Saya Suka Sifat Kelelakian Aidil – Zarema

Hiburan

Saya Suka Sifat Kelelakian Aidil – Zarema

Menarik sungguh artikel mengenai Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Berita Harian hari ini. Tersenyum Abang Nara membacanya. Mana tidaknya, detik-detik pertemuan mereka berdua turut dikongsikan untuk tatapan para peminat. Malah Aidil dan Zarema turut berharap agar dikurniakan anak yang ramai untuk memeriahkan lagi keluarga mereka.

aidil zarema

Advertisement

Rupa-rupanya Aidil mengenali abang Zarema terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan isterinya itu. Cerita Aidil:-

Saya kenal abangnya, Zulhisham dulu sebelum Zarema dan ahli keluarga yang lain. Apabila sudah kenal, suatu hari, abangnya menjemput saya hadir ke majlis cukur jambul anak saudara Zarema. Saya terjumpa Zarema di majlis itu.

Sebenarnya pada masa itu, saya hanya memandangnya dari jauh dan tak tahu Zarema adalah adik kepada Zulhisham. Apabila sudah kenal rapat dengan keluarganya, dari situlah saya mula kenal dengan Zarema.

Romantik juga kan detik pertemuan mereka? Tambah romantis apabila Aidil bercerita mengenai apa yang membuatkan dirinya tertarik kepada Zarema. Kata Aidil lagi:-

Bagi saya apa yang patut ada dalam setiap perhubungan adalah persetujuan dan restu daripada kedua ibu bapa serta kepercayaan antara satu sama lain. Apa yang membuatkan saya tertarik pada Zarema adalah sikapnya yang memahami kerjaya saya, sekalipun saya tidak dapat cuti atau sibuk dengan kerja.

Perangai Zarema yang paling saya suka ialah tidak mengharapkan saya sangat sebab boleh melakukannya semua sendiri. Saya mengharapkan keluarga yang bahagia dan besar. Ramai tahu saya ini duda anak dua, sudah mempunyai keluarga sebelum ini. Isteri saya pun dapat menerima anak-anak saya seadanya.

Diharapkan dengan permulaan baru ini, jika diizinkan Tuhan, saya tak menolak jika dikurniakan sebanyak mana pun cahaya mata. Memang sasaran saya berkahwin adalah untuk membina keluarga.

zarema

Apabila ditanya apakah sikap Aidil yang membuatkan dirinya jatuh cinta kepada pemain bola sepak ini, Zarema berkata:-

Saya suka dengan sifat kelelakiannya. Aidil seorang yang mementingkan keluarga. Seperti saya yang mempunyai keluarga besar dan Aidil juga mempunyai keluarga yang besar. Jadi saya nampak sikap beliau ang selalu mengutamakan keluarga. Aidil juga seorang penyayang dan romantik.

Saya bersyukur apa yang dirancang semua berjalan lancar. Bersyukur kepada hadrat Ilahi memberikan laluan yang sempurna dan baik untuk kami teruskan hubungan ini. Saya berharap dan berjanji untuk menjadi seorang isteri solehah sebaik-baik Siti Khadijah.

aidil dan zarema

Insya Allah perkahwinan yang dibina oleh Aidil dan Zarema akan berkekalan ke akhir hayat dan ditemani dengan cahaya mata yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Abang Nara suka melihat pasangan ini. Memang sama cantik dan sama padan. Selamat melayari bahtera rumahtangga dan semoga cepat menerima berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga. Insya Allah.

P.S: Sedikit sebanyak tentang Diego Garcia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...