Saya Tak Kisah Jika Liyana Tidak Mahu Minta Maaf – Hanez Suraya

Hiburan

Saya Tak Kisah Jika Liyana Tidak Mahu Minta Maaf – Hanez Suraya

Ah sudah. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Semalam kata nak saman kalau Liyana Manan tak minta maaf, tup-tup hari ini kata tak kisah pulak. Siap boleh nak berbincang pula. Pening sungguh Abang Nara dengan “statement-statement” yang dikeluarkan oleh Hanez Suraya ini. Asyik berubah-ubah je.

hanez suraya

Advertisement

Menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya menyatakan kesudiannya untuk bertemu Liyana Manan dan menyelesaikan isu ini secara profesional. Kata Hanez:-

Saya tidak kisah jika dia tidak mahu minta maaf. Jika dia ingin berbincang secara baik, saya bersedia untuk berjumpa dengannya dan menyelesaikan isu ini secara profesional.

Saya juga sudah memaafkan semua pihak yang membuat tuduhan dan mengecam saya di laman sosial kerana mereka tidak tahu cerita sebeenar. Saya tidak akan padam semua tuduhan dan kecaman yang dilemparkan orang kepada saya di laman sosial kerana saya percaya lama kelamaan perkara itu akan berlalu begitu saja.

Saya juga mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak akan membuat sidang media lagi selepas ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

hanez liyana

Pada pendapat Abang Nara yang tak berapa pandai ini, Hanez Surayalah sepatutnya mengambil inisiatif untuk bertemu Liyana Manan dan memohon maaf daripadanya. Kalau Hanez berbuat demikian, pasti masyarakat akan lebih menghormati dan memandang tinggi akan kejujuran Hanez. Seharusnya Hanez mengambil kira kecaman dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebagai satu petanda bahawa perbuatan yang dilakukannya adalah menyalahi norma masyarakat. Orang tak marah kalau kita tak buat silap. Orang marah sebab tahu ia perbuatan yang tidak bermoral. Tak begitu?

P.S: Proton perlu dana 3 bilion untuk buat model baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...