Written by AbangNara | December 9th, 2013

Rabu ini, Rozita Che Wan bakal dinikahkan dengan Zain Saidin. Dengan jumlah perbelanjaan termasuk penaja mencecah RM13 juta, perkahwinan Che Ta dan Zain digelar sebagai “Wedding of the Year” oleh orang ramai. Jumlah belanja yang tinggi menimbulkan cakap-cakap belakang daripada orang ramai sehinggakan ada tokoh-tokoh agama yang turut masuk campur dengan memberikan pendapat mereka sendiri.
che taSecara jujur, kalau Abang Nara jadi Che Ta pun, pasti dengan hati terbuka akan menerima tajaan yang datang kepada diri ini. Orang nak taja, takkanlah kita nak tolak kan? Itu namanya rezeki datang bergolek. Lagipun Che Ta adalah nama besar dalam dunia hiburan. Jadi tak hairanlah banyak pihak nak menaja. Kata Che Ta kepada Pancaindera semalam:-

Kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya. Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderamata dan solekan.

che ta

Memberikan maklumbalas mengenai kata-kata tokoh agama yang menasihatkan supaya bersederhana menganjurkan majlis perkahwinan kerana bimbang terambil hak orang lain misalnya orang miskin yang tidak diundang untuk menikmati jamuan di majlis berkenaan, Che Ta berkata:-

Saya tak kejar pun gelaran Wedding of the Year itu. Langsung tidak ada, sebab pada peringkat awal saya mahu majlis perkahwinan secara ringkas. Majlis nikah kecil-kecilan pun tak mengapa.

Saya bayar zakat pendapatan setiap tahun. Saya bagi kepada orang yang berhak, seperti anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Saya buat pada bulan Ramadan sebab nak keberkatan bulan itu. Takkanlah setiap kebaikan yang kita buat itu perlu dihebahkan? Sebab itu saya yakin tiada yang telah teraniaya sewaktu majlis saya berlangsung.

Apa pun, Abang Nara paling suka dengan ayat di bawah ini yang dilontarkan oleh Rozita Che Wan. Memang patut ia menjadi panduan buat orang ramai terutama yang berstatus selebriti di Malaysia ini.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Kita jangan terlalu ambil hati atas apa yang orang cakap pada kita. Nanti kita yang susah hati

che ta

Kalau ikut cakap orang, sampai bila-bila pun Che Ta takkan berkahwin agaknya. Yang penting, hati kita sendiri gembira dengan apa yang kita lakukan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala persiapan perkahwinan Che Ta dan Zain berjalan dengan lancar. Tak sabar nak melihat keanggunan Che Ta di hari pernikahannya Rabu. Pasti memukau!!!

86 responses to Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan

  1. papan says:

    che ta mmg innocent orgnyerrr

    0

    0
    • Baby AA says:

      tak kejar…tapi terima jugak sponsor2 tu kan? cakap cam keling jer…menyampah jer…

      0

      0
      • Anonymous says:

        bosan….cerita Bangla2 merusuh di Spore semalam lagi sensasi….

        0

        0
        • sun says:

          bosan2 pn ko bace gak

          0

          0
        • Cik Mimpi says:

          kesina juge ngan che Ta ni.. ada jer org tak puas hati dgn dia.. yg ustazah2 pun time cheTa ni la yg dia nak komen pun. padahal sebelum ni ramai lg org2 ternama yg buat majlis grand2..
          bagus tegur menegur ni tp jgn la memilih org yg hendak ditegur..klau nk tegur, tegur semua..\kan terang2 dia kata di sponsor so kita tahu yg benda tu ada lah tajaan.. alah mcm ada sesetengah ustazah2 yg keluar TV yg pakai tudung sponsor.. elok la kita tahu dr mana dia dpt sponsor tu dr sesetengah org tu buat majlis pkai duit hasil menipu..
          rasanye tak timbul isu aniaya org atau terambil hak org lain.. sbb dia bkn org penting dlm kerajaan pun.. dia hanyalah artis..
          yg paling penting semua kena bersyukur sbb dia tak ambil suami,tunang or boyfriend org.. dia tak ambil suami2 ustazah dgn alasan perlukan lelaki yg pandai agama utk membimbing..so mmg takde siapa yg teraniaya dgn perkahwinan dia..

