Written by AbangNara | August 26th, 2015

Berita penceraian Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor sememangnya mengejutkan orang ramai. Sebelum ini mereka memang pernah berniat untuk menamatkan rumahtangga yang dibina, namun hasrat tersebut terbatal selepas Yatt pulang dari Syria. Disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Walaupun sudah mencuba, akhirnya perkahwinan yang disulami kehadiran seorang anak perempuan berusia 5 tahun akhirnya kecundang jua. Memang tiada jodoh antara mereka berdua.

yatt hamzah

Walaupun sudah bercerai, Abang Nara respek kepada Yatt dan suami kerana telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka. Sekurang-kurangnya nasib anak tetap terbela walaupun hubungan suami isteri sudah tiada. Itu paling penting. Masa depan anak perlu dijaga. Kata Yatt Hamzah:-

Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui.

Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun.

yatt hamzah cerai

Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya orang ramai tahu tentang penceraian ini sekaligus mengelakkan sebarang fitnah atau desas-desus. Buat Yatt dan suami, bersabarlah. Semoga ada sinar di sebalik apa yang berlaku. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to Saya Terima Suratan Ini Dengan Tenang – Yatt Hamzah

  1. pasrah says:

    mungkin ada hikmah di sebaliknya..semoga tabah mnghadapi ujian dari ALLAH..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Artis Plastik

    0

    0
    • anon says:

      Ade jugak manusia yg mulut puaka. Dengki,. Plastik apenya… dah jodoh sampai kat situ je. Kita cume merancang tapi tuhan yg tentukan…

      0

      0
  3. Anonymous says:

    dari apa yg kita lihat dan baca tentang artis ni..macm tak percaya nak bercerai..apa sbabnya..tgk elok aje..kalau ada masaalah takkan takleh selesaikan..lainlah ada org ke tiga..itu kira dah kronik..sapa2 tahu apa sbbnya..ceh cita… ceh cita sikit..

    0

    0
    • Ni dia... says:

      12 Punca Perceraian

      1. KECURANGAN

      Ini adalah punca paling kerap didengar. Mengapakah hal ini boleh terjadi. Mungkin kerana hati sudah berjaya ditawan oleh orang lain yang dianggap lebih memahami. Jika hal ini terjadi pada anda, selidikilah diri sendiri dan perbaiki setiap kesilapan. Jangan hanya salahkan pihak yang satu lagi.

      2. MASALAH KOMUNIKASI

      Selepas tinggal bersama untuk satu-satu tempoh, pasangan didapati seakan tidak mampu berkomunikasi secara normal. Setiap kali bercakap, ada saja yang tidak kena. Akibatnya timbul pelbagai konflik yang membawa ke kancah perceraian.

      3. PENDERAAN FIZIKAL, PSIKOLOGI ATAUPUN EMOSI

      Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan, deraan dalam apa bentuk sekalipun sangat menyakitkan. Kerana penderaan ini, perkahwinan yang pada mulanya atas dasar suka sama suka dianggap satu penyesalan.

      4. SOAL KEWANGAN

      Setelah keluarga semakin membesar dan perbelanjaan kian bertambah, wang mula menjadi punca perselisihan faham. Bagi yang tidak tabah hadapi dugaan, pertengkaran adalah lumrah.Apa tidaknya, perbelanjaan yang mewah sebelum ini terpaksa disekat lantaran tidak cukup duit. Akibat tidak puas hati dan rasa terseksa, ramai memilih jalan mudah iaitu bercerai.

      5. KETIDAKUPAYAAN SEKSUAL

      Bagi yang sabar dan percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya, ketidakupayaan seksual bukanlah masalah utama dalam rumah tangga. Akan tetapi, bagi yang tidak sabar dan hanya pentingkan diri sendiri, hal itu sudah cukup kuat untuk dijadikan alasan perceraian.

      6. BOSAN

      Tidak dinafikan dalam dunia ini ramai manusia yang cepat bosan. Mereka-mereka inilah yang sukar mempertahankan ikatan perkahwinan yang telah dibina lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti harian sama setiap hari.

      7. KETIDAKSEFAHAMAN

      Setelah berumah tangga,anda seharusnya bertolak ansur dengan pasangan. Tidak perlu bertelingkah hanya kerana mempertahankan idea anda yang belum tentu betul. Ketahuilah bahawa ketidaksefahaman jika tidak ditangani dengan bijak akan membawa kepada kemusnahan institusi keluarga.

      8. KETAGIHAN

      Ketagihan memang pemusnah. Bukan sahaja pada diri sendiri malah pada keluarga. Tidak kiralah samaada seseorang itu ketagihan dadah, arak ataupun judi, semuanya membawa keburukan. Supaya keluarga anda tidak berantakan,j auhilah diri daripada semua ini.

      9. KURANG KOMITMEN

      Keputusan untuk menamatkan zaman bujang perlulah dibuat setelah berfikir panjang. Bukan sekadar ikut kata hati. Fikirlah segala implikasi yang akan datang setelah bergelar suami ataupun isteri. Ambil iktibar terhadap segala yang berlaku disekeliling anda. Membuat keputusan tanpa memikirkan halangan dan perubahan yang perlu dilalui setelah berumah tangga mungkin menyebabkan anda rasa terbeban dengan tanggungjawab baru. Maka berlakulah pertengkaran dan jika tidak diselesaikan segera, perceraian dianggap jalan terbaik.

      10. KEHIDUPAN SOSIAL YANG MENJIJIKKAN

      Jika anda mengambil keputusan berumahtangga, maknanya anda harus bersedia meninggalkan segala aktiviti sosial kurang sihat yang dahulunya menjadi kegemaran. Lupakan terus aktiviti-aktiviti sosial yang menjelikkkan. Semua ini penting demi untuk kerukunan rumah tangga.

      11. PENTINGKAN DIRI SENDIRI

      Ini satu lagi punca perceraian. Sebenarnya, tidak kiralah di mana pun anda, jika terlalu pentingkan diri sendiri, susah jadinya.Orang yang pentingkan diri sendiri tidak mempunyai sifat empati yang membolehkan mereka faham perasaan orang lain. Akibatnya, persefahaman sukar dicapai dalam hidup berkeluarga.

      12. ENGGAN BERUBAH SELEPAS BERUMAHTANGGA

      Bukan semua orang rela untuk berubah, terutamanya bagi yang sudah bisa hidup senang-lenang. Seperti yang kita semua tahu, mempunyai keluarga memerlukan komitmen yang tinggi kerana tanggungjawab sudah semakin bertambah. Ketika inilah timbul masalah bagi yang enggan berubah. Dan lazimnya,diri dianggap seperti orang bujang. Anak ke mana, pasangan kemana. Dia tetap dengan aktiviti sosialnya. Dalam erti kata yang lain, lari daripada tanggungjawab kerana tidak sanggup untuk berubah. Kesengsaraan tentulah pada yang menunggu dirumah.Titik noktahnya, perceraian.

      0

      0
      • Her Ladyship says:

        Pendekkan Hujah awak, ini kesimpulan dari saya,
        Kalau Isteri OK, Suami main “tahi”
        Kalau Suami OK, Isteri buat “perangai”
        Kalau Kedua2 OK,
        Perkara Ketiga membawa “celaka”

        0

        0
  4. Ammara says:

    Kesian kat anak..

    0

    0
  5. mojo says:

    masa bersama tak suratan.masa bercerai baru suratan

    0

    0
  6. Anonymous says:

    memang la tenang… ko ada jantan baru!

    0

    0