Written by Bella | October 29th, 2015

Pernah terkandas dalam percintaan bersama beberapa artis wanita terkenal Malaysia, Johan As’ari bagaimanapun tidak merasa serik untuk mempunyai hubungan istimewa sesama artis. Malah, beliau akan menerima siapa sahaja jodohnya dengan hati yang terbuka.

Saya tidak akan serik untuk bercinta sesama artis seandainya ditakdirkan untuk berkahwin dengan rakan seperjuangan.

Siapa saya untuk menolak suratan takdir? Saya menerima dengan hati terbuka walau siapa pun jodoh saya. Kisah lalu akan saya jadikan pedoman bagi memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Namun buat masa ini fokus saya hanya kepada kerjaya seni semata-mata.

Johan sebelum ini pernah rapat dengan aktres Nabila Huda tetapi hubungan mereka tidak kekal lama. Kemudian beliau dikaitkan dengan penyanyi Shila Amzah.

Namun hubungan Johan yang cukup menjadi perhatian semua orang ramai ketika meluahkan hasratnya untuk melamar aktres Lana Nodin sebagai teman hidupnya hanya selepas tiga hari berkenalan. Malangnya, percintaan mereka tidak kekal lama apabila timbul sedikit halangan daripada pihak Johan ketika beliau bersama Lana.

Sumber Berita Berita Harian

13 responses to Saya Tidak Serik Bercinta Sesama Artis – Johan As’ari

  1. Linnn says:

    Ko memangla tak serik. Orang lain yg serik dgn ko. Ahahaha

    0

    0
  2. melati says:

    dh memang taraf ko gan Artis…..redha jer lah….anak2 org kaya tak pandang ..

    0

    0
  3. sara says:

    aku tgk die ni mcm sengal2 sikit…huhuu ckp mcm merapu je

    0

    0
  4. . says:

    Bercintala ngan rosnah mat aris.dia single skg.mamat poyo.kelaut aku tengok dressing nya dlm Meletop.oh ye baru balik bangla.

    0

    0
  5. poh bedoh says:

    mangkuk ayun ni suka bajet alim utk tackle pempuan,,,,,,,

    0

    0
  6. miss bunga says:

    Masalahnya ade ke artis perempuan nak bercinta dgn kau ?? jgn nak poyo sgt laaa

    0

    0
  7. Saearah says:

    Eh kata pi Yaman mendalami ilmu Islam. Ni apsal kuar BN lak ni??

    0

    0
  8. anon says:

    Laa….ingatkan dah insaf sb hari tu gih belajar psl ugama lagi, ni sebok psl artis pulak. Dia ni mmg tak sedar diri. Belajar agama tu cume sekadar belajar je, tak meresap sampai dlm jiwa. Lupa jelah psl dunia seni ni, dulu dah pun berkesempatan pelok2 artis2 perempuan. Sudah2lah…. Belajar pondok konon…

    0

    0
  9. Elle says:

    Tapi ada ke retis yang nak kat kau Johan?

    0

    0
  10. Anonymous says:

    cb tnye kat artis wanita mne y nk kat ko johan??msti xde kann….kah kah kah…ko je y perasan lbh..

    p/s : pasni tlg jgn nk menjual AGAMA tuk PIKAT WANITA yeee….

    0

    0
  11. jojo says:

    nasib baik lana dapat org yg lebih baik skrg ni. bukan lah ckp johan ni tak baik…tp at least lana bahagia skrg ni. Tu la sapa lah reject lana dulu tu, tgk lana pandai masak, ada product sendr. pandai jaga laki.

    0

    0