          0

          0
        • hyde says:

          ni la tanda2 akhir zaman. alim ulama sudah tidak dihormati. yang salah diagung2kan seolah trend, yang betul ditolak tepi..pemikiran masyarakat da makin bnyk dirosakkan oleh artis2 yang akan diberi gelaran datuk suatu ari nanti sednagkan alim ulama trus duduk kat astro oasis.. sedih2x

          0

          0
        • Maya says:

          artis biasa lah propa, mulut ckp lain, dalam hati “majlis aku mesti lah grand”.
          Maya tak dengki pun dgn Che Ta, cuma tipu lah kan org mcm Che Ta tak kejar title tu, boleh jer kalau Che Ta x heboh jumlah tajaan, tak adalah org bising..pilihan di tangan sendiri.

          0

          0
        • Khalid says:

          jubur !!!

          0

          0
        • biarlah die nk wt majlis pn asalkan die dah beri ape yg patut pd yg memerlukan..betul jgk die ckp xknlah setiap kebaikan perlu dihebahkan..manusia nie klu yg baik die bukan nk tau sgt,yg jahat,yg x elok la yg die suke sgt nk amek tau..klu aku org nk taja pun aku terima..korang yg mengutuk ni pun cnfirm nk jgk kalu ade yg taja…

          0

          0
        • ape says:

          salahnyer Che Ta ni sbb kawin ngan zain saidin..kawin ngan lelaki biasa yg tak punya pengaruh dan pangkat.. cer klau che ta kawin ngan org berpengaruh or bergelar, kawin pkai bikini pun tak der org nak kecoh.. buat majlis 7 hari 10 mlm pun tak der org pertikai sumber duit walaupun sah2 guna duit penyelewengan.

          0

          0
        • Pandailah Kau says:

          Bukan Bangla ajer yang merusuh, low workers dari India yang banyak merusuh. Ramai yang mabuk masa kejadian tu.

          0

          0
      • Neelofa says:

        menyampah giler dengan perempuan seksi ni.. tak reti nak tutup aurat ke?
        klik me pliss..

        0

        0
        • hamba allah says:

          maaflah mencelah… tak memihak sesiapa, tapi korang2 yg asyik kutuk che ta ni rasa2nya bila ye nak minta maaf dgn dia?

          sbb dosa kita dgn org yg kita umpat tu hanya akan hapus jika org yg kita umpat tu ampunkan kita, xkira macamana teruk pun dia…

          apakata kita doakan yg terbaik utk dia, mungkin boleh doakan dpt hidayah? maaf kalau sy salah cakap… :)

          0

          0
        • kiki says:

          yg x phamnye nape raja azmi tergedik2 dan terlompat2 dlm masterchef all star…

          0

          0
        • hyde says:

          part ulama tegur pasl pegang2 tu nek ta tak jwab pun. tak pe sy tolong.
          ” sy pegang2 tu sbb mengikut kehendak fotogtapher. takkan la nak dok jauh2 pulak. bukannya gambar pasport’- nek ta

          0

          0
      • ola says:

        cuba kalau org sponsor kau kawin kau tak nak?? org bodoh je yg tolak

        0

        0
      • cik kiah says:

        alaaa kalo kau org bg uit nk sponsor wedding kau biar grand kau pun amik kan . . .

        0

        0
      • bella says:

        kalau org nak sponsor wedding kau pun..kau terima jugakkan..

        0

        0
    • Neeolga says:

      tak ader ke orang nak sponsor nenek ke mekah. patutnya umur2 cenggini dah daftar kat tabung haji..tunggu giliran nak naik haji. iye dok?

      0

      0
    • Aaron Aziz says:

      poyo giler pompuan ni…mohon dibaling tahi secara berjemaah..
      klik me.

      0

      0
    • donat says:

      kan…

      0

      0
  2. bulan says:

    abg nara ni yg poyo…menyampah ak..

    0

    0
  3. Ini Semua Poyos says:

    Wedding of the most sponsored… hehehehe

    0

    0
  4. che nah says:

    lace tu wajibbbbbbbbbbbbbbbbbb….

