Scha Al Yahya Mahu Bawa Lara Alana Solat Tarawih

Hiburan

Scha Al Yahya Mahu Bawa Lara Alana Solat Tarawih

Minggu hadapan, umat Islam di Malaysia bakal menyambut bulan Ramadhan dan berpuasa. Kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, memang dinantikan oleh pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang mahu membawa anak mereka, Lara Alana untuk melakukan solat tarawih.`

Advertisement

Menurut Scha, beliau mahu mendedahkan Lara bukan sahaja tentang amalan yang dilakukan ketika bulan Ramadhan tetapi keseronokan bulan suci tersebut. Apa yang beliau lakukan ini juga bakal diabdikan sebagai memori indah mereka sekeluarga.

Tahun ini kali pertama saya akan bawa Lara sembahyang terawih bersama-sama kerana ingin memberinya pengalaman dan merasai keindahan Ramadhan.

Mungkin dia masih kecil dan agak lasak selain belum boleh memahami tetapi tak mengapa kerana dari kecil kita kena dedahkan. Ia juga sebagai memori untuk kami anak-beranak apabila dia besar nanti.

Tentu Scha dan Awal akan merasa seronok dan teruja untuk melihat Lara belajar tentang keindahan  bulan Ramadhan dan solat tarawih. Rasa tidak sabar pula hendak menyambut puasa..

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...