Written by AbangNara | July 23rd, 2014

Memang satu tindakan yang gila sekiranya Ramona Zamzam berniat untuk mengacau hubungan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang bakal berkahwin dalam masa 2 minggu ini. Tak masuk akal betul untuk Ramona menjadi pemusnah untuk bakal rumahtangga yang dibina. Ini semua gara-gara Ramona memuat naik gambar dirinya bersama Dazrin menerusi Instagram baru-baru ini sehingga menimbulkan kemarahan para peminat.

dazrin dan ramona

Abang Nara faham ‘concern’ para peminat. Ramona Zamzam memang cantik orangnya. Memang boleh bikin hati para jejaka cair orangnya. Namun Abang Nara percaya Ramona dan Dazrin tak akan buat kerja gila untuk jatuh cinta di saat ini. Pastinya kemesraan yang ditampilkan sekadar tuntutan kerja. Terang Ramona menerusi Harian Metro:-

emang saya bengang. Ini benda mengarut. Satu Malaysia pun tahu mereka akan kahwin dalam masa dua minggu. Takkan saya gila nak kacau hubungan mereka.

Hakikatnya saya dan Dazrin memang dah kenal lama. Kami memang akrab bila jumpa di lokasi tapi tak ada yang lebih seperti disalah ertikan pihak tertentu.

Kebetulan kali ini kami berlakon bersama dan jadi rapat di set sebab sama kepala, itu saja. Saya profesional dan tahu menghormati status dia yang bakal berkahwin tak lama lagi.

dazrin

Diharap penerangan Ramona Zamzam ini akan dapat menenangkan hati para peminat Dazrin dan Amyra Rosli. Untuk makluman, Dazrin dan Amyra akan bergelar suami isteri pada 8 Ogos ini. Insya Allah semuanya akan berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Kiki didenda RM5,000 dan 240 jam kerja komuniti

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

51 responses to Saya Tak Gila Nak Kacau Hubungan Mereka – Ramona Zamzam

  1. ain suzana says:

    ramona cantik?? biar betul nara :-O

    0

    0
    • Datin K says:

      cantik bendanya nara oii.. muka berbintik2 macam jerawat kecik2 penuh 1 muka kot.. sebijik macam hs..

      0

      0
      • Tipah Kurma says:

        tumpang lalu.. tumpang lau…
        tepi tepi tepi…
        nak muntah ni… blewkk…..!!!

        0

        0
      • Bapaku Pulang dari Kubor says:

        Serius aku nak tanya…

        ADA PEMINAT KE UNTUK KETIGA-TIGA ARTIS NI???

        Kalau pun ada peminat… tahap minat korang ni camne eck? Ada sampai gantung poster dalam bilik ke?

        Aku keliru la… artis-artis sejuk sendu membeku gini x yah ler nak bagi publisiti sangat… MEREKA NI BEKERJA DI HADAPAN KAMERA JERR… bukan ada orang nak ambik peduli pun… kalau diorg nak berkahwin…. kahwin jer laa… bukan kami peduli pun… nak pos gambar bertenggek dengan sapa pon… pos jer laa…

        0

        0
    • peah says:

      satu malaysia tahu yeeee ??

      tp kenapa aku tak tahu pun ??

      0

      0
      • miss ynwa says:

        hahahha sokong peah…..iols pon tak tahu noks…nampak sgt perasan masing2 glemer…choiii…..engkorg daa anak 1 ke 6 ke….ade aku kisah??? artis SENDU mmg sukew acah2 glemer ek…..KIKIKIKIKI

        0

        0
      • lala says:

        hihi tau xpe..die kabo 1 malaysia tau dazrin nk kawen lg 2 mggu..tp siyes aku xtau pun~ ke aku dok negara lain?

        0

        0
      • nomnonom says:

        hshhahahha ,..aku pun xtau

        0

        0
        • Anonymous says:

          lawa la ramona..
          suka tengok muka dia..
          cantik.
          ape kelas berebutkan dazrin tu, dah lah tak hemsem, berlakon punnn.
          kelaut. =_=

          0

          0
  2. nok gebuzzz says:

    ni wartawan punye keje la ni…menabur fitnah suh org begaduh..pastu buat cite sensasi…….wartawan yg giler!!

