Written by serenity | August 5th, 2012

Beberapa hari lepas, pasangan Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari, juga merupakan Rakan Selebriti Watsons telah melawat Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Klang, Selangor. Ianya juga ialah pelancaran kempen promosi untuk 50 orang pelanggan Watsons yang memiliki kad VIP dan berbelanja lebih dari RM 50 untuk satu resit di Watsons bagi dipilih bagi menghadiri majlis Selebriti Aidilfitri Watsons. Majlis itu dijangka diadakan di Holiday Villa, Subang pada 8 September ini.
PhotobucketPhotobucket

PhotobucketDifahamkan yang di samping Scha dan Awal, anak-anak yatim Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Rumah Keluarga Kami di Kajang dan Promise Home in Kota Kemuning, Shah Alam juga akan menghadiri majlis itu nanti bersama pelanggan-pelanggan terpilih. Jadi mereka yang ingin menyambut Aidilfitri bersama anak-anak yatim, berbelanjalah di Watsons melebihi RM 50 untuk merebut peluang ini. Lagi 21 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Watsons Malaysia.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

41 responses to Scha Dan Awal Raikan Ramadan Dengan Anak-Anak Persatuan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Al-Munirah

  1. hambaNYA says:

    malunya brdepan dgn ank2 yatim ni bila kita sdiri pn tak reti nk tutup aurat

    0

    0
    • diorang pikir anak2 yatim tu kurang pandai dlm bab agama agaknya. silap laa

      0

      0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      elehhhhhh kadang2 pompan yg bertudong tkde pn visit anak yatim….!untok scha n awal hati yg iklas pasti di balas…

      0

      0
      • Tony Jusoh says:

        ye la, bila kena kat artis feveret ko. semua yang nyata salah ko pandang sebelah mata. ko nak banding2 dgn yg bertudung pulak, apa kes? mana pergi iman kamu?

        0

        0
      • sepohon kayu daunnya rimbun says:

        Memang la yg xbetudong xpegi umah anak yatim…. Tp sekurang2nya yg betudung tu ikut ajaran Allah…. Memang la baguih dia p raikan anak yatim.. Tp blh diukur ke keikhlasan jika nabi saw pon kata klu tgn kanan memberi tgn kiri pon tatau……

        0

        0
    • Anonymous says:

      apa perasaannya bila tgk balik gambar dia ngan adik2 yg bertudung. even budak yg dia dukung pun btudung… kat mana scha letak airmuka dia agaknya.. kat lutut ke bwh tapak kaki? kalu dgn manusia pun dia tak malu, dengan ALLAH yg dia tak nampak lagi la dia tak terasa. hermmmm…

      0

      0
      • mazz says:

        tak perlu mempertikaikan kenapa Scha tak pakai tudung… Daripada kita menambah dosa dengan menghina dan mengkeji dgn menggelarkan Scha ni tak tahu malu, alangkah lebih baik kita mendoakan agar Scha mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T agar dapat menutup aurat dengan lebih sempurna…

        0

        0
  2. shawl says:

    yg lelaki dah molek dah. yg perempuan kn lengkap kalo bertudung. hanya komen semata :)

    0

    0
  3. […] Beberapa hari lepas, pasangan Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari, juga merupakan Rakan Selebriti Watsons telah melawat Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Kelang, Selangor. Ianya juga ialah pelancaran kempen promosi untuk 50 orang pelanggan Watsons yang memiliki … Continue reading → […]

    0

    0
  4. yan says:

    it’s Klang la abg nara..not Kelang…Hulu Kelang bole la..Klang and Kelang is at different places..

    0

    0
  5. ayu says:

    bgus dan bnyk pahala klau kita berbuat baik pada anak2 yatim tp kan lagi manis kalau sehari tu kita bertudung.terpulang pd scha..tapi bagi menghormati bln ramadan x salah kita menutup aurat.but the way saya doakan scha cpt dpt anak dan berhijrah..amin…..

    0

    0
  6. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    yg visit anak yatim ni bukan nye scha aje yg tk bertudong ramai yg tk bertudong jadi tk payah lah nk mengate yg si scha ni tk bertudong ..yg penting hati yg iklas pasti di balas.thank uuuu..

    0

    0
    • bandits says:

      ikhlaskah beragama islam kalau tak menutup aurat?
      aurat tu hak Allah
      Kalau hak Allah tidak ditunaikan, amalan kita sia-sia
      Macam sedekah, tapi tak solat. Solat tu hak Allah
      Sia2 jek. Bkn nak cakap scha tak solat. Skeadar contoh

      Manusia zaman sekarang dah la jahil, Siap nak menangkan kejahilan. Tak suka pula bila org ckp pasal agama
      Kalau susah terjelepok nyawa2 ikan tau pulak carik tuhan

      0

      0
  7. lily says:

    assalamualaikum, tak faham dengan mentaliti kebanyakan orang sekarang.. Asyik pandang yang negatif sahaja! Apa slahnya kalau komen yang positif aja? Dia muda lagi, insya Allah satu hari nanti dia akan pakai tudung..doakan..jangan dicaci pula amal yang dia orang buat!!

