Written by AbangNara | January 16th, 2012

Membaca kata-kata Ally Iskandar tentang pernikahannya bersama Farah Lee yang bakal berlangsung pada 20 Januari ini di dalam KOSMO Ahad, Abang Nara dapat membayangkan keterujaan Ally untuk bergelar suami. Sememangnya tempoh perkenalan mereka berdua sangat singkat, namun bagi Ally, itulah yang menyeronokkan. Kiranya mereka berdua ini bercinta selepas berkahwinlah senang cerita.

farah lee ally iskandar

Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Tambah menarik, beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Apa pun, Ally teruja untuk menyahut cabaran Farah Lee yang mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.

Ikuti temubual penuh Ally Iskandar dan wartawan KOSMO Ahad dengan membaca entri ini sepenuhnya.

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

88 responses to Saya Sahut Cabaran Farah Lee – Ally Iskandar

  1. Leha says:

    Comelnya pasangan ini..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 141 Thumb down 2
    • hi farah says:

      hi farrah ur so sweet… luv to see both of you…hope will be happy forever..

      Ally ngan farrah ni baru nmpak berseri..nmpak sepadan.. dulu masa gambar dia ngan ex tunang dia nmpak tak sesuai sgt tau…dr gmbar tunang dulu pn dh nmpak mcm tak serasi.. dgn farah ni baru nmpak muka bahagia.. tahniah yer

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 107 Thumb down 5
    • Selitone says:

      Biler laaarr Tiz Zaqiyah nak cabar aku plak niii? hahaha… opss.. kang org umah ngamok plak…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 73 Thumb down 5
      • Tiz Zaqyah says “no…”

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 1
        • Selitone Cold says:

          Pokok serai,
          Akar gaharu,
          Belum try…
          Belum tahu…

          Kan? kan? kan? hahaha…

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 1
        • Queen.Of.Goldfish says:

          too Selitone Cold aka Selitone…

          hurm ada satu enrty 2 ampa habaq xmau ngomen da cni kan..rasanya last year punya entry maybe..

          reasons ampa coz dis year taun y busy wat ampa~~~

          heehhehe heran nengok ampa cnie coz biasa avatar ampa pix rimau gatai 2 …lalalalalla

          pape pon rasanya ampa nieh seangkatan ngan mr fop(fact oriented person…cik bibir merah..kak zaza…aries april..miss suka masak..kasih..lan dubies rite…

          lama dak nampak depa smua or maybe masing2 da guna name len utk ngomen..

          pape pon selitone…

          welcome back 2 beautifulnara….heehhe

          peace yawwwww

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
        • Admire By U'OLL says:

          muka diaorg hampir serupa! Jodoh lama…..Btul ke?

          Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • eleh eleh says:

      aku suka gila tgk farah ni..simple je…takde nak pakai tudung pelik2…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 84 Thumb down 2
    • aya says:

      alhamdulillah..1 lg masjid bakal dibina..dunia dan akhirat saling memerlukan.krna dunia jmbtn ke akhirat..smoga berkekalan hingga ke jannah,insya Allah.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 29 Thumb down 0
    • Queen.Of.Goldfish says:

      congrats both of them~~~

      sweet couple…muka iras2…

      mata hati ak rasa sonok jek tgk depa bdua nieh…

      neway ally jgn amek sponsor dari Rafflesia naaaaaaa….

      kelammmmm jek nanti..muahhahaha

      peace yawwwww

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 61 Thumb down 0
    • olala says:

      Haish. Ally ni jejaka idaman aku mase kecik2 dulu ney… Dh melepas dh… Haha.

      Anyhow! Dorg due ni nmpk sweet la together. I like. Farah comel. Sopan je nmpk. Pandai lak tu blajar kt Korea. Jawapan2 yg diberi Ally pun cukup matang. Memang akan wt org respect and hormat privacy die. Tk mcm org2 dlm industri hiburan yg lain.

      Tk pyh membazir wt majlis kahwin exclusive sgt pon 1 keputusan yg bijak. Grand2 sgt kdg2 mcm2 hal jadi. Bukan doakan.. Tp duit baik simpan utk lpas kahwin. Wt beli tiket p Korea selalu ker. Huhuhu..

