Written by Bella | April 15th, 2016

Harapan untuk peminat Kamal Adli dan Emma Maembong yang mengimpikan pasangan ini bersanding di jinjang pelamin bakal termakbul apabila Kamal mengakui beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Namun, Kamal tidak mahu terlalu mendesak Emma dan hanya akan berkahwin jika mendapat restu daripada keluarga beliau dan keluarga pihak perempuan.

Jujur saya hanya menunggu pihak Emma saja. Pada masa sama, Emma juga perlu mengambil kira soal keluarganya dan hal ini sudah tentulah bukan perkara main-main. Tambahan pula Emma anak kesayangan bapanya. Saya pun tidak boleh komen lebih-lebih dalam bab ini.

Lebih elok rasanya jika ditanya kepada bapanya juga. Saya pun tidak menggatal dengan wanita lain. Malah, saya juga tiada apa lagi hendak difikirkan kalau menyentuh soal masa depan. Keluarga saya pula memang tidak menghalang jika saya meluahkan hasrat untuk berumah tangga.

Kamal juga menjelaskan beliau tidak mempunyai tarikh tertentu untuk bernikah dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan beliau dan Emma kerana khuatir jika perancangan mereka akan berubah nanti.

Saya tidak boleh hendak komen panjang-panjang mengenai persoalan, bila saya akan melangsungkan perkahwinan? Sebelum ini, saya ada mensasarkan untuk bergelar suami pada usia tertentu, namun ia tidak berlaku seperti diharapkan.

Hendak mengulas lebih-lebih mengenai hubungan dengan Emma pun saya sebenarnya agak bimbang. Maklum saja, kalau kami tidak jadi kahwin, saya dan Emma juga yang akhirnya menjadi sasaran. Jadi, biarlah saya mengambil pendekatan bertenang saja dalam soal ini dan tidak keterlaluan saat memberikan ulasan.

Alhamdullilah, nampaknya kali ini baik Kamal mahupun Emma masing-masing sedar mereka serasi bersama dan tidak mahu membuang masa dalam bercinta. Jika benar mereka akan berkahwin tidak lama lagi, kami harap segala perancangan mereka ke arah itu dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

22 responses to Saya Sudah Sedia Pikul Tanggungjawab Sebagai Seorang Suami – Kamal Adli

  1. Melati ? Neelofa says:

    hah
    bnguih la tu
    cpat cpt ler mu menikah

    0

    0
    • Anonymous says:

      maaf…off topik. semalam selepas selesai azan mahgrib, saya terdengar baby menangis meraung dgn kuat dihadapan rumah saya. kuat sangat…agak lama dalam 5 minit camtu. mula2 saya buat derk je. saya pun buka pintu check..tak pula nampak kelibat ibu atau baby tu sendiri. kemudian..tangisan yg kuat tu berhenti. setahu saya jiran2 saya takde baby/anak kecil.
      minta pencerahan please…

      0

      0
    • emavengers says:

      Dear Emma,

      Kamu baru 24thn… Sabarla dulu n jgn terburu buru buat keputusan… Mantapkan kerjaya, simpan duit n berlabur utk masa depan yg kukuh… Masuk kelas lakonan ke seni lukis ke atau travel ke… Tuntut ilmu agama jadi masa depan keluarga terjamin… Lagi buat apa nak rushing, kamu muda n cantik… Pilihlah yg terbaik, kamal npk takda ciri ciri pemimpin keluarga yg stabil atau baik… Tgk aje dia biarkan intan terkapai kapai…

      0

      0
    • emmavengers says:

      Dear Emma,

      Kamu baru 24thn… Sabarla dulu n jgn terburu buru buat keputusan… Mantapkan kerjaya, simpan duit n berlabur utk masa depan yg kukuh… Masuk kelas lakonan ke seni lukis ke atau travel ke… Tuntut ilmu agama jadi masa depan keluarga terjamin… Lagi buat apa nak rushing, kamu muda n cantik… Pilihlah yg terbaik, kamal npk takda ciri ciri pemimpin keluarga yg stabil atau baik… Tgk aje dia biarkan intan terkapai kapai…

      0

      0
  2. Melati ? Neelofa says:

    hah
    bnguih la tu
    cpat cpt ler mu menikah

    0

    0
  3. asmidar says:

    masa dgn intan dulu, couple lama2 xde pulak cakap nk kawin.. kesian intan dk tunggu lama dulu..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Kenapalah Emma suka sgt ambik gbr dgn mulut gitu…dia perasan dia comel sangat ke dgn gitu. Mcm buntut ayam baru lepas berak adalah…muka kau Caucasian mcm mana sekalipun kalau bergambar gitu…tetap buruk rupanya.

    0

    0
  5. x says:

    Kawinlah cepat pak gendut,dah kawin bertambahlah gendutnya.baru ema sayang.

