Desas-desus Syura, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 bakal memfailkan peneraian berikutan konflik rumah tangga dengan suaminya, Mohd Fadhly akhirnya dinafikan oleh tuan punya badan sendiri. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Syura mengesahkan yang dirinya masih mempunyai suami dan masih memegang status seorang isteri.
Kata Syura menerusi Harian Metro hari ini:-
Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung. Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami.
Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja. Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita.
Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga.
Alhamdulillah, syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak normal. Semoga ikatan kekeluargaan antara Syura dan suami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.