    0

    0
  5. Kak Semah Tonggek says:

    memang la rezeki…tapi yg sponsor tu adakah semuanya dari sumber yg halal dan berkat disisi agama?

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Kesian yer nekta…

    0

    0
  7. den la ni says:

    apalah ada pada gelaran~~

    0

    0
  8. minah jambu merah biru says:

    betol tu ck ta jangan dengar ape yg orang2 nk cakap kn nanti u jugak yg sakit hati n stress …yg bagos u buat bongok aje lagi hepening !

    0

    0
  9. zizot says:

    “Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta….”

    hanya eh? oooooo. T__T

    0

    0
  10. Fazila says:

    Assalamualaikum. Pada pendapat saya….itu hak rozita nk buat wedding besar atau kecil. Yang tak baik baiknya bila tgk gambar pre wedding diorg. Belum sah lagi dah pegang2. Semua kita impikan perkahwinan yang diberkati…..tapi berkat ke kalau blm diijab qabul dah ada unsur maksiat?

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Kalau tajaan berjuta, barang hantaran beratus ribu siap letak dalam peti setiap satu, pre wed kat Paris dan Bali dll, kejar gelaran weding of the year la tu….dah kata grand event. Kadangkala kena juga dengar cakap orang agar apa yang dilakukan dilandasan yang betul.

    0

    0
  12. Che Ta Happy says:

    Haaa nasib baik arini depa mau ckp pasai majlis aku. Penatla hari2 dok bukak Nara ja, duk jaja cite Johan gn Shila.

    Maila cita pasai cinta kami yang tgh menguntum mekiaqq (mekar) ni.

    Makasih la Bang Nara nohh.

    0

    0
  13. Nobody says:

    Korang semua dh kenapa..kan semua tu ditaja..barang Kemas tu bg pinjam je..lepas tu kene amik balik..mcm kita jugak..org nak belanja makan..xkan nk tolak kan..bohong la wey korang tolak..ajak ramai2 lg ade la..bezanya kita bukan artis..sah2 la die artis org akan taja mcm2..x sokong sape2 pon..cuma nak perbetulkan kan mindset melayu sekarang..cube positive sket..korang kalu org nak taja pon mesti suka kan..sama la ngan RCW..tu namanye rezeki die..takkan nk tolak pulak..peace..

    0

    0
  14. Nyampah ngan Azwan Ali….Bapok tua.

    0

    0
  15. d says:

    Nara cakap ‘che ta orang besar dalam industri’
    biar betul. jarang dengar dia dapat anugerah

    0

    0
  16. Nok-Nok-Nok says:

    Ya Ampunn…!!!!!!

    Nok tak tau masyarakat kita ni nak di klasifikasi kan sebagai apa..

    1st, dah memang Rezeki Che Ta orang nak taja.. jadi kita sokong je la.. kalau tak sokong pun senyum je la atau buat Bodoh..!!
    Yang Nok perasan ada sorang koemn suruh tengok sumber sponsor tu halal atau haram.. Astaga.., Senang je ualzzzz., sah2 la yg kawin ni artis and Che Ta’., takkan la pulak brand arak Carlsberg tu nak sponsor .?? hahahahaha.. Lawak korang ni..

    Bab halal haram ni pun susah nak cerita. Kalau korang ada otak., memang logik gaji Mufti dan gaji pegawai agama pun HARAM..!! Sebab, gaji mereka dibayar oleh kerajaan dan kita tahu sumber UTAMA kerajaan adaah Cukai dan antara cukai Tertinggi adalah Judi, Arak dan Rokok..!!!! So kenapa tak cakap dan fatwakan gaji mereka haram.??? so jangan bercakap takde otak.. Fikir dulu dan kaji..

    Sebenarnye, benda ni lagi jimat dari segi ASAS PERNIAGAAN. kalau yang menaja tu nak bayar iklan TV, lagi mahal kos so diaprang nak jimat pengiklanan., guna perkahwinan Che Ta. Satu Malaysia akan kenal jenama diorang dan syarikat dapat jimat. So mana2 pun ada baik buruk nye. Cuba la masyarakat fikir dulu apa yg ada depan mata.

