Written by Bella | July 19th, 2016

Setelah beberapa lama menyembunyikan status sebenar hubungan mereka, Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mengumumkan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Berita perkahwinan mereka itu nyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Amar dan Amyra sering menafikan hubungan mereka.

Jelas Amar, beliau sebelum ini tidak berterus-terang dengan peminat kerana bimbang jika percintaan mereka tidak kesampaian serta ingin mengelakkan sesuatu perkara berlaku sebelum menetapkan tarikh perkahwinannya bersama Amyra.

Saya tidak mahu menjaja cerita tentang cinta kerana takut jika hubungan itu terputus perlu diberitahu kepada media juga. Saya ambil keputusan untuk dedahkan ia selepas tarikh perkahwinan sudah ditetapkan dan pasti.

Berbicara mengenai percintaan mereka, Amar memberitahu beliau pertama kali jatuh cinta dengan Amyra sewaktu mereka sama-sama berlakon didalam drama Suamiku Encik Sotong sekitar setahun yang lalu. Mereka berdua menjadi rapat dan cukup selesa bersama.

Kami mula rapat apabila sering bersama iaitu ketika berlakon dalam drama Suamiku Encik Sotong. Selepas itu kami memang rapat dan selesa bersama sehingga saya beritahu ibunya untuk menghantar rombongan merisik.

Secara jujur Amyra seorang wanita paling istimewa daripada ramai-ramai wanita yang saya kenal sebelum ini.

Buat Amyra pula, beliau menyifatkan Amar seorang lelaki yang cukup matang dan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Malah, Amyra juga tidak kisah untuk berkahwin pada usia yang agak muda kerana  apa yang penting ialah beliau harus pandai menguruskan suami dan harus bersikap lebih matang.

Ya, Amar memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya dan dia serius dalam membawa hubungan kami ini ke peringkat yang seterusnya.

Tiada masalah berkahwin dalam usia muda kerana ibu dan mak cik saya juga menamatkan zaman bujang pada umur yang muda. Apa yang penting kita pandai menjaga suami dengan baik.

Mengikat tali pertunangan pada 22 Julai dan bernikah pada 11 November. Majlis raja sehari pasangan ini akan disiarkan secara eksklusif di Astro.

Sumber Berita : mStar Online

18 responses to Saya Tidak Beterus-terang Sebelum Ini Kerana Takut Hubungan Tidak Kesampaian – Amar Baharin

  1. Isma says:

    Alhamdulillah tahniah untuk kalian berdua…semoga apa yang dirancangkan tercapai & moga jodoh kalian berpanjangan hingga akhir hayat.

    Elok juga, daripada menjaja kisah cinta sana sini akhirnya x kesampaian lebih baik simpan dulu & apabila dh betul2 confirm baru umumkan..

    0

    0
    • Man Kijang says:

      Haha amira panas bontot la tu nengok ramona dah happy kawin. Dulu kemain tuduh dazrin ada affair ngan ramona kan.. Balik2 kau juga yg tggalkan dazrin, rupe2nya sbb si hidung kembang ni..
      To amira : kau pandai cover tapi setengah org tetap tau kebenaran :) semoga berbahagia

      0

      0
      • Anonymous says:

        amira yang panas bontot ke engkau??

        0

        0
        • Anonymous says:

          Suka couple ni…x over. Sesetengah retis, baru beberapa bulan couple.. dah macam nk masuk ke seluar dlm jantan punya miang..

          0

          0
  2. wooot says:

    bagus. walau i x minat pun korg tp i salute cara cmni. senyap2 je, dah confirm tarikh ngn dua belah family, bru war-warkan. kawin waktu muda? wow.. lagi la nikmatnye dr bcinta btahun2 bawak kehulur kehilir. Tahniah.

    0

    0
  3. ida says:

    tahniah amar & amyra…tersenyum2 baca ni bila diorg bgitahu nk kahwin..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Tahniah..pasangan sama cantik sama padan. Semoga ikatan kekal hingga akhir hayat. Aminn.

