Written by AbangNara | October 4th, 2017

Pasti ramai yang terkejut dengan berita penahanan Boy Iman susulan kontroversinya di dalam pembinaan rumah mampu milik menerusi syarikat DBI Properties. Penangkapan Boy Iman itu dilakukan selepas pihak polis menerima sebanyak 188 laporan oleh orang ramai yang membabitkan kerugian berjumlah RM6.2 juta. Turut menerima tempias daripada penahanan ini ialah Datuk Nassier Wahab yang merupakan duta kepada syarikat DBI Properties.

nassier wahab boy iman

Baru pulang dari Mekah selepas menunaikan ibadah haji, Datuk Nassier Wahab ternyata terkejut dengan berita penangkapan Boy Iman ini. Menurut penyanyi itu, sepanjang perbincangannya dengan Boy Iman, dia melihat rakannya itu jujur ingin membantu masyarakat memiliki rumah mampu milik. Kata Datuk Nassier Wahab:-

Saya baru pulang dari Makkah (selepas menunaikan haji), dua hari lalu. Sebelum ini, selepas timbul kekecohan mengenai ‘penipuan’ oleh DBI, saya terus menghubungi dirinya. Boy memberitahu, semua itu adalah fitnah dan meminta saya berdoa kepada Allah bagi membuka jalan terbaik buatnya. Cuma, saya gagal menghubunginya semalam dan saya terkejut apabila diberitahu dia ditahan pula. Bukannya mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi berdasarkan perbincangan kami sebelum ini, dia bersungguh-sungguh mahu membantu masyarakat yang ingin membeli rumah dengan harga mampu milik. Saya lihat Boy jujur mahu membantu orang

nassier wahab boy iman

Malah menurut Datuk Nassier Wahab, dia yakin Boy Iman berada di pihak yang benar. Beliau juga meminta masyarakat tidak membuat tuduhan melulu selagi siasatan polis belum ditamatkan. Katanya lagi:-

Saya rasa dia (Boy) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah. Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul. Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya. Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul. Jujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku

nassier wahab

Abang Nara percaya pihak polis akan melakukan siasatan dengan menyeluruh dan akan tampil membawa kebenaran buat semua pihak yang terbabit di dalam hal ini. 188 laporan polis bukanlah satu angka yang kecil. Paling penting, duit yang dikeluarkan oleh peserta-peserta program rumah mampu milik DBI Properties ini harus dikembalikan sekiranya memang ada penipuan berlaku. Rata-rata mereka yang melaburkan wang di dalam program ini bukanlah orang kaya. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan hasil siasatan polis. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

70 responses to Saya Rasa Boy Iman Berada Di Pihak Yang Benar – Nassier Wahab

  1. Kak Sabariah says:

    Banglo kurang 100k…ada ke zaman GST ni ? Logik ke?

    22

    0
    • r says:

      60k buat porch / garage lepas laa… tp guna atap zink. bkn atap genting.

      14

      0
      • Zack says:

        Ye lah kan nama pun Iman. Islamik tu weyy…xkan sanggup menipu kut? Lagi pun ada dia title “phd” dan “dato”. Mustahil lah dizaman ni…sebab org2 skrg memang telus dan ikhlas. Oh lupa, dia ngaku..dia kan retis. :(

        15

        0
        • Anonymous says:

          Alahai Pak Nasir. Sistem KUTU atau matrix 3 yang digunakan. Sure Ramai yang akan tersontot . Nak cover tang mana bro ? Sembang MLM songsang kau ni. Sistem ni bukan buat rumah , tapi ambil deposit haram berwayangkan buat kontrak rumah . Collect 3 orang Baru naik 1 rumah. 3 x RM50K = RM150K. Pastu kau sub kontrak kat kontraktor lain untuk buat rumah tu dengan bayaran RM80K , RM70K syarikat kau punya untung. Lebih lama sistem ni bergerak lebih ramai yang akan tersontot. Jika tiada pembeli baru pon sistem ni akan tersontot. Sementara duit ada tu , pulangkan balik sekarang semua 120 orang yang dah masuk dalam skim rumah KUTU ni. Sudah pasti tersontot sistem ni .