    Last Nok nak cakap, bab alim ulama ni. Nok sokong mereka tegur atau bagi idea serta nasihat tentang perkahwinan Che Ta tapi ada juga alim ulama yang Tak perasan dengan mengulas dan memberi kenyataan kepada media sedikit sebanyak MEMBUKA aib dan memburuk kan orang yang dicakap.. sebab kenyataan mereka di media itu akan memberi persepsi buruk masyarakat tentang Che Ta.. Adakah alim ulama tu tak fikir benda ni.??

    Ada alim ulama yg beri pendapat membazir. Itu nk sokong sebab jumlah duit tu boleh diberi makan lagi ramai orang. Macam Nok ckp dulu, Nok sokong kalau Che Ta buat kenduir macam Ziana zain dulu. Tu baru meriah. Masak berkawah2 bagi peminat makan. Tapi ada alim ulama cakap bab aurat dan sebagai nye, ERMMM., Tak de pulak mana2 alim ulama yang tegur Permaisuri agong atau isteri2 menteri yang mendedah aurat.?
    Adakah alim ulama ni lebih takut kan manusia dari hukum Allah.? Nok ni tak tahu lah sebab Nok ni memang agak jahil bab agama..

    Apa2 pun, Moga pasangan ini dan perkahwinan ini Diredhai.. Nok doa Che Ta dan Zain akan berubah lagi baik dari sekarang..

    Daaaaaaaaaaaaaa

    0

    0
    • mulut longkang says:

      ailike…. hurrmmmm
      manusia kkdng dok sakan selak celah paha org lain…
      hat kain sdrik tkoyak xnmpk…
      dh nma pn sponsor… nmpk kn rezeki tu nokksss…
      rezeki jgn dtolak, musuh jgn dcari…
      mesti la RCW hebahkn yg dia disponsor… kang kalu sonyap2… org kta dia kaya plk… mna cekau duit…fitnah lain plk muncul nnti….
      lahaiii…

      0

      0
      • minah jambu merah biru says:

        betol tu mulot longkang minah jambu sokong…al maklom laaaa cik ta tu bukan Nye anak datuk ke anak raja ke ape ke…dia hanye pelakon biasa kalau ada producer panggil berlakon dia pegi lah kalau tk stay kt rumah ajeeeee cik ta bukan Nye orang kayaaaa jadi kalau ada yg nk sponser perkahwinan dia shukur la alhmdlilah tol tak..kenape orang2 ni sebokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nk cakap pasal sponser cik ta dh sewel ke pe !! tuhan dh tentu kn rezeki cik ta ok sooo jangan cakap banyak lagi !! cik ta bersabar ye allah sentiasa bersama mu kalau u selalu bershukur atas pemberian Nye..lov u cik taaaa…cik ta dh bangon tido lom ni?

        0

        0
  17. Anonymous says:

    Musim2 banjir ni aku tringat,ade x para penaja che ta yg juta2 ni bg bantuan/sumbangan utk mgsa banjir tu??hmmm

    0

    0
    • Anonymous says:

      So kau rasa kalau penaja che ta tu tak bagi bantuan kt mangsa banjir, Che ta lah yg bersalah? Kau nak sgt tunjuk kau boleh fikir sepanjang itu tapi nampak mcm kau tunjuk kebodohan kau. Kau rasa kau komen psl sumbangan banjir kat sini, kau ada bagi sumbangan ke? Sembang bikin abg bimbang!!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Yela..aku pkir cenggini sbb yg bnjir tu kg aku..fmly aku kat sane yg jd mgsa..aku ni xdpt blk tlg dorg sbb tugas di swak.yg ko nk bekap cik ta mcm die sugar mummy ko pehal??ade ke aku blame cik ta?fyi,ko igt smua yg bising psl sumbangan tu xde bg pape ke??xkne kat fmly ko,sdap la ko bekap cik ta tu..mmg aku sembang bikin bimbang laa sbb fmly aku..ckp org bodoh,ko tu yg bangang abadi..kne kat fmly sndri bru ko tau..

