Written by AbangNara | December 30th, 2013

Apa yang Abang Nara suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.

mizz nina tudung

Menerusi Pancaindera semalam, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-

Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.

Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?

mizz nina tudung

Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Nara turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.

mizz nina tudung

Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

59 responses to Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina

  1. rynna says:

    saya tetap suka Mizz Nina yg dulu,dan kini btambah suka ngan Mizz Nina..

    dulu mizz Nina sangat low profile,xmemilih darjat harta,cara bcinta yg sangat sederhana..

    skang alhamdulillah,btambah manis bila bertukar imej dan semakin mndekatkan diri ngan agama..

    0

    0
  2. nida says:

    Ya Allah, mizz nina.. ucapan / statement terbaik yang saya penah dengar semenjak arena artis2 berhijrah mula berleluasa. Ya Allah, tanamkan sifat2 ini kedalam hati2 kami ya Allah. Kurniakan kami kekuatan untuk menjadi muslim yang benar2 muslim. Lahirkan ketaqwaan kepadaMU dalam hati kami.

    HambaMU ini sangat berdosa. huuuuu T_T takott..

    0

    0
  3. mummy says:

    BAGUS……. berubah demi masa depan yg x tahu lagi bila2 saje boleh dijemput olehNya….

    0

    0
  4. milah says:

    harap2 miss nina dah tak make up tebal, tak pakai bulu mata palsu dan jgn berturban, tapi bertudung penuh selayaknya kaum muslimat. amin.

    0

    0
  5. damai says:

    alhamduillah, dari dulu mizz nina mmg wanita low profile, syukur kepada Allah kerana diberikan hidayah pada mu. Statement yg benar ikhlas dari seorg yg sdg behijrah. may Allah bless her and family, aamiin

    0

    0
  6. Sweet Heart says:

    Alhamdulillah.. :-)
    Hidayah milik Allah.. Kita tiada kuasa utk menghukum seseorang kerana Allah lebih mengetahui..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Alhamdulillah 3x..

    0

    0
  8. fifi says:

    padat + padu
    jawapan macam ni la yang suppose
    bukan jawapan yang meleleh-leleh bile wartawan tanye.

    0

    0
  9. umat says:

    Hijrah yang sebenarnya…
    insyaAllah perlahan2 disempurnakan kesemuanya..insyaAllah

    0

    0
  10. mak temah says:

    congrats sis…seorg artis yg sgt low profile

    0

    0
  11. alhamdulillah …,marilah sama2 ..berubah ke arah yg lebih baik …

    0

    0
  12. JambuSangat says:

    Past is past.keep move with new life..respect kat mizz nina..thumb up!!

    0

    0
  13. Saya yg kini bukan yg dulu.. says:

    Alhamdulillah miz nina..Tahniah Noh yg telah berjaya menjadi suami yang baik kerana dengan IzinNYA mizz nina telah berubah..Syukur..

    0

    0
  14. ida says:

    Alhamdulillah….contoh yang terbaik. Tak perlu nak canang sana sini bila nak berhjrah kearah kebaikan.

    0

    0
  15. Top Niaga says:

    terbaik, suka tengok perubahan terbaru mizz nina

    0

    0
  16. sssss says:

    SYUKUR…ALHAMDULILLAH….

    0

    0
  17. NKD88 says:

    Alhamdulillah. Jawapan padat. :)
    Ya Allah, moga dikurniakan zuriat buat mereka berdua. Amin Ya Rabbal A’lamin.

    0

    0
  18. Any connie says:

    Alhamdullilah… semoga.penghijrahan Mizz Nina ni berkekalan hendaknya dan bukan hanya sekadar memakai hijab dan tudung sahaja. Harta dan wang ringgit setinggi gunung sekali pun belum tentu dapat menjamin kehidupan syurga diakhirat kelak. Populariti dan kecantikan juga belum tentu dapat memberi ketenangan jiwa untuk melayari bahtera kehidupan di dunia. Semoga Mizz Nina telah menjumpai apa yang dicari2nya selama ini .