          18

          0
        • Anonymous says:

          guna tv, guna artis, guna nama yg berhormat….sebab nk kaya cepat. makin byk “pelabur2” makin buncit. bila kantoi, semua buat2 xtahu. zaman skrg nk beli gula pun ada resit dik. pembohong sgt xtahu mana pergi duit.

          9

          0
        • Mak Becok says:

          main rasa2 pulak. kau pun sama je lah dgn penyagak2 tu semua. rasa nk buat rumah murah, suruh org2 labur. rasa takleh go…lari..tutup company, ubah pejabat. stupid rupanya org tua ni.

          5

          1
        • tuakertu says:

          ko pon sama bimbo nassier oi, mmg la ko rasa atau lebih tepat TAK PASTI sama ada salah ke tak salah. tambah2 lagi dah jadi duta kannn

          8

          0
        • Miss Unibes says:

          Datuk Nassier Wahab, Fazli Zainal, Datuk Shah Reza & Anuar Zain ni ‘geng’ ke?

          4

          0
        • Mat Ronggeng says:

          Kata Haji Massuer Wahab “Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah.”…

          Kata Mat Ronggeng. “Sepanjang 2-3 minggu saya tahu hal dia melalui akhbar, beautifulnara, rotikaya dan YouTube…saya boleh menilai cara dia spin duit orang, jenis kaki penipu beli title dato, beli title PhD, buat business hentam letak logo Sirim & CDI, buat rumah cara skim pyramid, potong gaji staff untuk company event, amik duit orang rumah tak siap siap…. Rasanya kalau title ‘haji’ tu boleh buat duit – boleh tipu ramai orang, dah lama dia beli title tu sekali….

          Ok. Korang rasa cakap siapa yang helok dan betul? Haji Nassier Wahab atau Mat Ronggeng – yg belum pergi Haji ?

          4

          0
      • Anonymous says:

        Polis kena siasat sekali dia ni… Dan jgn lepaskan sekali staff2 DBI…

        6

        0
        • teringat lagu jiwang sendu sendu says:

          Seindah pada waktu itu dalam SENDU membelaiku asmara melewati kala SENDU

          Tersurat perpishan ini melayari hari terpadamlah api cinta yang menyala

          Buka alasan itu yang ku mahu darimu impian yang ku bina pudar layu tiada bermakna setelah lama ku korbankan tiada bererti dan biarkan terasing di sini

          Hanya saat ini yang akan menentu pasti tidak kau menoleh pada waktu indah itu hanya saat ini merubah dirimu kasih meresapi jiwamu yang lara

          Tidak ku duga mengapa begini berakhirlah kisah cinta nan luka tak mungkin akan bersinar kembali tak mungkin kau sedari

          Musnah semua janji yang terucap dalam senyum menyusuk di dada dan kini kau telah pergi tinggalku sendiri

          2

          0
        • abg jambang says:

          Betul. Nassier Wahab wajib juga disiasat. Beliau juga bersubahat. Dasar kaki pembelit. Tak takut azab Allah ke makan duit org secara haram. Nassier Wahab masa dilantik jadi duta telah dihadiahkan dengan sebuah rumah berharga 150k. Tolong kembalikan rumah tersebut kepada orang2 yg telah ditipu.

          1

          0
    • Jemah Jual Sabun says:

      Pak Nassier dan Boy..dua ekor tu pun sama.
      Bangau oh bangau?

      8

      0
      • S'porean says:

        kes ni mcm kueh lapis. byk pihak yg terlibat. bila terbungkar satu lapis, berlapis-lapis lagi kt bawah tu akan kena tempias. akan disoal.
        rasuah? takkan kot. malaysia mana ada rasuah. itu “derma” bak kata najib…pm kalian. hahaha

        13

        0
        • Isang says:

          Malay jauh tertinggal brbanding Jakarta.
          Jakarta skrg dah mulai setara singapura hanya tertinggal MRT dan LRT yg 2 tahun lg jadi. Selain itu perolehan olimpiade fisika, matematika, biologi indonesia sudah setara dengan singapura . Malay hanya tahu klaim budaya jiran tetangga.. kueh lapis itu punya indo ya..

