Saya Tak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Adira – Aliff Aziz

Hiburan

Saya Tak Mahu Dikaitkan Lagi Dengan Adira – Aliff Aziz

Fuh ~~ Memang berkerat rotan, berpatah arang sungguh Aliff Aziz terhadap Adira. Mana tidaknya, Abang Nara pasti tahap kekecewaan Aliff Aziz sangat tinggi kerana cintanya ditolak oleh Adira. Sedih kot. Pasti Aliff sendiri tidak menyangka niat sucinya tidak diterima oleh Adira.

alif aziz adira

Advertisement

Tahap kekecewaan Aliff Aziz sehingga enggan lagi bekerjasama secara profesional dengan Adira di dalam apa jua projek. Kata Aliff Aziz kepada portal Murai:-

Bagi saya kami sudah putus dan saya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi dengannya. Saya pun sudah menjalani kehidupan saya tanpa kekasih seperti biasa. Lagipun, saya rasa saya tidak boleh bersikap profesional jika berhadapan atau bekerjasama dengannya kelak jika kami diperlukan bersama.

Itulah yang saya rasa kini dan tak perlu saya mengulas lanjut mengapa. Biarlah tiada apa-apa hubungan walaupun sebagai kawan di antara kami. Cukuplah, apa yang telah kami lalui bersama sebelum ini

aliff aziz

Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz. Iyerlah dulu bercinta siap bagi couple ring bagai. Tup-tup kena “reject” begitu aje. Mana tak sedih. Lagi sedih bila Adira sekarang seperti sudah ada kekasih baru. Kata Aliff Aziz lagi:-

Saya tidak kenal siapa dia (Shahrul Nasrun) dan sejak bila mereka berkenalan. Kalau benar dia sudah bertemu cinta baru, saya hanya doakan kebahagiaanya sahaja. Lagipun , kini kami tidak lagi berhubung antara satu sama lain dan saya pula sibuk dengan kerjaya seni saya terutama lakonan yang baru sahaja saya bina

Satu sahaja nasihat Abang Nara kepada Aliff Aziz. Carilah kekasih baru untuk melupakan Adira sepenuhnya. Hanya itu sahaja cara yang paling pantas dan berkesan. Lagipun Aliff Aziz kacak juga orangnya. Takkanlah tak ada awek-awek yang tangkap cintan terhadapnya. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...