Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan

Hiburan

Saya Tak Kejar Pun Gelaran Wedding of the Year – Rozita Che Wan

Rabu ini, Rozita Che Wan bakal dinikahkan dengan Zain Saidin. Dengan jumlah perbelanjaan termasuk penaja mencecah RM13 juta, perkahwinan Che Ta dan Zain digelar sebagai “Wedding of the Year” oleh orang ramai. Jumlah belanja yang tinggi menimbulkan cakap-cakap belakang daripada orang ramai sehinggakan ada tokoh-tokoh agama yang turut masuk campur dengan memberikan pendapat mereka sendiri.
che taSecara jujur, kalau Abang Nara jadi Che Ta pun, pasti dengan hati terbuka akan menerima tajaan yang datang kepada diri ini. Orang nak taja, takkanlah kita nak tolak kan? Itu namanya rezeki datang bergolek. Lagipun Che Ta adalah nama besar dalam dunia hiburan. Jadi tak hairanlah banyak pihak nak menaja. Kata Che Ta kepada Pancaindera semalam:-

Kalau anda nak kahwin, dan ada orang datang nak taja, takkan tak nak. Saya bersyukur bila ada orang nak taja perkahwinan saya. Orang kata Che Ta belanja besar sampai RM13 juta untuk perkahwinannya, itu silap. RM10 juta itu adalah nilai tajaan barang kemas untuk tiga majlis berasingan (nikah, berinai dan bersanding). Belanja tajaan majlis perkahwinan hanya RM3 juta seperti pakaian, katering, dekorasi, fotografi, cenderamata dan solekan.

che ta

Memberikan maklumbalas mengenai kata-kata tokoh agama yang menasihatkan supaya bersederhana menganjurkan majlis perkahwinan kerana bimbang terambil hak orang lain misalnya orang miskin yang tidak diundang untuk menikmati jamuan di majlis berkenaan, Che Ta berkata:-

Saya tak kejar pun gelaran Wedding of the Year itu. Langsung tidak ada, sebab pada peringkat awal saya mahu majlis perkahwinan secara ringkas. Majlis nikah kecil-kecilan pun tak mengapa.

Saya bayar zakat pendapatan setiap tahun. Saya bagi kepada orang yang berhak, seperti anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Saya buat pada bulan Ramadan sebab nak keberkatan bulan itu. Takkanlah setiap kebaikan yang kita buat itu perlu dihebahkan? Sebab itu saya yakin tiada yang telah teraniaya sewaktu majlis saya berlangsung.

Apa pun, Abang Nara paling suka dengan ayat di bawah ini yang dilontarkan oleh Rozita Che Wan. Memang patut ia menjadi panduan buat orang ramai terutama yang berstatus selebriti di Malaysia ini.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Kita jangan terlalu ambil hati atas apa yang orang cakap pada kita. Nanti kita yang susah hati

Advertisement

che ta

Kalau ikut cakap orang, sampai bila-bila pun Che Ta takkan berkahwin agaknya. Yang penting, hati kita sendiri gembira dengan apa yang kita lakukan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala persiapan perkahwinan Che Ta dan Zain berjalan dengan lancar. Tak sabar nak melihat keanggunan Che Ta di hari pernikahannya Rabu. Pasti memukau!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...