    0

    0
  5. zura says:

    Tahniah..pasangan sama cantik sama padan. Semoga ikatan kekal hingga akhir hayat. Aminn.

    0

    0
  6. jija says:

    tahniah jiranku

    0

    0
  7. sepaun says:

    alhamdulllah.. moga kekal bahagia hingga akhir hayat

    0

    0
  8. Anonymous says:

    “Secara jujur Amyra seorang wanita paling istimewa daripada ramai-ramai wanita yang saya kenal sebelum ini.” Konon….dulu dgn yg seorang lagi pon kata macam ni….poyo la mamat ni….

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Mse putus ngan dazrin, si amyra ni kata sbb dazrin ada affair ngan ramona zamzam…sebenarnya dia dah syok kat si mamat poyo ni kut….skrg tgk sape yang kawin dulu… si dazrin masih lgi single, si ramona dah pon kahwin ngan org lain. So skrg sape yg ada affair ngan sape? Lu pikir la sndiri…..

    0

    0
  10. I loike amyra says:

    Amar ni taste lain xde…muka si amyra ni sama lebih kurang dgn ex gf dia yg panjang tu…model apetah dulu…bezanya minah tu pakai gigi besi and lg tinggi dr si amar nyok ni…lama gak couple tp break sbb si nyok nyok ni kaki pompuan xsilap…kalau kawin dgn minah model tu mesti murah dah rejeki ko mar…sbb bini lg tinggi dr somi haha…bodohla amyra ni…baik ko kawin dgn anak tan sri ke anak raja ke…muka da ada…tp ko bodoh amyra…rugi rugi….btw apesal aku nengok kt harian metro punya gambar diorg dgn family si nyok nyok ni….muka ayah dia tersenyum…muka mak dia berdiri sebelah menantu kemain MASAM wey….tak restu ke apa?? Hahahahaha….

    0

    0
    • Anonymous says:

      siapa gf yg ko maksudkan?.. model mana? ktrg kenal tak?.. kira dia ni mmg kaki pompuan ke apa?..tuka tuka gf la kan..kejap izreen la kejap erra la…eii byknyaaa dia sapu… dasar…

      0

      0
  11. Helo helo says:

    Kenapa mak pak si amyra ni pakai sedondon…tp family si amar xpakai sedondon pon?malahan muka ibu amar mcm xbest je…semacam je muka ibu dia masa amik gambar…nara kenapa xde gmbr dgn kluarga amar baharin?

    0

    0
    • strawberi shortcake sedap says:

      haaaa betul betul saya pon tgk kat Harian Metro punya gambar kan???
      Kesian tgk family Amar…sebab parents dia pakai biasa biasa je…kenapa amar tak belikan baju yg sama untuk family dia juga??…sampai hati…baru nak berbini kemain menjaga hati family si bakal isteri…family sendiri di anak tirikan…
      ada saya baca kat FB kakak amar baharin ni klua statement kata Muka Mak dia mmg mcmtu bila ambil gambar…tp ada peminat yg stalker bertauliah cakap manada…mak dia ada je gambar tersenyum…
      tp dalam gambar diorg tu masam gila yarobbi…mmg nampak mcm tak suka je… mungkin mak dia suka kat izreen azminda kot?..
      kadang org tua ni LEBIH MENGETAHUI…
      or bersangka baik jela….mungkin mak dia mmg tak sedia lg masatu kan nak bergambar…nebessss amik gambar dgn bakal menantu retisssss kau hado…hahahah

      0

      0
  12. Yadayadayada says:

    Kawin je la cepat. Bazir ruang gosip jerr. Nanti pasal kawin reserve satu post je untuk diorang ni. Lepas close case.

    0

    0
  13. jemah says:

    baju mira mcm Superman.

    0

    0