Written by Bella | May 16th, 2016

Sejak kebelakangan ini, nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim tidak henti dihimpit dengan kontroversi gara-gara cara mereka berdua mempromosikan perniagaan.

Fizo dan Mawar pada awalnya dikecam kerana memuat naik video pelanggan berasak sehingga bersentuhan lelaki perempuan kerana hendak mendapatkan tudung baharu Fareeda. Tidak lama selepas itu,  mereka sekali lagi dikritik apabila Fizo pula memberikan kopi percuma sehingga ada pelanggan yang lari serta anggup untuk merempuh pasukan RELA demi sebungkus kopi.

Disebabkan perkara itu, ada juga yang berpendapat mereka berdua menampakkan pelanggan seperti orang bodoh dan disamakan dengan lembu.

Jelas Fizo, tujuan utama beliau untuk memuat naik video di laman sosial semata-mata kerana ingin berkongsi kegembiraannya dengan sambutan hangat yang diterima terhadap produk beliau dan isteri.

Video itu dikongsi semata-mata saya seronok dengan sambutan yang kami terima, tiada niat lain. Saya sebagai selebriti berkongsi setiap aktiviti. Saya dapat banyak reaksi positif terutama komuniti terbabit dalam perniagaan. Malangnya, pihak tertentu hanya nampak yang negatif.

Lihatlah daripada sudut positif, kejayaan perniagaan orang Melayu boleh sampai ke peringkat itu, kalau ramai bersyukur rezeki kita akan bertambah. Kenapa isu telefon pintar, orang beratur malam-malam, tiada pihak kutuk.

Niat saya hanya hendak tunjuk kemeriahan di butik Fareeda, apabila kita keluarkan tudung koleksi terbaru tetapi sekiranya ia disalah erti, saya mohon maaf, mungkin khilaf saya.

Pada masa yang sama, Fizo memberitahu beliau kurang senang dengan sesetengah pihak yang menggelarkan pelanggan beliau bodoh dan sebagainya, ini kerana mereka bukan berebut untuk membeli tudung sahaja tetapi ingin berniaga.

Setiap tudung Fareeda mungkin harganya lebih daripada RM100 tetapi boleh dijual diluar sehingga harga RM400.

Ramai yang mengatakan mereka berebut semata-mata untuk beli tudung dan dikatakan bodoh. Saya pantang bila orang cakap pelanggan saya bodoh, mereka berebut bukan hendak beli tudung, tetapi rezeki mereka.

Fizo juga menjelaskan beliau tidak pernah menumpang tuah mertua ataupun isterinya. Setiap perniagaan yang beliau lakukan sekarang adalah atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Sumber Berita : Kosmo!

19 responses to Saya Pantang Orang Cakap Pelanggan Saya Bodoh – Fizo Omar

  1. Anonymous says:

    Tudung ropol2 mcm kain langsir btingkat pn sanggup engko yer himpit2 berlaga punggung

    0

    0
    • hamba Allah says:

      tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan… kite x tau mati bile… .. selamat menyambut bulan ramadhan dari saya.. :-)

      0

      0
      • Anonymous says:

        Pelanggan ko dgn ko2 sekali bodoh,buruk kot design tudung ko. Cuba compare dgn tudung duck yg limited edition, ko tertinggal beribu batu kot. Xde pulak org berebut, meraba tetek nak beli tudung duck tu. Beza org ada class meniaga dgn retis murahan berniaga.

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          ada ko compare beli ipong dgn tudung..woii ipong kot…daaa..itu tudung yang singkat…yang boleh di beli kat mana2..special edition sekali pon, takyah nak terkinja2 nak beli tudung…proper laa sikit..and diorang beli ipong mana ada terkinja2 macam tu…beratur cam biasa jer..ni macam nak beli tiket tgk bola pon ada…dr segi product tu sendiri dah tak syariah compliant, cara jualan pon taky syariah compliant, maka ko baik tutup mulut ko dr menegakkan benda yang tak syariah compliant…wakakakakaa!

          0

          0
    • fizodoh says:

      ye pelanggan kau memang bodoh. sama macam kau dengan bini kau.

      dah kalau aku cakap 2 juta kali pun korang ni bodoh ko terus jadi bodoh betul2 ke? benda macam ni pun nak kecoh.

      memang bodoh!

      0

      0
  2. melati says:

    Ader ker pelangan???

    0

    0
    • Black Cat says:

      Neelofa kesayangan melati
      berbaju dalam pink kahkahkah
      p/s: agak2 yg bwah nmpk x wrna pink x,hehe jgn mare…

      0

      0
  3. Tdung x ckup kain says:

    Mmg plnggan ko bdoh..kopi /tdung pnye psal nk brebut.ko mmnjang je la mnx maaf tp wat blik.

    0

    0
  4. AKU says:

    DAH MEMANG BODOH NK BUAT CMNE

    0

    0
  5. nanananannaa says:

    beratur dgn berebut kan lain ?

    0

    0
  6. rosmah says:

    Dorang ni belajar bisnes dgn ‘Dr’ Azizan PHD beli tu kan? Kuasa minda apa tah. Strategi bisnes murahan.

    0

    0
  7. saw says:

    dah orang menjual tu bodo…hahahaha

    0

    0
  8. dora says:

    klo tak nak org ckp pelanggan ko bodo jgn la buat promosi bodoh gak…nak melembukan pelanggan kemaruk berebut menjerit rebut tudung ko ke mmg ko suka konon tudung ko no. 1 dlm msia…

    0

    0
  9. anon says:

    ghakkkk tuiiiih! hambik hang..siru nak mampuih

    0

    0
  10. mawarcur says:

    kalau penganjurnya sudah bodoh memang lah pelanggan pun nampak bodoh kan.. kata orang brunei paloi. sumpah mun kau ke brunei ku tampar.. peralatkan customer pas tu orang cakap tak mau mengaku masih dengan ego sendiri cara awak saja yg betul. sekali kau buat cemani ok maybe inda senghaja. this time you crossed the line lil bitch.. your business wont go far if uu keep on having these stupid marketing strategies. kalau awak hilaf sekalipun pergi lah belajar jangan nak tunjuk pandai palui!

    0

    0
  11. x says:

    Kelantan,pengotor.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    pantang orang cakap pelanggan dia bodoh, tapi dia memperbodohkan pelanggan takpe .___.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    fizo ni memekak je la…diam2 sudah…tu perniagaan mawar bkn ko punya bisnes…sblm ko kawin ngn mawar lg fareda tu dh terkenal..ko ni xmalu ke menumpang hasil bini..lps ko kawin ngn mawar baru ko mampu bukak restoran…nk harapkan bisnes beger ko tu smpai ke tua la xsenang..tu yg ko tergila sgt ngn mawar sbb mawar berduit…

    0

    0
  14. anyone says:

    kecewa betul saya dengan komen2 kat atas yang saya yakin 99.9% orang yang komen tu melayu, islam…bukan urdu bkan dari planet marikh. berniaga tu sunah nabi, tak salah cara diorng berniaga dan tak salah cara diorang membeli.. itu hak diorang.. yg komen2 katt atas tu dengki ke apa fizo ad istri yg thu selok belok meniaga…kebanyakan yg komen ni org2 dengki yg bodoh, nampak bnda buruk dri org lain..manusia2 bergelar islam.

    0

    0