          0

          16
        • fromthe_truestory says:

          pekerja indonesia dh byk buat duit kt malaysia,keja kt sini, buat rmh kt sana, selain kerja halal, jdi ayam pun byk, amek laki org pun byk, apatah lagi menyamun di kpg2 org..termasuk kpg aku itu hari…3 biji rmh kena samun, pas tu org kpg aku ada berbini dgn indon, bini balik indon, tinggalkan suami, dgr citer kawen lak kt sana, pas tu minta duit pulak pada suami di malaysia, bila suami x bagi, maka suami muntah darah….terus mati.

          14

          0
        • akaun proksi umno jaga baik2 says:

          najib telah buat kita semua keliru bagaimana nak bezakan rasuah dengan derma.. agaknya tafsiran baru perlu dibuat dalam kamus dewan edisi kelima.. masuk dalam akaun peribadi presiden umno memang derma kerana presiden umno tu pemegang amanah.. padahal tu duit parti patutnya masuk akaun parti.. bila parti ada masalah kewangan ke, dibubarkan oleh mahkamah ke, akaun parti yang akan diuruskan dulu.. ni akaun proksi akaun pemegang amanah semua memang boleh disembunyikan tanpa diketahui siapa identitinya ke mana perginya orang itu..

          4

          0
        • nenek UMNO says:

          rakyat biasa pun byk..konon drma utk itu ini, padahal ada je yg masuk poket sendiri.
          Dn jgn sangka tau pengutip sampah (jual kat besi buruk) pun dh byk kali mkn angin kt laur negara.

          3

          1
        • rakyat masih berpikiran kolot ke? says:

          rasa serba salah nak hina pengutip sampah ke nak puja?? setiap hari mesti ada sampah.. barang yang kita guna pun lama-lama akan jadi sampah.. leftover makanan yang kita makan pun akan jadi sampah.. persoalannya bagaimana kita menguruskan sampah?? adakah kita malas nak pikir panjang maka biarkan pengutip sampah uruskan sampah?? menambahkan beban kerja kepada pengutip sampah untuk asingkan sampah secara manual?? padahal kita ada tanggungjawab asingkan sampah supaya boleh diuruskan dengan cekap menggunakan teknologi.. mungkin kita malas nak menziarahi loji pembuangan sampah.. kita cuma berminat nak menziarahi tempat hiburan tempat yang kita rasa menggembirakan kita.. pedulilah kita apa yang terjadi kepada pengurusan sisa pepejal?? macam ni ke cara pemikiran kita yang nak jadi negara maju berpendapatan tinggi.. hidup ni ibarat roda.. engkaulah apa kau fikirkan terkandung dalam pemikiran..

          1

          0
        • Anonymous says:

          Isang kau mabuk ke?Jarkarta lagi jauh tertingal.tau tertinggal/Jalan rayanya lagi bagus jalan kebun kelapa sawit kat Malaysia.rakyatnya mcm monyet.hidup takde agama islam pun bertatto,minum arak,kalau naik motor mcm monyet habis ditogelkan motornya hanya tinggal rangka saja,arak judi dadah amalan harian.melanggar undang2 bersepah2.hanjing

          0

          0
    • miamore says:

      mereka cakap dato dr. boy nak tlg buat rumah kat kampung. tanah sendiri perlu disediakan. kalau mcm tu cukuplah kot, buat rumah kotak satu. toilet satu. bilik tidur satu. tak tahu lah…zaman sekarang buat jahat menang, buat baik mmg selalu kalah. tapi bkn bermaksud aku minat dato boy ni. kalau dia menipu eloklah ditangkap. kalau niat dia baik harap dia ok saja.

      1

      2
      • wekkkkkkk says:

        “mana boleh ambil amount semua dulu”