        0

        0
    • habib Jewel says:

      itu bisnes darling… kami bagi che ta pakai pastu amik balik asset 10juta tu semula. dapat promosi free je, dia kan model. takkan la i nak bagi mangsa banjir rantai 10juta. bankrup la nok.u masih teringat lg ke mangsa2 banjir tu?? tkpe la, marilah kite sama2 membantu seikhlas hati…. sian dia teringat yeee….

      0

      0
  18. yaya says:

    alhamdulillah..syukur la che Ta dah nak nikah….tahniah di ucapkan..Che Ta ni kira baik orgnya, at least yg dia pilih pun bukan suami org so takde la mghancurkn rumah tangga org lain….mmg byk laki org yg kat luar tu nak pikat che Ta tapi nasib baik dia ni tetap pendirian and faham sgt perasaan kaum hawa kalau suami kawin lain….takpe la Che Ta, buat la majlis yg meng happy kan diri, yg penting dgn niat kerana Allah Taala…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Hanya 3 juta ok….kau mampu? Over la che ta

    0

    0
  20. vanilla ice says:

    ehhhh kata artis class A… sponsor jugak kewwww !!!

    0

    0
  21. juwita says:

    mula minat che ta after masterchef. peribadi dia nampak baik & sgt berhemah. berentila mengata dia…kita doa2 kan baik2 sudahlah. moga che ta kekal bahagia dgn zain.

    0

    0
  22. che su says:

    tk kesah lah dpt gelaran most sponsored wedding of the year…tapi skrg ni cheta betul2 hot topic…boleh dikatakan semua peringkat umur mengenali cheta…dato2 datin2 makcik2 pakcik2 cikgu2 makcik2 kantin kakak2 gomen ustazah2 students budak2 tadika pun kenal cheta…hahaha…hebat betul penangan cheta…ada yg suka ada yg tak suka…biasalah tuu…apa2 pun cheta dh nk nikah dah…kita hadiah ja lah doa kt depa berdua semuga jadi suami isteri soleh solehah…ameen…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    sy nak keberkatan dlm bulan ramadhan.
    keberkatan sepanjang hidup x mau ka cik ta?
    hang duk tangkp gambar pre wedding bagai duk
    lentik sana sini,
    pakai baju ketat mcm sarung nangka
    nak berkat apa nya?
    hat gitu org duk bising cakap cik ta gaya kalah anak dara..
    nak berkat anak dara pun x leh lagu niehhh…
    Allah murka cik ta oiii

    0

    0
  24. neelopeh says:

    haah.. ye la tu che ta oi.. kau tak kejar gelaran wedding of the year tu.. tapi gelaran tu yg kejar kau.. kan kan kan kaaaannnnnnnnnnnnn?

    poyo je makcik ni..

    0

    0
  25. amylee says:

    I like you, Che Ta. Walaupun penampilan tak sesuai dgn usia, tapi I tgk u punya statement2 very down to earth n usually u will minta maaf kalau ada org tersinggung etc. Oklah tu, that shows permikiran matang daripada balas dgn cara defensive. Wedding of the year or not, Che Ta mmg dah glamour u’olls. Oklah x boleh puji lebih2 nanti ada org tak puas hati.

    0

    0
  26. mummy che ta says:

    Semoga majlis berjalan dengan lancar…Selamat Pengantin Baru Buat Che Ta& Chaq zain

    0

    0
  27. zara says:

    well said Nok-Nok-Nok!!!
    korang ni kalau kata org lupa neraka….kui..kui..kui… kot satgi mati (jgn ingat tak kan berlaku)nak cari che ta camner la kan. korang ni kalau la baekkkkk sangat…korang tak baca ruangan ni. yg korang kutuk2 niiii…tak dosa eh? mesti tak kan? sbb korang kan betulllllll…hahaha…. besttttt kaut dosa ngata org…judge org….tahniahhhhh!!!

    0

    0
  28. halimah jongang says:

    rumah kata pergi kubur kata mari

    0

    0
  29. pah says:

    Buat kat rumah lagi best….

