Jelas Fahrin, isterinya itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang alahan setakat ini.
Namun, perkara yang membuatkan Fahrin lebih gembira ialah isterinya kini sudah kemabli ke tanah air dan melepaskan jawatannya sebagai pramugari Emirates Airline. Fahrin lebih selesa untuk isterinya mendapatkan rehat yang secukupnya ketika hamil.
Alhamdulillah, semuanya menunjukkan perkembangan yang sihat setelah menjalani pemeriksaan buat kali kedua, baru-baru ini. Cuma apabila masuk ke peringkat ini, Elena sudah mula rasa sakit belakang, pinggang dan lenguh-lenguh kaki.
Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak perasan, Elena sudah pun meletak jawatannya pada hujung Januari lalu dan kembali ke Malaysia. Saya lebih senang dia berehat, apatah lagi ketika hamil.
Setelah lama menunggu untuk menjadi seorang suami dan bapa, tentu sekali Fahrin Ahmad merasa gembira dan kalau boleh tidak mahu isterinya terlalu aktif demi menjaga kandungannya. Kami harap segala proses kehamilan dan bersalin buat Elena dipermudahkan.