Saya Tidak Perlu Jaja Cerita Untuk Raih Simpati Dan Perhatian – Gayatri Su-Lin Pillai

Hiburan

Saya Tidak Perlu Jaja Cerita Untuk Raih Simpati Dan Perhatian – Gayatri Su-Lin Pillai

Zul Ariffin menerangkan sebelum ini bahawa hubungan cintanya yang terjalin dengan penerbit filem Gayatri Su-lin Pillai sudah lama berakhir dan masing-masing sudah meneruskan hidup. Kepada BH Online, Gayatri telah mengulas mengenai kisah cintanya yang bermula tahun 2012 dengan Zul sememangnya sudah berakhir dan tiada apa-apa untuk diceritakan lagi.

Terdapat desas-desus keretakan hubungan mereka terjadi sewaktu Zul berlakon bergandingan dengan Ayda Jebat dalam drama Rindu Awak 200% untuk slot Akasia TV3 tetapi ia senyap begitu saja. Kini Zul mengakui dia mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Zahirah Macwilson yang sebelum ini membintangi drama Akasia bersama Sharnaaz Ahmad, Mencintaimu.
Percintaan mereka dikhabarkan sudah lama putus cuma tidak dihebahkan. Menurut Gayatri:

Advertisement

Zul sudah memberikan kenyataan dua hari lalu dan saya tidak perlu ulas apa apa lagi.

Seperti mana yang diketahui ramai, saya jarang menceritakan urusan peribadi kerana saya bukannya artis. Saya tak rasa orang nak tahu pun cerita peribadi membabitkan diri ini.

Lebih manis kalau apa-apa yang berlaku dalam hubungan kami hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa tidak perlulah menjaja cerita untuk meraih simpati ataupun mendapat perhatian.

Gayatri kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Naib Presiden Astro Shaw memberitahu dia menjalani kehidupan seperti biasa selepas putus dengan Zul:

Kehidupan dan rutin saya masih macam biasa. Saya sibuk dengan kerja baru saya di Infinitus Entertainment sebagai Penerbit Eksekutif sejak Julai lalu. Pada masa yang sama saya menjaga ibu.

Tiada apa yang berubah.

Ramai mengatakan Zul bercinta dengan Gayatri kerana ingin mendapatkan peluang lakonan dalam industri hiburan, bagaimanapun, Gayatri mempunyai pendapat berlainan:

Saya dan Zul bekerja secara profesional dan tidak pernah memasukkan urusan peribadi dengan kerja.

Dia tidak dapat kontrak ataupun kerja melalui saya ketika saya masih di tempat kerja lama. Zul banyak menyerlah dalam drama dan telefilem sedangkan saya bertumpu kepada kerja penerbitan filem sahaja.

Jadi saya memang tidak dapat membantu dia mendapatkan projek di televisyen. Kadang-kadang saya hanya memberikan pendapat mengenai watak mana yang sesuai. Kami banyak berbincang fasal kerja dan selebihnya keputusan di tangan dia.

Dan saya percaya apa yang dimiliki adalah hasil usahanya sendiri.

Sungguh profesional Gayatri dalam memberi komen mengenai perkara ini. Nampaknya dia cukup kuat dan matang untuk berdepan dengan apa yang telah berlaku. Bak lirik lagu Jikustik, Akhiri Dengan Indah, relakan saja setiap kepingan waktu dan kenangan. Itu lebih baik, bukan?

Panggung Seni Tradisional 2015 bakal melabuhkan tirai dengan siri terakhir Koleksi Tari Klasik Malaysia. 6 kumpulan dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 8 November 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...