    0

    0
  3. anon says:

    Cantik la tu untuk nara haha

    0

    0
  4. sakurako says:

    pelik aku ngan nara ni..dia tak zoom ke muka si Ramona ni lol

    0

    0
  5. Anonymous says:

    comel lagi amyra la bang nara oiiiii…ramona muka dia bila zoom dh sama mcm hanez suraya….berbintik2…buang karen jer kalau ramona nk kacau dazrin…dazrin ni aku tengok bkn ensem mane pn…berlakon pn x best…tpi aku pelik..kt tv asyk keluo muka dia berlakon jer la plk…

    0

    0
  6. rapunzel says:

    nara cakap muka ramona cantek bukan kulit ramona yg cantek.. kulit die mmg menggerutu.. .korang ni mmg xpaham BM la… …pd aku ramona ni rupa ada tp die kene g wat treatment tang kulit.. kasi hapus sume kawah…

    0

    0
    • blurkk says:

      muka tu, termasuk dengan kulit2 sekali la dik non oi.. adohai.. kalau kulit kat muka tu bukan termasuk dalam muka, means tinggal tengkorak je la kepala dia tu.. hahaha. melawak la ko ni

      0

      0
  7. Olga says:

    Ku pikir dia ni orang Indon….
    “emang saya bengang. Ini benda mengarut…”

    Nara oi.. kalau ye pon nak copy paste dari web gossip lain, copy betul2 ye lain kali.. hehe *peace*

    0

    0
  8. no name says:

    ramona ni sape???tak kenal pun…

    0

    0
  9. nadia says:

    saya pernah jumpa ramona sejak sebelum dia jadi finalis Dewi Remaja. Muka dia allergic, sbb tu jd macam tu.. and sekarang kulit dia dah ok balik. Janganlah cakap kulit orang menggerutu ke apa, pernah cermin diri sendiri ke tidak yg komen komen ni? Kalau dah namanya artis mestilah dia selalu di makeupkan.. sebagai contoh time dia berlakon, makeup artis pakai brand A.. time photoshoot makeup artist pakai brand B.. kan dah lain produk.. mungkin kulit Ramona sensitif dgn certain bahan2 dlm makeup tu..sebab tu jadi mcm tu.. Alhamdulillah sekarang dah ok kan..Sudah-sudahlah kalau nak mengutuk org, nnt kena balik kat batang hidung sendiri mcm mana?

    0

    0
    • Grammar nazi says:

      Ishh….salah guna perkataan allergic tu…allergic kepada apa? Sepatutnya, “muka dia allergic kepada sabun cap kapak (contohnya)” . Rimas aku org salah penggunaan perkataan ni!

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Semalam tgk ramona kat ketuk ketuk ramadhan. Cantiklah…

    0

    0
  11. mok bedoh says:

    ini sumo poyos..

    0

    0
  12. Hamba Allah says:

    Astaufirullahalazim, bawak istifar pd yg mengutuk ciptaan yg Maha Esa.. ciptaan yg Maha Esa semua cantik dan indah.. Cuma yg membezakan kita Iman dan takwa, tepuk dada tanya selera..

    0

    0
  13. Cik.bunga says:

    Hai wahai kwn2 kt cni yg bijak2..hihi korang mesti terror bab treatment2 ni…nak tnya apa rwatan nak mnghilangkn blackhead..n apa rwatan utk treatment spy muka nmpk babyface..jgn rekomen kosmetik, dh bnyk kosmetik i cuba..:)

    0

    0
    • nadia says:

      kena selalu scrub muka. amalkan petua. gula perang campur sedikit dgn madu dan pakaikan mcm scrub muka. kemudian cuci. seminggu 2x.. and buat facial sebulan 2x..inshaaAllah boleh hilang.. babyface tu xpasti tp kalau nak kulit halus cerah kurang kedutan cubalah maracuja oil by tarte ada jual di sephora

      0

      0
    • miss F says:

      I gune kaylena beaute. Produk dr Leuniey natasha yg meletops tuuu. Nk bleh order dgn i.tp stok dh hbis..kna tgu lpas rye.hihi packeging baru pye.rjin2 like fb kaylena beaute kerinci.I update after rye nti okeyyyy^^

      0

      0
  14. minah says:

    Dah sah2 ramona ni lawa gila. Yg ngutuk dia tak habis2 tu sudah la. Muka dia dah lama clear, aku tgk dia salu klua makeup pun tak. Yg korg nak bising kat nara dgn wartawan bagi publisiti murahan dah kenapa bukannya diorg mintak klua gosip ni pun. Slh fhm gamba je pun. Aku tak belah mana2 tapi bagi aku ramona dgn amyra ni 22 cantik. Mgkin ramona lawa dia more to gorgeous, amyra lawa dia more to comel. 22 ciptaan Allah kita sape nak pertikaikan. Biarle deme

    0

    0
  15. nina says:

    Kacau tak kacau tapi dlm 3 org ni lakonan yg plg baik mmg ramona! Smpai mati I takkan lupa watak jahat dia uollssss

    0

    0
  16. peminat dazrin says:

    Amyra ni queen control lah!! Org luar xtau apa yg jadi tapi pape skali pun myra ni mggunakan dazrin utk naik je. Dazrin I rasa baik u tekel je ramona, dia tu gila tapi baik. Bukan mcm si mira dah blakon trus prasan diva! Baik ramona lagi humble

    0

    0
  17. webbit says:

    Dazrin dgn mira mmg padan tapi tak top.. ramona’s acting is much better!

