Agak jarang kita boleh lihat Fizz Fairuz berlakon dalam mana-mana drama sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya adakah Fizz kini sudah tidak berminat untuk aktif dalam bidang lakonan?
Namun, menurut Fizz beliau sebenarnya sudah kurang mendapat tawaran berlakon. Jelas Fizz beliau tidak merasa sedih ataupun terkilan dan mengakui zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.
Sebagai pelakon saya terima hakikat zaman kegemilangan saya sudah pun berkahir dan ia kitaran biasa.
Jika dahulu adalah masa saya sekarang giliran bakat-bakat baharu pula untuk mencipta nama sebagai pelakon.
Menggunakan masa yang ada sekarang, Fizz sudah membuka syarikat produksi beliau sendiri dan sedang mengintai peluang untuk bergelar pengarah serta penerbit pula.
Saya masih dalam industri dan saya ada perancangan tersendiri untuk membawa karier saya ke tahap lebih tinggi.
Alhamdulillah sebagai permulaan saya sudah pun membuka syarikat sendiri iaitu Rain Maker Creative Sdn Bhd untuk menghasilkan drama atau pun filem termasuk pengurusan acara.
Dunia hiburan ini ada jatuh bangunnya sendiri, popular itu hanya sementara dan jika anda tidak betul-betul berbakat agak susah untuk bertahan dalam industri. Â Sebab itu kalau boleh setiap pelakon harus melakukan pelbagai persediaan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan sekiranya tawaran berlakon sudah berkurangan.