    0

    0
  19. nok gebuzzz says:

    jawapan yg bernas……humble sangat2,npk seorg yg iklas dari lubuk sanubari….

    0

    0
  20. cik dayah says:

    mizz nina ni kalo di interview,mesti jwpn dia cukup bernas. bercakap guna akal. suke sgt care dia..

    0

    0
  21. enee meenee minee moe says:

    Alhamdulillah..suka melihat perubahan M Nina & Noh..Dan saya setuju dgn cakap M Nina..BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN / MENURUT PERINTAH ALLAH INI BUKAN HANYA SETAKAT BERHIJAB SAJA..di Malaysia kita boleh lihat asal artis pakai tudung je, terus dilabel “artis yg baik” “artis yg dah berhijrah” “artis syurga” dan mcm2 label lagi seolah2 artist tersebut malaikat..wartawan kena disekolah kan dulu tentang agama, perlu faham bahawa setiap wanita Muslim baligh itu WAJIB MENUTUP RAMBUTNYA..itu suruhan Allah SWT..Janganlah dibuat cerita seolah2 bila dah pakai tudung maka dah lengkap Islam seseorang itu..itu salah! PAKAI TUDUNG ITU TUNTUTAN AGAMA..Dan kita perlu belajar bahawa TERDAPAT BANYAKKKKKKKKKKK LAGI TUNTUTAN AGAMA ke atas kita..Ini semua kena selari, bukan ambil satu, tinggal yg lain. Jadi, apa yg M Nina buat ni insyaAllah benda yg baik, yg akan mendekatkan dia dengan Allah SWT kerana M Nina faham bahawa bertudung bukan bermaksud sudah sempurna..Dan saya juga mengharapkan diri saya sendiri & org lain sama2 berubah ke jalan yg lebih baik & sentiasa memenuhi tuntutan Allah SWT ke atas kita semua hambaNya, insyaAllah.

    0

    0
  22. MAXMORA says:

    terbaek!!…inilah yg sebenarnya. semoga lebih bahagia di dunia dan akhirat..

    0

    0
  23. minah jambu merah biru says:

    tutop aurat tutop aurat pastu tknk beranak ! takot badan tu kembang macam noraniza idris gak Nye….liana jasmay yg badan sekeping tu dh ngandong sweetttt jeee….kebanyakan artis yg kawin ni semua takot nk beranak….agak Nye bini2 dorang ni makan tablet yg tk boleh kasi ngandong gaknye…pastu cakap > belom ada rezekiiii < kalau betol tkpe…kalau dorang cakap bohongggggg nanti tuhan betol2 tknk kasi anak n tk leh ngandong…

    0

    0
    • minah jambu otak senget says:

      bodoh la kau ni minah..cakap takde isi..merapu 24/7..mmg species bodoh 7 keturunan ke?

      0

      0
    • Dodol says:

      Cakap dulang, paku serpih.. Tak payah tunggu jadi artis, kau tu dah bohong siap sebut nama orang lain.. Ini la nama nyer fitnah.. kau duduk serumah ngan Noraniza Idris ker? Ramai betul bini artis kau kenal ker.. pas tu berani sebut Tuhan dalam statement kau…!!!

      0

      0
  24. Hoye says:

    Ko ni dh kenapa minah jambu merah biru?? Ssh hati sgt ko kan klu org lain tak beranak? Org sume rasa terharu ngan perubahan Mizz Nina, ko merepek pasal tak nak beranak plak. Pastu siap tuduh2 lg makan pil la. Macam ko tau jer kebenarannya. @%$#&* aptb tol.

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      minah jambu bukan tudohhhhhhhhhhhhhhhhh cuma minah jambu cakap >AGAK NYE< kau tk baca betol2 ke ! @#@$%$#@ huh bwekk ! pohdah !!

      0

      0
      • pen merah pen biru says:

        bila menaip gunakan otak…orang bercakap tentang penghijrah ke arah kebaikan…bukan cakap pasal tak nak dapatkan zuriat…janganlah suka menaip benda yang merapu-rapu yang boleh menampakkan kebodohan diri sendiri..