    0

    0
  30. pink says:

    dalam iklan kat astro che ta kta lace tu wajibbb…
    tudung wajib x?? ish3

    0

    0
  31. Album Gambar says:

    Tengok muka Che Ta dalam gambar2 ni, terasa macam aku sebenarnya tengah tengok gambar2 dia sambut anniversary weeding dia ja yang ke… (25 tahun).

    0

    0
  32. klcc says:

    sian che ta.. korang ni!!

    0

    0
  33. ..................... says:

    aku malas nk komen lebih2 sb dia org pn dh nk kawin…dh jodoh dia org…sama2 la kita doakan y terbaik wat dia org….jgn la kita asyk nk mengumpat n mengata dia…kita tengok la diri kita sendiri sdh cukup baik kah kita ni…..

    0

    0
  34. Anonymous says:

    salam.
    tahniah buat che taaa….. rezeki org nak taja. alhamdulillah….. rezeki diakan. untuk nok nok nok bab gaji halal haram tu bukan kerja kita itu kerja allah…. gaji ko pun tak tentu halalnyaaa…. pandai sangat nak cakap bab2 halal haram. solat pun tak tentu cukupnya…. biarlah apa org nak kata bab agama nie biar yang pandai je yang bersuara…. sungguh pun tanggungjawb org yang menegur tu dah terlepas yang kita nie duk kutuk2 datang dosa je. yang che ta senang lenang tgh bahagia….doakan yang terbaik buat che taaa.
    dah menuju akhir zaman alim ulama di kutuk….. menggunakan akal logik untuk berbicara…
    bab aurat nieee…. terpulanglah nak cakap apa tp semua umat islam wajib menutup aurat dan ada batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. itu mmg kita telah di ajar dari sekolah rendah lagi. mungkin ada yang jawab x dapat hidayah lagi…… bab bini menteri agong2 tu bagi aku dia org lagi intelektual terpulang leee kubur lain 2 azab pun lain2….. peringatan untuk diri semdiri jugak. kengkadang kita ngata orang tp diri sendiri x sempurna.
    tunjuklah contoh yang baik untuk anak2, peminat dan masyarakat…. Jangan menjatuhkan agama demi kepuasan diri sendiri……

    Comel ke bergambar pra weeding dengan baju yang satu dunia boleh nampak aset, satu dunia boleh tgk aksi2 mesra n loving sangat…..
    Sederhana itu lagi baik dan mmg di tuntut.

    0

    0
    • lepat pisang says:

      SORRY Anon December 10, 2013 at 8:48 am. i first dislike comment u. sangat berbeza komen u dgn nok nok nok… mcm perbezaan org yg berilmu dan tidak berilmu… minta maaf kalau marah.

      0

      0
    • Nok-Nok-Nok says:

      W’salam Anon.,

      Ini lagi sekali Nok kena ulang.. Nok ni beri nasihat. Nok tak cakapn pun gaji sape halal and gaji sape haram.. Nok kan memberi idea supaya Masyarakat BERFIKIRAN global.. Fikir dahulu sebelum berkata2..

      Apa2 pun., Nok anggap dengan cara memberi nasihat dan pandangan ni adalah cara Nok nak berdakwah pada masyarakat.. Sebab berdakwah tu tak semestinya hanya tegur orang Solat atau bukak aurat..

      Cuba anda melihat keindahan dunia Tuhan ni di tempat lain, Insyallah pemikiran anda akan lebih terbuka tetapi masih ada sisi Islamiah nya.. Bak kata orang Melayu, jauh perjalanan, Luas pemandangan..

      Buat Lepat pisang- Calm down. Nok faham Anon tu pun nak beri pandangan dia. take it easy and always think positive ok.. Apa yang buruk sekarang Insyallah boleh jadi lebih baik di masa akan datang..

      Daaaaaaaaaaa….

      0

      0
  35. Olaf says:

    kerana cik ta janda dia d kutuk…
    keranan cik ta kawin ngan org muda dia d kutuk…
    ( tpi jujur aku ckp…wlpn cik ta ni dh berumo tpi dia ttp masih cantik…penampilan dia pn ttp cantik..) anak dara pn y ad body x dpt lawan cik ta ni….