    0

    0
    • bandits says:

      kau ni lagi satu mangkok. tutup aurat time tua je lah. kalau jahil pasal agama tak yah cakap la. ngok

      kalau tak tutup aurat kita puji ye.xyah cerca n maki.sebab tak tutup aurat tu perkara baik

      0

      0
  8. Anonymous says:

    sekurang-kurangnye tutup lah aurat…bukan susah pun..sekejap je…demi mnjadi contoh buat anak2 yatim tersebut..Allahuallam..

    0

    0
  9. ayam gemuk says:

    selalu nak cari jugak salah artis tu walawupun artis tu buat kebaikkan, semua comment mesti wajib gaduh pasal agama, kenape? kenape?

    0

    0
    • bandits says:

      bukan cari kesalahan. bukan gaduh pasal agama
      dia tak tutup aurat. memang la salah
      jadi kita tak boleh setuju. kita kena bising. teguran.
      paham tak
      ce esok anak hang kuar umah bogel. jadi jgn carik salah dia hokey! redha je

      0

      0
      • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

        tkan sampai kesitu pulakkkkkk dia nk mendidek anak dia nantiiiiii ngok !!! CETEK betol pemikiran kau eh ! sama CETEK macm kepala hotak Abby huh !

        0

        0
  10. Puteri Sayang says:

    Janganlah dilihat dari sudut negatif. Lihatlah dari sudut positif, artid tu sedang buat amal kebajikan. Bukan nak memperlekehkan orang yg bg nasihat tutup aurat, sy percaya Scha sendiri sedia maklum bhw menutup aurat itu wajib, cuma kalau dah empunya diri belum ingin memakai tudung jd apakah mampu kita memaksa? Maka kita tengoklah kebaikan yg dia buat. Yes, dia tak pakai tudung, tapi dia baik. Adakah org yg tak bertudung tak layak buat kebaikan? Kalau tak bertudung maka memang kena jd jahat lah ke? Apa kata dari kita menghentam dia (sy tidak memanggilnya sebagai “nasihat” kerana ayat yg digunakan tidak menunjukkan sebagai nasihat), sama2 lah kita mendoakan agar dia menjadi wanita yg lebih sempurna dlm menutup aurat. Bukankah itu lebih baik? Sesungguhnya Islam itu indah, maka tak perlulah kita menggunakan bahasa yg kurang sopan kerana itu hanya mencacatkan maknan keindahan Islam itu sendiri. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya.

    0

    0
    • bandits says:

      orang cakap supaya ianya menjadi teguran. tak cakap pun ehhhhhhhhh tak pakai tudung tak boleh buat amal
      kalau dia salah maka kita tegur
      tu la gunanya nasihat

      ce anak hang bogel, tapi hati dia baik. hang pikir positip je la nohhhhhhh

      0

      0
    • jaja says:

      x phm aku apesal ade yg dislike komen puteri sayang, btol ape yg die ckp.. kite da bg nasihat, tp yg empunya diri x brsedia nk pkai, trpulang la kt die, kite ni yg brtudung litup belom tentu dpt masuk syurga kalo asyik pkir nk cari salah org lain n buat dosa2 ngata2 org. kang bile die pkai tudung plk, korang ckp, pkai tudung main2 , time pose pkai, abis pose bukak.. adooi, ape yg korang nk lagi, sudah2 la, itu urusan die ngn Allah SWT. semoga trbukak ati die nk menutup aurat 1 ari nnti.. yg kite2 ni baik bnykkn amalan dr memprtikai kn org lain.

      0

      0
  11. tom says:

    mcm penah tgk baju scha ni .. rasanya lisa surihani penah pakai ….

    0

    0
  12. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu dengar2 scha n Awal ada kt SINGAPORE smlam hari saptew dorang ada kt GEYLANG minah jambu dengar2 ramai peminat scha n awal kt SINGAPORE sampai nk jalan pn tk boleh begitu sesak nye….

    0

    0
  13. momonja says:

    at least tutup la kepala tu…. even pakai baldi sekalipon… ==”

    0

    0
  14. Puteh says:

    Aku lebih simpati dgn nasib anak yatim tu daripada nak komen pasal Scha tak bertudung…

    0

    0
  15. hello says:

    betul tu puteh.saya sokong.kita ni asyik pandang kesalahan orang je kan :(

    0

    0
    • Puteh says:

      Yup! Tengok budak comel yg paling kecik tu… Dapat bayangkan tidur malamnya tiada ibubapa bersama?

