Saya Masih Cintakan Shenty, Belum Boleh Terima Wanita Lain – Syazwan Zulkifly

Hiburan

Saya Masih Cintakan Shenty, Belum Boleh Terima Wanita Lain – Syazwan Zulkifly

Tentu anda masih ingat dengan kes dimana pelakon Syazwan Zulkifly telah memukul teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan pengacara h Live!.

Akibat insiden berkenaan Shenty telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Syazwan dan enggan kembali kepada aktor itu meskipun beliau sudah menyesali kesilapannya.

Advertisement

Beberapa bulan sudah berlalu, Syazwan mengakui beliau masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya itu dan tidak boleh menerima wanita lain didalam hidupnya buat masa ini.

Sejujurnya dalam diri ini masih ada perasaan cinta dan kasih. Malah, rasa itu tidak pernah berkurang dan hilang walaupun kami bukan lagi pasangan kekasih.

Dia seorang wanita yang sangat baik. Jadi mustahil untuk saya melupakannya dengan sekelip mata. Seandainya suatu hari nanti dia kata nak berbaik dan kembali bersama, saya tidak menolak.

Saya tak malu nak beritahu, walaupun sudah lima bulan kami putus saya belum boleh menerima hakikat. Dalam erti kata lain, saya belum ‘move on’. Dalam diri ini masih ada cinta. Malah, saya tidak boleh menonton saluran Astro Ria kerana bimbang terpandang wajahnya. Cukup sekadar saya memendam rasa dan rindu terhadapnya.

Meskipun sering menghantar mesej kepada Shenty selepas mereka berpisah, Syazwan bagaimanapun enggan terlalu mendesak.

Walaupun perasaan cinta itu masih kuat dalam diri ini, saya tidaklah sampai tahap nak mengejar atau mencarinya.

Saya tahu dia memang nak menjauhkan diri daripada saya apatah lagi nak kembali bersama. Mungkin apa yang berlaku itu membuatkan dia sangat terluka. Bagaimanapun, saya sudah memohon maaf. Malah, sebelum pergi menunaikan umrah awal Januari lalu, saya ada berjumpa dengannya.

Bak kata pepatah, bila kita tidak menghargai seseorang itu semasa mereka ada baru kita tahu apa erti penyesalan bila mereka tidak ada lagi dalam hidup kita.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...