Melihat perubahan Fathia Latiff yang kini sudah bertudung, ramai yang setuju bahawa beliau tampak lebih manis dan cantik ketika berhijab.
Namun, masih ada yang tidak lupa untuk bertanya adakah Fathia sudah bertemu pengganti sejak putus cinta bersama Aiman Hakim Ridza pada tahun lepas?
Mengakui ada yang cuba untuk mendekati dirinya, Fathia bagaimanapun menjelaskan hatinya itu masih belum terisi.
Saya percaya jodoh adalah rahsia Allah SWT. Sejujurnya saya sudah lama bersedia bergelar seorang isteri, cuma jodoh belum hadir lagi. Ketika ini saya belum ada sesiapa.
Bohong jika saya katakan tiada siapa mendekati, cuma belum ada yang sesuai. Saya tidak fikir lagi soal jodoh, sebaliknya menyerahkan urusan itu kepada kuasa Tuhan.
Buat Fathia, beliau tidak mahu lagi bercinta terlalu lama dan akan terus berumah tangga sekiranya bertemu dengan jejaka yang serasi dengan dirinya.
Saya berhasrat untuk berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun. Apa yang pasti, jika bertemu pilihan hati, saya tidak mahu bercinta lama-lama. Saya tidak mahu membuang masa lagi. Saya ingin terus berumah tangga.
InshaAllah, pasti satu hari nanti Fathia akan dipertemukan dengan jejaka yang betul-betul sesuai dengan diri beliau dan paling penting sayangkannya. Bercinta selepas nikah itu juga ada manisnya. Hehe