      0

      0
  16. Anonymous says:

    baju scha sama plak dgn pattern kain langsir tu…hehe…

    0

    0
  17. jaja says:

    kite da bg nasihat, tp yg empunya diri x brsedia nk pkai, trpulang la kt die, kite ni yg brtudung litup belom tentu dpt masuk syurga kalo asyik pkir nk cari salah org lain n buat dosa2 ngata2 org. kang bile die pkai tudung plk, korang ckp, pkai tudung main2 , time pose pkai, abis pose bukak.. adooi, ape yg korang nk lagi, sudah2 la, itu urusan die ngn Allah SWT. semoga trbukak ati die nk menutup aurat 1 ari nnti.. yg kite2 ni baik bnykkn amalan dr memprtikai kn org lain.

    0

    0
  18. Sshh says:

    murah btl rezeki dia org ni pas kawin..knapa nk salahkan scha jer..aku tengok ramai gak y x pakai tudung tu..

    0

    0
  19. hello says:

    dpt tgk wajah anak2 tersebut..begitu gembira :’)

    0

    0
  20. Anon says:

    yang wajib itu tetap wajib utk kita buat.. andai kata kita tidak solat tapi kita bersedekah,, Allah tidak akan menilai sedekah itu sekiranya Solat (perkara Wajib) belom di tunaikan.. (sebagai perumpaan).. oleh itu..sekiranya kita ingin Allah menilai setiap kebaikan yang kita lakukan..maka yang wajib itu janganla kita tinggalkan,,termasuklah menutup aurat.. tak ada kompromi..sama ada belom bersedia ke..masih muda bergetah ke.. Selagi anda seorang MUSLIM..maka wajib ke atas kita menurut perintah Allah.. dan bagi seseorang itu tak kisahla artis ke sape, dengan terang2 melanggar perintah Allah maka wajib dikecam..,utk memberi pengajaran kepada dia.. n sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, yang memegang amanah daripada Allah untuk membimbing isteri, jalankanlah tanggungjawab anda untuk mendidik isteri seperti apa yang Islam suruh.. jika tidak dilakukan sebaik mungkin..bersedialah menanggung segala dosa isteri2 kamu..dan ketika di padang masyar..berjalan la kamu senget disebelah kiri kerana beratnya dosa2 yang kamu tanggung..dosa2 isteri kamu..anak2 perempuan kamu.. sebagai suami or ayah..tanggungjawab kamu sangatla besar dalam mendidik isteri dan anak2 kamu.. jangan mempermain2kan hukum2 Islam..

    0

    0
  21. Anonymous says:

    scha ni malu la sikit kat bdk2 tu semua tutup aurat pakai tudung

    0

    0
  22. elda says:

    SETIDAKNYA pakailah selendang…walau still haram…

    dan sebagai artis.. ni promosi diri je ni….

    0

    0
  23. jambu batu says:

    ada otak lu pikir la sendiri puit……

    0

    0
  24. ijaw says:

    memang lah ramai yg x pakai tudung kt situ..tp sekurang2 nya sesuaikanlah dgn majlis. yg mengata ni memang berdosa..tp yg membuat diri dikata tu pun bukankah dosa jugak..memang kurang paham sikit dgn mentality org2 tv ni. pg majlis agama just pakai selendang ala2 tudung kepala tu. nk kata tudung bukan tudung. pembaca berita lak bila hari nuzul al-quran pun gitu..sangkut selendang..jambul keluar kat depan. ish2..nk buat tu buat betul2.tutup betul2 walau 30 minit je time baca berita tu. bukan hipokrit..nk hormat tu tunjuk cara hormat betul2.jgn bt org mengata..x kata pada zahirnya tp buat org berkata dlm hati pun masalah jugak tu..menimbulkan fitnah..wallaualam

    0

    0
  25. Longan says:

    Tahniah atas usaha mereka…Alhamdulillah…semoga dengan sumbangan kita anak2 yatim dan yang kurang berkemampuan ini pun turut sama bergembira…Tak perlu berbalah pertikai itu ini, Jom kita sama-sama kita berganding tangan membantu mereka biar pun sedikit tapi besar maknanya kepada anak-anak ini…InsyaAllah

    bulan mulia mcm ni kurangkan bercakap lebihkan amal ..Mari sama-sama bersedekah

    0

    0
  26. zue says:

    Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak
    Selasa, 24 Mac 2009 14:34
    Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

    Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

    Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

    Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

    (i) Batasan aurat wanita
    Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

    “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

    Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa”, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

    Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

    Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

    Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

    Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

    “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

    (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
    Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

    (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
    (b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

    Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

    “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

    Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

    Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

    Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

    Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

    “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

    Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

    (iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
    Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

    Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

    “wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

    atau sabda Nabi,

    “lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

    Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

    Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar’i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara’ telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

    (iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

    Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

    “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

    Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

    Larangan Bertabarruj
    Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

    “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

    Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

    “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

    Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

    “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

    Abul A’la al Maududi berkata:

    “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

    (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

    (ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

    Khatimah
    Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

    “Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa”.

    Wallahu ‘alam bi sawab.

    0

    0