Untuk anda yang tidak tahu, Emma Maembong baru-baru ini telah menolak untuk berpakaian seksi dan mendedahkan bentuk tubuhnya di dalam satu sesi fotografi. Ramai yang bersuara menyatakan perubahan itu dilakukan oleh Emma kerana permintaan Zizan. Iyerlah, pakwe mana suka apabila tubuh si awek menjadi tatapan ramai orang. Namun menurut Emma, kesedaran itu timbul dari diri sendiri dan bukan diminta oleh Zizan.
Abang Nara perhatikan di Instagram pun tak ada lagi gambar Emma Maembong memakai baju lengan pendek dan baju yang terlebih ketat. Memang satu perubahan yang amat bagus. Mungkin ini persediaan untuk Emma bergelar seorang isteri. Kata Emma menerusi Kosmo:-
Saya kini lebih suka berpakaian lebih sopan memandangkan saya rasa sudah sampai masanya untuk melakukan perubahan dalam diri saya. Saya ikhlas untuk melakukan perubahan ini dan tidak salah untuk saya berubah ke arah kebaikan. Jadi saya kini sedang berusaha perlahan-lahan ke arah kebaikan.
Dia (Zizan Razak) tidak pernah terlibat dalam perubahan ini. Saya sendiri berniat untuk melakukan perubahan kepada diri saya. Sebelum ini, dia tidak pernah melarang saya mengenai bab pemakaian. Dia juga pernah pesan kepada saya, jika hendak berubah, biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Dia juga sentiasa menyokong saya dalam setiap apa yang saya lakukan.
Tentunya orang yang paling gembira dengan perubahan ini ialah Zizan sendiri. Bagus sungguh Emma Maembong ini. Semoga suatu hari akan berubah sepenuhnya dan menutup aurat seperti yang disyariatkan oleh agama. Lagipun Emma memang nampak sangat manis dan comel bertudung. Abang Nara yakin satu hari nanti ia akan berlaku juga. Sama-samalah kita doakan.