Written by Bella | July 17th, 2017

Bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 Julai ini, pelakon Siti Saleha memberitahu beliau bagaimanapun tidak mahu perkahwinan beliau ditaja seperti selebriti lain. Iyalah, selalunya selebriti popular pasti akan menerima tajaan sehingga jutaan ringgit untuk raja sehari mereka.

Menurut Siti Saleha, segala kos perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil titik peluhnya sendiri dan keluarga.

Saya sendiri tidak mencari dan menawarkan kepada mana-mana pihak untuk menaja. Setakat ini perbelanjaan besar semuanya hasil duit poket saya dan keluarga. Andai ada pun yang sudi menaja hanya membabitkan perkara yang kecil. Memandangkan saya duta kepada jenama minuman Nescafe. Mereka berkemungkinan akan meletakkan gerai pada hari resepsi nanti.

Kalau ada tajaan itu rezeki tetapi Siti Saleha nampaknya lebih berpuas hati untuk menggunakan wangnya sendiri demi majlis raja seharinya. Apa yang penting, segala perancangan berjalan lancar dan pengantin juga selesa dengan kehendak serta citarasa mereka untuk majlis perkahwinan nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

5 responses to Saya Tidak Cari Penaja Untuk Perkahwinan – Siti Saleha

  1. Aunty Jijah says:

    Rsenye retis2 kawin yg ambik TOO MUCH atau FULLY sponsor, majlis tu msti jadi caca merba, cth nya sam tilla & sorg pengacara tak femes tu asha toh ke apa nama dia.

    Tapi ada juga retis kwin ambik tajaan tapi majlis tetap cantik & ok, cthnya sharifah sakinah, ramona zamzam, lana nodin, lawa je reception & nikah diorg. Tak TOO MUCH & terabur, tapi just nice.

    Pendek cite, kalau ambik tajaan skali pun check betul2 & hati2 je lah..

    6

    0
    • Mak Becok says:

      Gambar kat lantai tu mcm. mengandungi Ayat Al-Qurankah? Kalau betul, kenapa letak kat lantai dan kaki dia menghala kat situ pula?!

      3

      3
      • minah jambu suka saahara yaakop says:

        elehhh setakat tarok kt lantai lagi pon ada kapet pe ! bukan nye dia pijak kat kaki dia…huh ! mungkin ayat tu belom nak di gantung kt dinding lagi…cakap jangan nak eksen baik sangatt..huh !!

        0

        0
      • mak aku says:

        Ayat hiasan je,kebanyakan org camtulah.Biasanya tak tau pun ayat apa.Hanya ikut2 je.Adab mana,mana?Awak tu darjah 2,hormat sikit orang darjah 5.Otak mana,mana?Dah ada org kata takpe camtu,lama2 dipijak pun jadi perkara biasa.Zaman berubah dgn perangai manusia.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    gambar kawin nanti hati hati ler jangan ko tiru yg kna kutuk tu. Ko cari jurugambar yg suruh ko orang posing elok elok ye. Yg laga laga hidung bagai tu simpan for ppersonal album.

    2

    0

Leave a Comment

Optional