Siapa tidak kenal dengan pelakon air mata, Wan Maimunah bukan? Sudah hampir setahun bercerai dengan usahawan kacang pool, pelakon wanita itu memberitahu beliau sudah sedia untuk berkahwin sekali lagi.
Mungkin ada yang berpendapat wanita yang berumur sepertinya tidak manis untuk membicarakan hal seperti ini, tetapi Wan Maimunah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki meskipun pernah kecewa sebelum ini.
Keinginan Wan Maimunah adalah untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan beliau bersama seorang teman dan kalau boleh beliau mahu mati di atas pangkuan suami jika ajalnya sampai dahulu.
Tidak malu untuk mengatakan pada umur sekarang, saya tetap mahukan seorang suami untuk menghabiskan sisa-sisa hayat yang ada. Alam perkahwinan itu bukan untuk orang muda sahaja, malah untuk setiap hamba-Nya yang sememangnya diciptakan berpasangan.
Keinginan saya ketika ini adalah untuk mati atas pangkuan suami jika ajal saya sampai dahulu. Saya mahu jenazah dimandikannya. Itulah permintaan saya. Jika sebaliknya, begitulah yang ingin saya lakukan terhadap jenazah suami. Tiada lagi keinginan lain di kala waktu senja ini.
Tiada apa yang Wan Maimunah inginkan selain seorang lelaki yang boleh membimbingnya ke jalan Allah SWT Â dan boleh bersamanya di saat senang dan susah.
Siapa kata orang yang sudah berumur seperti Wan Maimunah tidak manis bicarakan soal kahwin? Muda atau tua, sebagai manusia kita perlukan seorang teman di sisi. InshaAllah,jika ada jodoh pasti Wan Maimunah akan dipertemukan dengan lelaki yang seperti beliau idamkan.