Written by Bella | March 23rd, 2016

Meskipun pernah menafikan gosip yang mendakwa beliau dan Baim Wong bakal bernikah, aktres Nur Fathia masih lagi dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi apabila beliau baru-baru ini ke Indonesia. Ada pihak yang mengatakan Fathia sebenarnya mahu berjumpa dengan Baim.

Walaubagaimanapun, Fathia menjelaskan tujuan beliau ke sana adalah atas urusan perniagaan sahaja dan ia sama sekali tiada kaitan dengan Baim.

Saya ke sana atas urusan perniagaan, tidak ada kena mengena dengan Baim. Tambahan pula saya ke Yogyakarta bukan ke Jakarta. Jadi tidak ada kena mengena mahu jumpa Baim atau sesiapa.

Fathia pada masa yang sama menjelaskan beliau tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul. Malah, apa sahaja yang dilaporkan sebelum ini adalah fitnah dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

Foto mesra mereka berdua yang tersebar itu pula adalah ketika kedua-dua bekerjasama dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Semua itu fitnah. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kisah ini boleh timbul. Tetapi ikutkan kisah ini mula-mula dimainkan media di Indonesia sebelum sebuah blog hiburan di sini kongsikan pula.

Kami kawan, dan saya berkawan dengan ramai orang. Tiada istilah istimewa atau apa. Gambar tersebut juga diambil ketika kami bekerjasama dalam sebuah drama baru-baru ini.

Mungkin kerana Fathia sudah kembali solo, sebab itu ada sahaja gosip yang mendakwa Fathia sudah bertemu dengan pengganti Aiman Hakim Ridza. Sabarlah Fathia.

Sumber Berita : Utusan Online

11 responses to Saya Ke Indonesia Bukan Untuk Bertemu Dengan Baim – Nur Fathia

  1. Anonymous says:

    apa yg special sgt Baim Wong ni??? xde la handsome sangat…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    rambut hitam dah minah ni. bagus drp rambut karat kuning…

    0

    0
  3. Oren says:

    bukan ke hari tu dah nekad nak bertudung? Allahu… :(

    0

    0
  4. ntahapeape says:

    Aah la… Bukan ke si fathia ni da bertudung skrg? Cantik gila kot dia pakai tudung.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Da main ke belumm???

    0

    0
  6. nana says:

    kelamarin kuar tv3 tak bertudung promote produk..tu yg pelik

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bang nara, xde nak cakap bnyak… Cuma nak nasihatkan bang nara DELETE post yang pasal siti sarah ngan ammar .ada gmbar x sepatutnya. Klu suami / isteri masing2 baca dan tgk post tu kecik hati tau.

    0

    0
  8. makEnon says:

    Bukan ke Baim ni dgn Elfira Loy? Hurmmmmm

    0

    0
  9. ms tuah says:

    jangan berangan missy u tak sehebat ayda ok,lakonan forever kayu,atleast ms jebat pandai berlakun dan nyanyi

    0

    0
  10. NARARANA says:

    Ini Pic Sebelum Bertudung lagi kan..Nara ni pun Concern lah sikit kalau nak buat post pun..

    0

    0
  11. Annoyed. says:

    Boring la dia ni. News keluar pasal cinta je.

    0

    0