        kalau mengikut sesuatu projek, mana boleh Boy Iman amek terus jumlah RM60K tu semua.
        Contohla kalau nilai projek/rmh tu RM60,000.00. Boy Iman kena amek RM10,000 dulu utk permulaan (miscellaneous items), bila rmh tu dh brjln dlm 20%, Boy Iman amek lagi RM20,000.00. Teruskn kerja sampai 50% dn minta lagi kt tuan tnh RM15,000.00 dn bila dh capai 100% kerja tu baru minta bayaran akhir RM15,000.00 maka rumah tu siap lah dgn harga RM60,000.00.
        Sbb tu dlm sesuatu projek kena ada Progress Report 1, Report 2, Report 3 dan Report Akhir.
        Maka x akan terjadi mcm ni tipu org.
        Bkn senang nk jadi kaya tau jika kita x tahu selok belok dlm pkerjaan.
        Dan bkn senang nk cari pegalaman yg jujur dri org yg jujur dlm bisness.
        Penipu byklah..akhirnya kena tgkp.kalau mengikut sesuatu projek, mana boleh Boy Iman amek terus jumlah RM60K tu semua.
        Contohla kalau nilai projek/rmh tu RM60,000.00. Boy Iman kena amek RM10,000 dulu utk permulaan (miscellaneous items), bila rmh tu dh brjln dlm 20%, Boy Iman amek lagi RM20,000.00. Teruskn kerja sampai 50% dn minta lagi kt tuan tnh RM15,000.00 dn bila dh capai 100% kerja tu baru minta bayaran akhir RM15,000.00 maka rumah tu siap lah dgn harga RM60,000.00.
        Sbb tu dlm sesuatu projek kena ada Progress Report 1, Report 2, Report 3 dan Report Akhir.
        Maka x akan terjadi mcm ni tipu org.

        14

        0
        • wekkkkkkk says:

          Nara ni suka hold komen lah, pending kn je…bila kuar double comment lak…hei Naratiwat…

          1

          1
      • anti umno says:

        Yg sibuk siasat adalah PPIM Yusuf Azmi-Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Sepatutnya jgn lertak nama tu. Tukar lah kepada PERSATUAN PENGGUNA ISLAM DIRAJA MALAYSIA ( PPIDRM ). Mudah mudahan PPIM dapat membela nasib orang2 Melayu dan Islam yg tertipu. Pihak berwajib? Masing2 tutup mulut.

        15

        0
        • sha says:

          Jangan lupa dengan pseudoscience watch, Say no to MLM dan bro Key yang mula2 dedahkan benda ni. PPIM buat susulan lps tu.

          16

          0
        • Anonymous says:

          Pihak berwajib?Mandi wajib adalah.kata ada report ada tindakan susulan.Skg klu viral sebulan baru bergerak nak siasat.

          0

          0
      • wekkkkkkk says:

        kn ada di bagi tau keluasan 16++ sqft. Besar tau, walaupun hanya stakat ibu rumah saja utk RM60K tu, nnti bila dh siap owner boleh la tmbah lagi pisang sesikat atau 2 sikat lain kali bila ada duit. Tapi ibu rumah utk RM60K tu pun belum terpacak. Jadi kenapa ambil terus RM60k…nk tanya kenapa nk ambil terus RM60k. Kenapa…marah lh aku oiiiii..

        4

        1
    • spy retis says:

      Biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Penyamun2 semua tu. Dah rembat duit org pastu nak salahkan antara satu sama lain.? Aku salahkan kau…kau salahkan aku. Semuanya main wayang kulit.
      Soalan..mana pergi duit? Akaun siapa? Siapa lulus projek2 hantu ni? Patutlah senyap je pihak berkuasa. Byk pihak yg terlibat, byk yg akan disoal bila pecah nanti. Tunggu je lah drama diaorang ni.

      10

      -1
    • anonymous says:

      bodoh! kena fitnah ???? yang jadi mangsa tu makcik2 dan pakcik2 yang tua… tu kau kata kena fitnah????? bukan satu dua report.. tpi beratus reports? -.-‘

      dickhead

      5

      0
    • m says:

      nape kena mention balik haji> nk kuatkan statement ke? adoi laa..tak yah la cakap apa2 tunggu ja polis siasat. jap gi kot polis amek ko plak

      3

      0
  2. rol says:

    mende laa ko ni nasier wahab…berada di pihak yg benar kot mananyerrrr..
    patut laa ko jadi artis!

    11

    0
  3. Anonymous says:

    Kesian makcik2 tu.. Sedih tengok.. Duit pencen byk kuar..?disebabkan beli nk rumah. Ye lah, siapa xpercaya kalau taktik licik ni siap promote keluar kt astro pelbagai. Guna nama YB pulak.