    0

    0
  18. munirah says:

    Baru usha ramona ni kmarin kat ketukketukramadhan lawa gila babs. Jerawat tang mananya….? Elok je tgk

    0

    0
  19. olga says:

    Propa je dierg ni tgk2 kang dazrin ni betul2 kawin dgn ramona muahahaaha

    0

    0
  20. mawar says:

    Dazrin dgn ramona ni dah lama kwn laaah

    0

    0
  21. minah says:

    Dazrin iols kenal. Ramona pun iols kenal. Amyra who,?

    0

    0
  22. cekodeng says:

    Sian dazrin. Myra ni dah lama main kayu 3 kat blkang huhu

    0

    0
  23. lapyu says:

    Abg suka miraaaa.. mira comel tapi hidung mira kembang hidung ramona tu mancung sikit tapi abg tetap sygkan mira.. mira kawin dgn abg je lah

    0

    0
  24. soleh says:

    Tolong la uolsss ramona ni walaupong muka pornstar tpi die mmg lawa 10juta kali drpda amyrarosli ni.. amyra ni sape ha mohon pencerahan ku tak kenai

    0

    0
  25. kinah says:

    Amyra tu sape?

    0

    0
  26. neutral girl says:

    Bgi sy klau org dah cntik skin ade problem pun ttp cntik.. same dgn org gemok kalau bdan dia gmok tpi kalau muke cntik ttp nmpak cntik amende lah korg nih huhu

    0

    0
  27. rus says:

    Baru hri tu nampk ramona dgn dazrin shoot kat kelantan happening hbis dieorg nih!! Mmg nampak sekepale dn yg plg pnting tak sombong!! Mira ni pnah nmpak kat luar senyum pon tak boooo amyra rosliii

    0

    0
  28. abg syg says:

    Ramona lakonan mantap body pun mantaps amira ni skeping je blakon pun kelaut

    0

    0
  29. jannah says:

    3-3 I tk knal tpi trus stalk ig diorg yg pnting ramona ni hot gila wehhhhh. Dazrin ni yg blakon jodoh tu ke??

    0

    0
  30. amira says:

    Camane amira ni boleh jadi duta aura white?? Takde aura lgsg dah la tak putih mne pon. Baik time hanez suraya dulu lagi meletops

    0

    0
  31. ikan says:

    haritu aku tengok mukenye lubang2. nampak lak tu walau pun dah salut mekap tebal. tp dalam gambar ni licin je pulak? kesan aura white ke? pasni boleh la cari laki orang mcm duta sebelum ni.

    0

    0
  32. cik polka says:

    sape ramona zamzam tu?? tak kenal pun..

    0

    0
  33. Anonymous says:

    itulah dia kalau manusia makin tak reti nak hormat hubunga orag lan … tak yah nak sebok2 upload gambar berdua dengan bakal suami orang … mengade2 … nanti dah bersuami baru hang rasakan .. pttuuiiihhh aku anti betul perempuan gelenyar macam ni ..

    0

    0
  34. […] pertunangan Dazrin dan Amyra telah menjadi sedikit kecoh apabila pelakon lelaki tersebut dilihat bergambar mesra dengan Ramona Zamzam. Namun Ramona sendiri telah tampil dan membuat penafian yang dirinya menjadi orang ketiga dalam […]

    0

    0
  35. […] pertunangan Dazrin dan Amyra telah menjadi sedikit kecoh apabila pelakon lelaki tersebut dilihat bergambar mesra dengan Ramona Zamzam. Namun Ramona sendiri telah tampil dan membuat penafian yang dirinya menjadi orang ketiga dalam […]

    0

    0
  36. […] yang mendambakan Amar Baharin bercinta dengan Izreen Azminda. Malah mungkin ada yang stress kerana Ramona Zamzam sebelum ini pernah didakwa menjadi perosak hubungan Amyra Rosli dan Dazrin Kamaruddin. Banyak peminat Amar dan Izreen yang menulis komen memohon agar Ramona tidak mengganggu-gugat atau […]

    0

    0
  37. […] yang mendambakan Amar Baharin bercinta dengan Izreen Azminda. Malah mungkin ada yang stress kerana Ramona Zamzam sebelum ini pernah didakwa menjadi perosak hubungan Amyra Rosli dan Dazrin Kamaruddin. Banyak peminat Amar dan Izreen yang menulis komen memohon agar Ramona tidak mengganggu-gugat atau […]

    0

    0