        0

        0
  25. Balang Coklat says:

    alhamdulillah,sjuk mata memandang,kn bagus klu smua retis2 m’sia brubh mcmni…^^

    0

    0
  26. mizzgurlz says:

    dia join USRAH.sbb tu jwpn dia ada isi..can be a good daie

    0

    0
  27. Anonymous says:

    1+9=10..susah gila,tpksa pkai kalkulator!!

    aku suka cara miz nina jwab soalan,bernas n nmpak bijak walaupun dy xpnah skolah pondok mcm johan…

    0

    0
  28. amir says:

    Gua respek sama mz nina

    0

    0
  29. melayu dutch girl says:

    alhamduliilah , siape sangka mizz nina ambik keputusan memilih ke jln Allah , daripada buang mase buat album dgn artis2 US album setakat laku kt Asia je Music Mizz Nina tak tembus europe market pun honestly tak masok corong2 radio sini pun in UK !!! thats probably makes her thinks ” this is not worthy it ” !!!!

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      kalau album tk berape nk laku lebih baik bertudong n jangan menyanyi n jadi artis lagi itu yg lebih baik …jaga rumah n jaga makan minom laki …kalau tkde anak jaga aje kucing n main2 ngan kucing ada juga faedah Nye..

      0

      0
      • anti hipokrit says:

        Bapak ko!

        Album dia x laku pun harta bapak dia 7 keturunan x habis….

        Drpd mcm ko, terpaksa mengemis kat negara org konon nak gaji lebih…

        Hidup ko ni lagi hina dari tahi anjing…

        0

        0
    • Anonymous says:

      This is not worth it…r u sure u r in uk now?

      0

      0
  30. USTAJAH says:

    jangan macam retis lain ..tutup bukak..tutup bukak..hipokrit !! mempermainkan hukum ugama..bila nak raih simpati pakai tudung..bila dah lega bukak dan berlakon siap dengan rambut celup! tu..lah retis yang suaminye dikejar ahlong! dulu buat video basuh kencing..

    0

    0
  31. naruto says:

    wahhh~keep it up miz nina!
    Allah always be with you~
    solute!

    0

    0
  32. melati says:

    terbaik..Tuhan bagi Mizz Nina segala galanya..dari kekayaan dunia dan kekayaan Fikiran…

    0

    0
  33. chantique says:

    jangan cukur kening.

    0

    0
    • nana says:

      kdg2 kening tu natural.. mcm kening sya.. bila ada org tnya cukur kening ke,,,? agak terasalah dn sedih jugk la…

      0

      0
  34. […] Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara […]

    0

    0
  35. zurin says:

    Menyanyi pun aurat ,haram kalau melalak lagi atas pentas

    0

    0
  36. Mah mat sabu says:

    Semua dah ok Alhamdulilah !!!! tapi tolong Jgn buat kening mcm Ustazah abby abdi yea mizz nina !!!!!

    0

    0
  37. comot says:

    asal lah anak-anak orang kaya rupa hodoh-hodoh. adik kembar jejai, nedim, jejai etc

    0

    0
  38. bunga says:

    g usrah plus berpendidikan,lahir dalam keluarga prominent sebab itulah komen n percakapan mizz nina bernas dan tak mengarut,kipidapp miz ninaa..
    tak cam sesetengah retis ummah pprt berlagak syumul ahlil sorga ittew,menagis2 konon dapat hidayah,sejadah melekap kat dahilah,pakai tudung mekap berkati gak,potoshoot kaki meniasrap jugak,,,huh!!
    tggu nowa lak yg bertudong n theroyans…

    0

    0
  39. Miss Umie says:

    Tahniah Mizz Nina! 102 % sokongan dari saya teruskan hasrat murni semoga kekal hingga akhir waktu.ameen..contoh!!!

    0

    0
  40. encikburn says:

    Alhamdulillah syukran ya Allah,tahniah tahniah tahniah..smple n asli je tak stgh artis y tunjuk2 bila dorg bhijab,smogamiz nina d berkati n d tetapkn iman hingga k jannah

    0

    0
  41. […] Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina (57) […]

    0

    0