    8

    0
  4. Anonymous says:

    Tu lah hasil dari lakonan Boy Iman selama jd artis…

    4

    0
    • yahudi memang suka berlakon says:

      siapa nak jadi penipu, pergilah uji bakat jadi artis.. tipu penonton bertukar pasangan bila bertukar drama/filem.. tipu penonton cakap tak serupa bikin dalam drama pakai tudung berlakon watak muslimah suci, bila off screen tayang tetek tayang paha.. siapa tak sanggup jadi munafik, tak payahlah pergi uji bakat jadi artis.. anda belum cukup berani untuk berada dalam dunia artis yang penuh dengan kepura-puraan..

      4

      0
      • artis vs saintis.. the chosen one says:

        for your information, yahudi tidak hanya melahirkan artis tetapi yahudi juga turut melahirkan saintis.. bukan semua artis mampu jadi saintis.. bukan semua saintis boleh jadi artis.. tapi sesiapa boleh jadi perintis.. orang yang mencipta jalan di dalam hutan belantara yang luas..

        3

        1
  5. Jemah says:

    Tok sir cuba mak ko yg kena tipu agaknya nak bekap lagi ke kawan.eh beria sgt ni

    3

    0
  6. wekkkkkkk says:

    saya rasa lebih baik Datuk Nassier Wahab jgn yakin melulu dgn mengatakan Boy Iman x salah..nama prkataaan pun “saya rasa”. Kita yakin polis akn mengcungkil ke lubang cacing. Aduan yg di buat adalah sbyk 188 aduan, bukan 18 aduan tau Datuk Nassier Wahab.
    Penat org cari duit bersengkang mata siang dn mlm, akhirnya ada org mahu menipu mcm ni. Nnti org sumpah seranah lagi laknat hidup.

    5

    0
  7. Namaste says:

    DBI tu nama dia kan. dato boy iman properties. Geletisnya. Ni…. nak tanya… mmg biru kaler corporate kampeni ke apa. Bulau la mata aku tgk.

    4

    0
    • iman adalah?? mutiara??? says:

      DBI = Dato’ Dr. Boboy Iman.. Sabar itu separuh daripada iman.. Iman tak dapat diwarisi daripada seorang ayah/ibu/anak/abang/kakak/datuk/nenek/cucu/sepupu/saudara yang bertakwa.. Iman tak dapat dijual beli ia tiada di tepian pantai/jalan/sungai.. adakah manusia boleh merentasi lautan api?? kerana cinta lautan api pun sanggup aku redahi.. sungguh hiperbola kan.

      3

      0
  8. Anonymous says:

    better haji nassier takyah bg statement apa2 gak..
    haji btau jgn buat tuduhan melulu selagi siasatan polis masih berjalan..tp haji buat kenyataan gak kata si boncit ni takkan mkn duit org ..jujur..camana tu?

    #boyboncit

    5

    0
  9. mok cute says:

    brpa byk nasir wahab ni dh mkn dedak boy iman ni ye…banggang x sudah2…klo mak ayah dia yg kena camna lak meroyan…tu la dok jd duta mkn duit haram tu pasal jd lg bebal…

    4

    0
  10. lily says:

    memang la ko rasa dia tak salah sebab kau bersekongkol sekali menipu makcik pakcik dekat kampung. dia dah bagi kau duit banyak suruh tutup mulut. kamon la wei mana ada harga rumah harga 50k? kau gila ke apa? sah sah member kau ni scammer. ada ke duit customer terus dalam account personal? mana ada orang niaga masuk terus dalam account personal? kalau tak reti meniaga takyah meniaga la buat malu orang melayu je. tipu sana sini duit orang sebab nak kaya cepat. cara boy iman menjawab soalan pun nampak tak pandai. tak takut ke tipu duit orang puluh ribu semua tu? tak takut mati ke?

    10

    0
  11. melati says:

    ” Jangan Monyet” hahahaahaha nanti dgn ko sekali masukkkkkk..hmmmm

    3

    0
  12. Anonymous says:

    2×5…ko pun sama.

    1

    0
  13. Anonymous says:

    kalau x bersalah..ko buktikan. pulang je lah duit2 pelabur tu bahlol.

