports demo run

Abang Nara sangat berpuas hati dan gembira dapat meluangkan masa seharian di PETRONAS Motosports Demo Run 2014. Berbanding tahun lepas, tahun ini pertunjukan yang dipersembahkan jauh lebih mantap dan menarik. Pastinya tahun hadapan akan lebih awesome lagi. Buat anda yang terlepas, pastikan tahun depan kosongkan jadual awal-awal. Abang Nara berani jamin korang tak akan menyesal punya.

petronas motosports demo run

Kepada Lewis dan Nico, tahniah kerana kejuaraan 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix telah menjadi milik anda berdua hujung minggu lalu. Kepada peminat sukan permotoran, jangan lupa layari www.petmos.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini dan info terbaru tentang aktiviti-aktiviti permotoran anjuran PETRONAS.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Seharian Di PETRONAS Motosports Demo Run 2014

  1. Ntah says:

    Fist!!!!!!!!!!!

    0

    0
    • Melayu kini dulu & selamanya says:

      oi BN..

      aku nak komen kat “Jom Sihat & Langsing Dengan London Weight Management”
      asal korang closeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeed!!

      0

      0
      • BUNKFACE NO.1 says:

        entry London Weight Management tu Nara tutup komen lah takut kena kutuk…kahkahkah

        0

        0
        • Olga says:

          xpe still boleh komen kat sini gak :

          masa gemuk pakai longgar2, bile dh kurus kemain pakai ketat2!

          0

          0
    • Anonymous says:

      First ke Fist ????

      0

      0
  2. Linda rahman k says:

    Abg nara pakai skinnya jeans .. Mcm ala2 retis korea la..

    Steady la Abg nara.. Enchem jgk

    0

    0
  3. Liha Md Amin says:

    Assalamualaikum. Blogwalking here. Please also visit my blog. Click this link
    http://bit.ly/1hVGNsW
    TQ

    0

    0
  4. […] Seharian Di PETRONAS Motosports Demo Run 2014 (8) […]

    0

    0
  5. […] Seharian Di PETRONAS Motosports Demo Run 2014 (9) […]

    0

    0