      Congratz anyway to Ally and Farah. Semoga bahagia yep. :D

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 31 Thumb down 0
    • mama cute says:

      mmg padan…harap kekal spi syurga

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
    • muke diorang iras2 kan?! org kate muke same ni jodoh pnjg..hehehe..amiiiiinnn utk Ally & Farah..maybe ini hikmahnya Ally putus dgn tunang yg dulu..Allah gantikan dgn Farah yg insyaAllah lebih baik.. ;)

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
    • lykanoah says:

      hehe….cm abg n adik je….kurang padan…tp da jodoh…to da d tentukan dr azali…anwy….may Allah bless to u both…aminn

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. sukaati akula.. says:

    bagusla..all the best Ally!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 0
  3. siti says:

    sepadan… sejuk aje tgk diorang ni.. moga masa kahwin nanti.. tak yahlah amik sponsor byk2… guna duit sendiri lebih berkat… aminn…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 76 Thumb down 0
  4. kekasih gelap beckham says:

    tahniah. semoga bahagia hingga ke jannah.
    tinggal aku je yg masih dara lagi….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 0
  5. makterjah! says:

    sooooo sweeeet!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 1
  6. kihkih says:

    So sweet….

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 1
  7. hope says:

    semoga berbahagia di dunia dan akhirat..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 1
  8. kawan abg nara says:

    Alhamdulillah.. Ally pun dah cukup matang dgn jawapan cool dia..

    Bukan mcm aidil and zaquan yg mentah lagi.. diduga sikit lari dari rumah.. zaquan pulak bangga seret roodah kulu kilir ikut pala tak betul dia tu..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 75 Thumb down 6
    • syomot says:

      woow~ ni kisah ally..jgn nk heret kisah org lain..nnt memaku dulang paku yang serpih, mengata org dia yang lebih..tutup aib org, Allah tutup aib kita..itu bukan jnji manusia..tp jnji Allah..ok

      notakaki: muhasabah diri sendiri sebelum mengata mengutuk org lain..harap maklum.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 60 Thumb down 5
  9. papa says:

    WOWW!! HAHAA! tahniah lah ally, isteri student lagi..manisnya kala bercinta..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 1
  10. Suri says:

    Bestnyer..Klu dpt mcm ni..lama ke x, x pntg tp caranyer. Alhamdulillah, tahniah

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 0
  11. yusma says:

    tahniah! sgt comel dan sepadan…muka kamu ada iras :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 48 Thumb down 0
  12. syomot says:

    tahniah ally. alhamdulillah, semoga menjadi suami yang soleh. sejuk mata memandang farah. juga buat farah, semoga menjadi isteri solehah. =)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 1
  13. mommy says:

    comel je dorg nih.. ;p Moga jodoh bpanjangan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  14. SAYA CANTIK says:

    alhamdulillah… moga jodoh ally dan farah akan berkekalan hingga akhir hayat.. :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
  15. japrik says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 58
    • sayasayangpakwesaya says:

      let bygone be bygone

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 31 Thumb down 0
    • new muslim says:

      Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka terhebahnya tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Nur: 19)

      Allah melihat amalan pada akhir hayat hamba-hambaNYA.

      wallahualam

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
  16. nanonanonanona says:

    sweeeeeetnya………………….

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • weehoo says:

      kan? ni mcm bercinta lps kahwin la jgk. bercinta lpd kahwin mmg sweet :) perkahwinan berlandaskan agama dan keredhaan Allah, insyaAllah sampai ke Jannah.

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  17. Kacang says:

    Yang penting jgn bagi Rafflesia sponsor lagi..hancuss

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 61 Thumb down 0
  18. mak minah says:

    tahniah ally! semoga jodoh berpanjangan.. teringin nak melalui perkahwinan yg penuh misteri macam ally. semoga berkekalan hingga syurga :’)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 0
  19. izz zara says:

    sejuk tgk muka bakal isteri ally..sweet..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 0
  20. srory mory says:

    cantik nya si faah ni……….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
  21. TaurusMay says:

    So sweet!!

    congrats to both of you :). muka ada iras-iras :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  22. faizs says:

    hubungan yang baik. moga diredhai.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  23. seronoknya says:

    ala skrg nie biase lar org kawin laki lbh tua dr isteri…abah aku dl tua 12 thn dr mak aku…n aku lak laki aku tua 15 thn dr aku…rsnye lg bgs kawin org laki tua dr pempuan coz org laki kan jd ketua kuarga…jd bl lg tua lebh matang n mahir menangani mslah rumah tangga…apa2 pun tahniah n selamat menghadapi umah tangga yg mencabar…sk statement ally yg nie
    “Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

    Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya”

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 39 Thumb down 1
  24. Cute jugak bakal bini dia ni. Tergoda mak noks..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  25. ila says:

    semoga berbahagia

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  26. suzana mazlan says:

    suka sangat!!! tahniah!!!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  27. Aku suka Ally n Farah says:

    Pertama sekali..Tahniah buat Ally ngan Farah..Suka tengok gambar diorang…Manis..Serasi bersama..Ini kata mata dan kata hati aku bila tengok gambar diorang…

    bagi aku,orang yang berubah menjadi lebih baik berbanding masa silamnya adalah orang yang terbaik. Sebab dia kemahuan untuk berubah dari terus berada ditakuk lama.. hehehehehe….

    SELAMAT PENGANTIN BARU.. 17, 18, 19 & 20 AWAK BERDUA KAWIN…Tak sabar nak tengok gambar kawin…Semoga bahgia dunia akhirat…Amin….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 0
  28. azi says:

    tahniah la ye.. moga berkekalan hingga hujung nyawa..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  29. mixgirl says:

    i lov ally iskandar…i doakan smoga bhgia keakhir hayat…amin….pjalanan cinta n pkahwinan mereka mcm dlm kisah novel2 yg byk i baca…tahniah…smoga cepat2 dpt chaya mata…amin….

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  30. mixgirl says:

    i lov ally iskandar….smoga bbahagia keakhir hayat…amin…pjlnan cinta dan pkahwinan mereka sbijik mcm dlm kisah2 novel yg i slalu baca…tahniah ally n farah smoga cepat2 dpt cahaya mata…amin…;))

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  31. janda baik says:

    smoga jdoh kamoo bdua dirahmati,,diberkati oleh Allah s.w.t…dan berkekalan hendaknya… dan saya pminat ally mndoakan…jauhkan lah penceraian ke atas pasangan ni… bkal isteri ally ni sjuk sgt mata ni memandang… sama2 la mnjaga bahtera rumahtgga…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  32. coka-coki says:

    hurm..tahniah ally n farah…kisah u all mcm kisah saya…sweet je u all ber2 ni….semoga berkekalan…amin..insyaallah..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  33. ina says:

    Alhamdulillah.Semoga berbahagia hingga ke anak cucu dan hingga ke akhir hayat.Sweet je diorang ni.Muka pun ada iras-iras kan.Bahagia tengok mereka bahagia. :D

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  34. dolphin says:

    Congrats Ally & Farah. Smoga pernikahan ni diberkati hingga akhir hayat, AMIN. Bercinta selepas kawin…memang sangat manis sebab pe je nk buat, dah HALAL…macam aku la! Masih “bercinta” sampai sekarang, dah 3 tahun menikah. Tak payah kuar blanje kenduri berpuluh ribu raban yg membazir..janji kenduri yg berkat & termampu. Semua puas hati.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  35. qasseh says:

    subhanallah, comel sangat bakal isteri ally nih…

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  36. Miss D says:

    Alhamdulillah..bercinta selepas kahwin :-) !!!!! artis yang boleh dijadikan contoh.. Good luck both of u !!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  37. nina says:

    so sweet bercinta lepas kahwin

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  38. meeradriana says:

    age only a number.. :))

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  39. mommywannabe says:

    sweetnya. tahniah & smoga kekal ke ank cucu. mmg cute2 nti ank diorg ni, hehe..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  40. Ayin says:

    permulaan yg baik akn berakhir dgn baik….
    alhamdulillah..ally n farah menjaga kesopanan dan batas dlm pergaulan

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  41. Mendoakan Kamu Yg Terbaik says:

    tahniah…

    tapi terbaca byk kali ayat ni “Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.”….

    semoga sebelum ini, x pernah melakukan perkara yg x sepatutnya, ya Ally

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  42. nana says:

    farah n ally mmg spdan,muka pn de iras2
    ..2 both of u,smga brbhgia hingga k akhir hayat…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  43. woot woot says:

    “bercinta selepas kahwin is much more awesome and full with barakah” tak gituu farah lee&ally iskandar? gudluck both of u :)

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  44. jeles says:

    sama cantik sama padan.

    apsal orang cantik je yang dapat kahwin dengan orang macam ni. huk huk.

