Zamani Slam menafikan khabar angin kononnya beliau sehingga kini masih belum ingin berkahwin dek kerana kecewa dengan cinta lamanya.
Jelas Zamani, meskipun sudah beberapa kali putus cinta, sebagai manusia biasa beliau masih mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Tiada istilah kecewa dalam hidup saya walaupun pernah beberapa kali putus cinta. Sebagai manusia biasa saya ada keinginan untuk berkahwin, tetapi mungkin belum tiba masanya. Tetapi saya tidak menolak sekiranya memang sudah ditakdirkan saya berkahwin. Saya serahkan semuanya kepada qada’ dan qadar.
Menerima kenyataan bahawa jodohnya masih belum tiba, Zamani bagaimanapun berharap dipertemukan dengan wanita yang boleh menerima diri beliau seadanya.
Jika ada yang sudi, tidak salah saya mencuba. Tetapi di usia begini saya mahukan seorang wanita yang betul-betul boleh menerima saya seadanya.
Wanita tersebut juga, kalau boleh biarlah yang betul-betul memahami saya. Bukan Zamani yang dikenali ramai dan popular. Doakanlah saya bertemu dengan wanita yang boleh menerima segala-galanya tentang diri saya. Bukan sahaja kebaikan tetapi juga keburukan yang wujud dalam diri saya.
Walaupun Zamani mempunyai kisah hitamnya, janganlah memandang hina dirinya. Setiap manusia pasti ingin dikasihi dan dicintai bukan? Harapnya nanti Zamani dapat bertemu jodoh dengan wanita yang boleh menerima baik buruk beliau.