Written by AbangNara | April 5th, 2013

2013 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang telah berlangsung 2 minggu lalu memang penuh dengan aksi. Paling menarik ialah kesilapan Lewis Hamilton daripada pasukan F1 MERCEDES AMG PETRONAS  memasuki pit stop pasukan lawan. Memang satu kesilapan yang tidak dijangka oleh kesemua pihak.

pet

Sabtu 16 Mac yang lalu, Abang Nara telah dijemput bersama beberapa blogger lain untuk merasai sendiri kehangatan perlumbaan F1 kali ini di KLCC bersempena dengan PETRONAS Motorsport Demo Run 2013. Masing-masing sudah teruja apabila memasuki khemah VIP yang disediakan khas untuk peminat-peminat sukan permotoran.
petWalaupun hujan lebat ketika acara PETRONAS Motorsport Demo Run 2013 bermula , para penonton yang hadir tidak berganjak kerana inilah peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan keunikan dan kehebatan persembahan yang bakal dipertunjukkan. Memang peminat sejati betul mereka ini.
petTepat jam 2.30 petang, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul dengan segerombolan motor-motor besar. Tercengang jugak diri ini dibuatnya. Tambah tercengan apabila melihat kejituan persembahan yang mereka lakukan. Memang cekap sungguh.
petTak lama kemudian, satu persembahan yang sangat awesome telah ditunjukkan oleh kumpulan “The Red Warriors” daripada pasukan tentera Malaysia. Yang menariknya, bukan tentera lelaki sahaja yang terlibat. Tentera wanita pun tak kurang hebatnya. Memang terlopong mulut melihat aksi yang ditunjukkan. Seram pun ada jugak.
pet

Tengah Abang Nara lepak minum air sambil mengkagumi persembahan sebentar tadi, tiba-tiba rakan blogger Abang Nara iaitu KY dipanggil untuk menjadi penunggang motosikal untuk persembahan seterusnya. Jeles gila Abang Nara dibuatnya. Abang Nara terjerit-jerit takut KY jatuh sebab memang laju gila motor yang ditunggangnya itu. Hebat gila!!
petTengok gambar pun dah tau betapa bestnya kan? Namun ada lagi benda yang lebih best daripada ini. Beberapa minit selepas itu, kereta MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 dibawa keluar. Bunyi enjinnya memang padat. Nasib baik Abang Nara duduk jauh. Kalau tak boleh pekak jugak dibuatnya. Awesome gila kot.
petDipandu oleh Jazeman Jaafar yang bakatnya dikenalpasti menerusi Petronas Talent Development Programme sejak 2008, MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 memang super duper laju. Walaupun track tak panjang di Jalan Ampang ini, Abang Nara sampai tak kelip mata sebab takut terlepas tengok. Jazeman siap tunjuk skill pusing-pusing untuk memuaskan hati para penonton yang hadir. Awesome!!!
petDan kalau anda tengok perlumbaan F1, salah satu perkara yang sangat penting ketika perlumbaan ialah “pitstop”. Orang kata, kalau “pitstop” yang dilakukan sempurna, peluang untuk menang adalah tinggi. Dan sememangnya Abang Nara kagum gila dengan kepantasan penukaran tayar dan pemandu yang telah ditunjukkan di akhir PETRONAS Motorsport Demo Run 2013.
petKalau tak silap Abang Nara, tak sampai 30 saat pun proses penukaran pemandu dan kempat-empat biji tayar dilakukan. Memang cekap betul team PETRONAS ini. Abang Nara kalau nak tukar tayar kereta sebijik pun mahu makan 2,3 jam. Hehehe.
petInilah muka puas kami berlima kerana dapat melihat secara “live” kehebatan pasukan PETRONAS. Walaupun berhujan dan berpanas daripada jam 1 tengah hari sehingga 6 petang, inilah pengalaman yang paling mengujakan buat Abang Nara tahun ini. Lagi puas hati sebab dapat tengok kereta MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1 dengan 2 biji mata ini sendiri. Selalu tengok kat tv je.
petDiharap tahun depan, PETRONAS akan terus mengadakan aktiviti sebegini untuk peminat-peminat dunia sukan permotoran. Kalau anda salah seorang daripada mereka, jangan lupa layari www.petmos.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini dan info terbaru tentang aktiviti-aktiviti permotoran anjuran PETRONAS.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Sehari Di PETRONAS Motorsport Demo Run 2013

  1. Roundtable says:

    kali pertama dapat first….best gak..hu hu

    0

    0
  2. Anonymous says:

    abang nara, cube lah kalau bergambar pose tu bg tak nampak mcm kayu sangat.. huhu

    0

    0
  3. Poyo says:

    Nara ni takde baju n seluar lain ke? Asik baju n seluar same jek?

    0

    0
  4. Poyo says:

    Tak percaya korang view gambar yg p mcdonald tu kn same je.. Da mcm uniform lak asik aju same je

    0

    0
  5. wow..kalu boleh tgk live dpn mata best ni.xde test drive ke? ehehe

    0

    0
  6. nana says:

    abg nara kalau buat promosi memang awesome.. suka cara writing in detail sampai saya sebagai pembaca pun blh membayangkan situasi kat situ. well-done and keep it up.
    why not abg nara kembangkan skill untuk belajar buat skrip drama pulak.

    0

    0
  7. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    wahh nara bontot kuali kembali lagi… terserlah kehitaman abg nara… mandi xsental ke nara? watever

    0

    0
  8. et says:

    jam 1 hgga 6 tgk bnda ni? hrp2 abg nara p solat zohor n asar..

    0

    0
  9. wanayu.com says:

    memang terbaik lah.. rugi xdapat pergi

    0

    0
  10. d says:

    Xder cite baru,klu ade update laa skrg x pyh tggu ari isnin..

    0

    0