    Jeles I.

    Kalau I pun keluarga jodohkan dapat macam ni, I pun nak cabar jugak. hehe.

    FARAH LEE and ALLY (nama pun sepadan), semoga kekal bahagia dan kekal ke syurga.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  45. farahleeallyiskandar says:

    tak nampak macam couple lah..macam abang dan adik.. :) tapi takpe,yang penting dia orang nak KAHWIN!!!!!! :D

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  46. pumpkin says:

    bf ku pnh tekel si farah lee ni. huahuahuaaa. trkejut makcik. ade hati awk nak tekel pmpuan cntik ni. i ni je y lalu tgk u. ahahah

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 2
  47. Lagubestbest says:

    Tahniah sesangat Ally. Farah Lee tu nampak macam bidadari sampai kesyurga dah. Jangan u rosakkan lak t. Jarang orang TV kawen wife baik agama camni. Dahla kiut u’all berdua. Tambah kiut bila honeymoon korea. ;D

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 1
  48. baby uuu says:

    congrat ally dan farah,,mmg x salahlah ally memilih farah sebagai permaisurinya,,mmg cute mreka bedua,,x sabar rsenya nk tgk mreka bedua atas pelamin nnti,,,,

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  49. cantekkkkk says:

    cantek awek nie …..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  50. Aku suka Ally n Farah says:

    Restu ibu bapa tue penting…Bahagia kan tengok mereka…Sweet!!

    Hehehehehe

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  51. m not an angel says:

    Alhamdulillah…. Semoga kekal hingga ke Syurga. AMIN.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  52. biskut oreo says:

    masya Allah…sweet sangat tengok dorang nih…..comel sesangat!!!!

    to ally and farah, selamat pengantin baru…..barakallhulakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair…..may Allah bless your marriage till Jannah and grant both of you kids yang soleh dan solehah……

    all the best ally and farah!!!! doa kami mengiringi kalian………..cecece……(x tahu sebab apa suka sangat tengok dorang nih..heheh)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Anonymous says:

      a’ah kan biskut oreo… aku pn sayang… cam jele pun ada.. (jeles membina) :)

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Anonymous says:

      a’ah kan biskut oreo… aku pn sokong.. cam jeles pun ada.. (jeles membina) :)

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  53. Mama Meera says:

    Lagi comel dari bekas tunang Ally:-)Nnt kalau mse kwen jgn bukak tudung mcm ex tunang Ally tu ye,time msuk rancangan realiti gadis melayu da cantik pakai tudung tp time masa bertunang plak alas kepala dengan selendang je.Semua org hentam nnt.Moga kebahagiaan kalian berdua(farah lee dan Ally Iskandar) berkekalan.Amin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  54. kecewa says:

    ……saya doakan mereka bahagia sampai keakhir hayat.saya suka kat ally.uuuuu.tapi pasangan ni sepadan.yang penting mereka bahagia saya turut bahagia

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  55. kecewa2 says:

    cantik…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  56. fiza says:

    Macam Adik dan Abang jer la ….. ehm …. siapa sokong saya …

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
    • nini says:

      BOO..xbnyk org sokong kau.kesiann…bia la macam adik ngan abang,nak mintak “sokongan” wat pe.elleyhh
      Buat Ally & farah lee.semoga bahagia ke akhirnya,sangat sweet ini couple =))

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  57. Mieda says:

    dua2 ada muka chinese look…kan3x??

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  58. lala says:

    muke samela..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  59. Anonymous says:

    comelnyaaaaaaaa :D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  60. godiee says:

    comelnya……..couple ni…suka..suka..suka sgt!…moga ally & Farah kekal hingga ke hujung nyawa….. :D

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  61. toblerone says:

    sweetnya dorang nie… sokong2… smoga kekal hingga akhir hayat.. bijak lah ally cari pasangan.. n congrats buat bakal istri ally…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  62. insan biasa says:

    tahniah untuk abang ally dgn farah lee . cun weyh dua-2 niey .

    #oke fine i jelez

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  63. opah rock says:

    sukenye opah tgk muke farah ni..tenang jer..
    sekalung tahniah dari opah buat korang ye..peace!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  64. arina says:

    aaaa nak macam ni…sweet..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0