    1

    0
  14. sakit mata says:

    Diam lagi baik Pakcik..baru balik dari Mekah kan? haa tu yang dia bela mamat sekor..mungkin mamat tu yang sponsor dia gi sana??? takut la tu,..ssshhh…diam ye Polis tengah siasat….

    4

    0
  15. aintoka says:

    xpelah Dato’…kita tunggu hasil siasatan polis dulu..nnt dari situ kita blh tahu kputusannya….

    2

    0
  16. mamizura says:

    alahhhhhhhhhhhhhhhhhhai nasiaq,,tau lah hang balik dari mekah..tak payahlah pukui canang….muka botox berseri macam gelaih malau………………………niii hang dok diam diammmm biaq polis buat siasatan…..hang pi dok masejiddddddd tolong hampaq sejadah dan lipat telekung………..shut up oldy..let the police investigate ………..and the truth will surface…..

    2

    0
  17. aku says:

    ko pun sama bangang…penipu NW….ko dgn belonnn..sama je bugima

    2

    0
  18. johan says:

    ala rileks semua, 2 hari kuar lah boboboi man, boboboi man akan kembali dgn lebih kuasa putaran alam halilintar, ala polis malaysia bodoh sebenarnya, nak kira gst pun x reti, ni nak siasat businessman, karang dia cite margin p/l balanceshet, margin bla bla apa pun polis malaysia x reti, percayalah, pengarah jabatan air sabah songlap 122juta, skrg dia still keje, polis ni mcm kerani biasa je, cuma dia polis je, biasanya dia boleh tangkap org yg x guna akal, mcm bunuh curi rompak, tpi kalau businessman dia guna akal, di bodoh2kannya polis tu balik

    4

    0
    • hadiah nobel lambat lagi nak dapat says:

      adakah polis malaysia begitu lekeh sebegitu sekali?? dulu keputusan spm dapat berapa A?? memang diorang betul study habis ke syllabus spm?? nak kira gst pun tak reti ke?? takkan tak paham-paham business term tu semua.. pengalaman kerja dah berapa tahun macam tak biasa pulak mengadap business term tu semua.. ni la yang dikatakan kononnya nak malaysia berstatus negara maju berpendapatan tinggi tapi pemikiran masih lagi kolot dan sempit.. dah tahu noob pergilah study bukannya tengok cerita hiburan.. tu semua membodohkan sel otak kau je dan buang masa ko..

      3

      0
  19. saye ler says:

    ya la, tau memang dia nak tolong orang, tapi bahan yang digunakan tu tak sesuai untuk bina rumah kediaman. rumah mainan boleh la

    1

    0
  20. yang terkena says:

    skrg ni mmg byk penyangak, tipu duit org…jaga2 jgk la dgn kilang kosmetik no 1 tuu, byk yg dah tertipu, charge mahal tapi kualiti zero, tipu isian, bagi kuantiti xcukup, formula sampah bajet international, design kotak alakadar, janji bulan dan bintang, semua tu taktik jer. jaga2 adek kakak dah terkena barula faham.

    0

    0
  21. wekkkkkkk says:

    apa yg saya baca dkt “Mynewhubs”..Pihak PDRM/PPIM akan mengharamkan terus aktiviti mulai dri penahanan Boy Iman dn 2 org tersebut. Maka Pdrm akan mencari lagi agen-agen yg masih bebas dn isteri2 “usahawan” terbabit utk di soal siasat. Sbb penampilan isteri2 usahawan mempamerkan gaya hidup mewah. Dan LHDN pun ada peranan dlm citer ini. Tak leh lari.
    Jadi Datuk Nassier Wahab adalah salah seorg duta (agen)..salah seorg. Hati2 Datuk NW..bersedialah.

    1

    0
  22. Qalbu says:

    Klu org penipu nmpk mcm penipu…tak adalah nama dia penipu

    3

    0
  23. Sue says:

    Artis pun… nak jadi duta jadilah duta utk products yg dah establish, ada portfolio yg lama in the field. Ini juta kelulut? Last last kelaut! Ker nama tu melambangkan all the worker bees under skim MLM dlm syarikat tu? Pi tgk website juta kelulut tu. Carta organisasi pun xde. Dato’ Nassier, kalau betul dia ikhlas & jujur, how do u xplain the “PhD” cert drp bogus university tu?