    0

    0
    • Kopi Pak Aziz says:

      Mesti la dia jaga semua. Kerjaya dia retis kena jaga la muka, body, itukan aset dalam bidang seni untuk dapat job mencurah-curah yols. Takkan nak selebet ja. Lain la kalau dia kerja pembantu pejabat ka, pembantu kedai runcit ka, pembantu warung kopi Pakcik Aziz ka, apa barang nak glamer memanjang..

      0

      0
  36. helo helo says:

    biarlah dia… korang ni tak habis-habis la..
    kalau pun dia kejar title Wedding of The Year tu, bukannya dia menyusahkan korang..

    Melayu memang pendengki!

    0

    0
  37. Anonymous says:

    x kisah la kalau cik ta d sponser…kira bersyukur ad org nk sponser…tpi harap2 jgn jadi masa kawin memey n ezlin ye cik ta…..cik ta ni dh cantik tpi kalau jadi mcm kawinnya memey n ezlin tu kesian plk…kelaut jadinya nanti….

    0

    0
  38. Janda Vogue says:

    Am happy for Che Ta..

    Congrats !! !

    0

    0
  39. abang cute says:

    Tahniah la Zain n Che Ta….rezeki Allah nak bagi…kita bukan tau…ada sebab kenapa Allah bagi rezeki kahwin Che Ta ni disponsor…cukup-cukup lah mengata kat dia….kesian jugak tengok orang2 dok mengeji mengumpat mengata kat dia..makin dekat majlis perkahwinan dia, makain seronok orang dok kata…apakata kita doakan yang terbaik….menegur itu bagus..tapi perlulah dengan cara yang berhemah dan medium yang bertepatan…

    Abang cute doakan perkahwinan Che Ta kali ni bersama Zain berkekalan….x sabaq nak nengok anak-anak dorang….doa abang cute lagi semoga Che Ta berubah ke arah yang lebih baik….nak tengok sangat Che Ta berhijab mengikut syarak….Amin….

    0

    0
  40. Mirai Suenaga says:

    senang je citer, aku kalau ada duit banyak pun, aku nak gak buat grand2 bagai.

    0

    0
  41. themightydingdong says:

    yelaaa nekta~ wedding of the century pon bole .

    0

    0
  42. gua menyampah says:

    rozita che wan dan propa mmg takkan berhenti..makcik ni mmg suka propa..tak larat aku!!

    0

    0
  43. nok gebuzzz says:

    ape yg dipilih hak individu…..bkn salah RCW nak smua ni…pihak sponsor masing2 nak promote brg mereka masing2….

    0

    0
  44. Sayang says:

    Tolong yeeee……pada sape2 yg back up che ta ni. Orang komen bkn makna benci tapi meluat ngan loya spai muntah hijau bagai dgn gaya nenek ni yg over, mcm x penah dpt laki. Kan molek klau bgaya seiring dgn umo tu. Si zain ni pn aku tgk dah mcm gaya orng tua la plak. Nak bg balance kut.

    Pe pn respect gak kat cik ta sbb x rampas laki org. Tu je

    0

    0
  45. tokiooo says:

    Her veils is exactly like my mom’s missing table clothe. tee hee hee

    0

    0
  46. makhluk halus says:

    che ta sombong ….dtg tmpat awam, bukan main sombong lg…

    0

    0
  47. minah says:

    bosan! tak abes2 psl che ta kawen…

    0

    0
  48. nana says:

    Selamat menempuh alam perkahwinan Che Ta. Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia ke anak cucu. Amin.

    0

    0
  49. Bob says:

    Alamak che ta kawin same tarikh ngan tragedi highland tower..rebahhhh ke bumi…

    0

    0
  50. Saya suka Che ta says:

    Semoga berkekalan hinge ke akhirnya..We love Che Ta. all the way from Brunei

    0

    0
  51. asap says:

    Tahniah zsrcw! moga berkekalan hingga ke syurga

    0

    0
  52. sayang che ta says:

    Tahniah Che Ta.

    Semuga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat. biarlah apa orang nak cakap, janji che ta dan zain bahagia nooooooo.

    0

    0
  53. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (82) […]

    0

    0
  54. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (83) […]

    0

    0
  55. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (84) […]

    0

    0
  56. […] Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan (85) […]

    0

    0