    0

    0
  6. aku rasa la.... says:

    aku rs bapak emma blm bg green light lg sbb tak yakin dgn si kamal ni. blakon jer pun, kewangan tak stabil mana. mesti dia nak si emma cr lelaki yg lbh elok stabil, esok lusa bila emma takda job blh jgk la harapkan dkt suami..

    0

    0
  7. sian says:

    adik beradik kawen retis, education plk nanhadoo msg2.. esok takda job, mcm mana la nak survive.

    0

    0
    • Anonymous says:

      orang yang ada education pun tak tentu lagi boleh survive wakk.. semua terletak pada usaha masing2. belajar tinggi mengunung pun kalau tak ada usaha, tak ada apa juga. heeee

      0

      0
  8. dora says:

    kawin je la..tgh manis dik ooooiii….
    tp emma mmg lawa…cun

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Ala dulu dgn Intan pun dia cakap benda sama. Ada perancangan la.tahun depan la.. Tengok2 ditinggalkan jugak.couple ngan Shera aiyob sampai 4 tahun & Intan 6 tahun pun x ke Jinjang pelamin.ni nak jaga budak kecik x matang ni lagi lah susah..Apa2 good luck la bro nak dpt green light dari pak embong tu. Jangan ada drama mcm time kakak2 dia yg lain kahwin tu sudah lah..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kawin cpt2.jgn jd mcm zizan.mcm hilang arah.cri publisiti murahan. Entah apa2 mengarut tak tentu psl.jgn kte duit is everything. Mujur emma berpisah dgn dia.adli sesuaaailah sgt ngn emma.pakcik jgn pilih sgt menantu nanti dpt hantuuuu.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Time couple n time kahwin mmg lain dik. Klu da kahwin..srupa ekau khwin ngn prangai2 die sekali..n famili2 die sekali. Kalu ko dh boleh tahan pangai n famili die tme couple..maka teruskanlh.. kalau ragu2 lg, baik ekau pilih yg lain. Nk kne fkir jgk tu..camne pangai ibu kpd anak2 ekau nnti. Klau dpt cam bdk2 susa pulak. Mmg tggungjwb somi utk jaga isteri. Tp isteri pn kne pndai jga diri n kluarga.
    Emma tu cam knak2 ribena je hakak tgk..tp xtahulh kat blkg ad sisi matang die yg ekau nmpk. Ko je yg tahu.. bkn nk kondem or doakn yg buruk. Tp hnya nasihat drpd hakak yg dh kwen dlu ni. slamat maju jaya. Perkahwinan mmg best. Gudluk.

    0

    0
  12. wateva says:

    yg aku tak paham tu bapak si emma asyik tak bagi green light je anak dia nak kawen. dgn zizan tak bg green light dgn kamal pon tak di baginya green light. tapi anak dia dok bekepitt je ngn jantan bg plak green light. mushkil betul aku. anak ko tu dah gatal nak kawen weh.. kalo taknak anak kawen simpan anak dalam almari je lah kata uqasha sensore. wakakakaka

    0

    0
  13. Anonymous says:

    malas nk komen…entah la. sendu je.

    0

    0
  14. emmavengers says:

    Dear Emma,

    Kamu baru 24thn… Sabarla dulu n jgn terburu buru buat keputusan… Mantapkan kerjaya, simpan duit n berlabur utk masa depan yg kukuh… Masuk kelas lakonan ke seni lukis ke atau travel ke… Tuntut ilmu agama jadi masa depan keluarga terjamin… Lagi buat apa nak rushing, kamu muda n cantik… Pilihlah yg terbaik, kamal npk takda ciri ciri pemimpin keluarga yg stabil atau baik… Tgk aje dia biarkan intan terkapai kapai…

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Harap ayoh emma tak setuju lah dengan mamat ni…emma yg cantik dan byk kebolehan boleh dapat orang yg lagi bagus and lagi handsome lg dr mamat poyo ni…kecoh satu dunia konon tunggu greenlight dr family emma…propa je mamat poyo ni…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ayoh Nye rela tanggung dosa benarkan anak berkepit dengan lelaki. Dari sebelum berhijab sehingga sekarang. Carry on.

      0

      0
  16. bawang says:

    Cubalah cari pasangan hidup yang takde timbul kontroversi. Sebelum berkawan sudah ada gosip berdua, hanya “teman” biasa and tup tup bercinta pulak. Ditambah lagi, baru putus cinta. Mana tidaknya segelintir orang tak puas hati and hentam kamu berdua memanjang. Kan lebih bagus if take a break daripada bercinta. Spend time with families and friends dan paling penting tingkatkan pretasi dalam kerjaya. Sayang diri berbakat dan belum lama di dunia seni. Memang Allah yang menentukan baik buruknya tapi kita mesti bijak membuat keputusan. Apapun kalau jodoh berdua, semoga sampai ke pelamin dan kekal hingga ke janah.

    0

    0