    1

    0
    • wekkkkkkk says:

      pagi tadi berita kt TV, ada artis kena tahan jugk dlm kes ini dn dh dibebaskan, tpi dlm 2 minit kena tgkp balik…hahahaha…2 minit bebas, kena tgkp balik…sapa dia tu…muka di tutup oleh TV…geram lak, tapi di sebelah artis tu dh tau itu Boy Iman dgn baju biru nya tu.

      Mana mau lari, cari bini2 mereka jugak yg hidup gaya mewah.

      0

      0
      • buta perut bila nak sedar diri? says:

        niat di hati orang yang hidup mewah ni nak menunjuk-nunjuk kemampuan mereka dan merendahkan martabat orang yang memerhati.. selamba badak kata padan muka korang semua, korang melopong tengok, ko ado?? hajat tak kesampaian, terbongkarlah skandal kemewahan mereka.. jeng jeng jeng.. begitulah jalan cerita ini diulang-ulang dalam tamadun manusia zaman moden ini.. materialistik dan individualistik memang menjatuhkan tamadun manusia zaman moden ini.. dah terlupa apa peranan insan hidup di muka bumi ini..

        3

        0
  24. alfie says:

    Dia dah subahat dengan conman Boy Iman tak kan dia nak mengaku partner dia kaki penipu!

    0

    0
  25. shopia lorren says:

    dato NW ni dh byk gak jadi duta mcm2 product..tgk rekod dato NW nie mmg ok..tapi bila jadi duta boyiman nie..dh meragukn lak..jgn ulas byk dato nnti kecundang sama..habis reputasi..

    1

    0
  26. Anonymous says:

    logic sebenarnye…depends rumah tu kat kawasan mana.
    kalau KL Selangor mmg tak dapat lah.

    0

    0
    • gunung agung nak meletus wei says:

      pemilik tanah di KL dan Selangor akan mengamuk bila nilai hartanah di KL dan Selangor menurun.. faktor penurunan nilai hartanah biasanya bencana alam.. bila terjadinya tanah runtuh, gempa bumi, gunung berapi, taufan maka nyawa dan kemusnahan harta benda dipertaruhkan.. tempat tu jadi tak selamat untuk didiami dan akan berkurang permintaan kerana orang akan mencari tempat impian yang selamat untuk diduduki..

      3

      0
      • wekkkkkkk says:

        apa yg saya tau/baca, malaysia bumi x ada gunung berapi dn gempa bumi. Kalau gempa bumi ada satu hari nnti, maka Allah dh murka kt Malaysia.

        3

        0
  27. markissa says:

    AGAK-AGAK LAH PAK HAJI, benda ni dah banyak menyusahkan orang. Kalau BOY BELON tu nak buat jahat, takkan dia ak buat depan-depan kau Pak Haji. Baik duduk diam dari nak buka mulut cakap BOY BELON tu tak buat salah.

    1

    0
  28. anonymous says:

    depa ni semua dato mangkok hayun tak dak ilmu akademik pegang mikrofon beoleh la…yg percaya depa ni 2kali lagi bodoh

    0

    0
  29. ANTISCAMMER says:

    mohon PDRM tangkap sekali nassier wahab ni..bersubahat dgn penipu..rumah kau dpt tu pun dtg dr duit org ramai yg kena tipu..bayaran sebagai duta pun duit mangsa2..komisyen penjualan rumah pun dtg dr duit mangsa juga..Boy lahanat tu mana ada duit selain duit menipu org ramai..btw, nassier wahab pun datukship beli juga kah? huhu

    1

    0
    • meratap depan tembok yang suci? says:

      sumbangan dato’ nassier wahab ialah menyanyikan lagu memori cinta luka.. one-hit wonder?? sedap kan lagu tu pasang di radio dalam kereta tengah drive??

      1

      0
    • akuantiscammergak says:

      memori cinta luka, kau aje yg suka…org mcm aku ni bernanah telinga dgr..
      suara mcm pondan tersepit telo aje..
      back up penipu pulak tu..
      sy sokong PDRM tangkap ini nassier wahab..makan duit tipu..penipu!

      1

      0
  30. Anonymous says:

    Subahat nasser nie.Tangkap juga dia nie.hanat

    0

    0

Leave a Comment

Optional