Written by Bella | April 20th, 2016

Umum mengetahui pelakon kanak-kanak Mia Sara sudah mengenakan hijab sepenuhnya selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada awal Januari lepas.

Seperti selebriti lain, Mia juga menggunakan kesempatan ini untuk mengeluarkan jenama tudung serta jubah sendiri, yang dikenali dengan nama MS Couture.

Mia berharap tiada pihak yang akan meniru rekaan tudungnya seperti yang berlaku kepada jenama popular seperti Naelofar Hijab dan Fareeda.

Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.

Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya.

Semalam satu sidang media telah diadakan bagi memperkenalkan koleksi MS Couture dan pada majlis tersebut, Mia merasa sebak saat terkenang kembali kesusahan ketika mula-mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan.

Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.

Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah. Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga.

Kecil-kecil lagi Mia Sara sudah mula mahu berniaga dan memperkenalkan jenama tudungnya sendiri, tapi macam trend pula lepas berhijab kena ada koleksi tudung sendiri pula. Emm2..

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to Saya Harap Tiada Orang Yang Ciplak Tudung Saya – Mia Sara

  1. Anonymous says:

    kipidap dik.. usaha tngga kejayaan.. xkisah la lepas berhijab bukak bisnes tudung..nk beli..beli..xnak sudah..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Aah dikkkkk…. tak kesoh ler pas berhijab bukak bisnes tudong… bukak jerrr… tak kesoh ler tudung kpala ke, tudong saji ke… asal ko btudung lingkop baru ler laris ko punye tudong… strategi bisnes gitew! Tak hagak2 ko nye strategi kann… nmpk sgt btudong sbb berbisnes. Pahtu bising tak laku blakon… puih.

      0

      0
      • Hit says:

        kesian budak ni. kecik2 lagi dah kena bingung pasal kehidupan. mudahan tak semput awal macam michael jackson.

        0

        0
        • kak nam says:

          bagus mia, cipta dan design sendiri taw tudung2 tu. jangan pulok import dr vietnam lepas tu klaim tu hak cipta sendiri…huhuhuk.

          0

          0
        • Zack says:

          bagi lah sokongan kt dia. jual tudong je kot bukan dia buat bisnes2 yg menjahanamkan masyarakat. sekurang-kurangnya dia x buat benda2 pelik. bukannya dia jual pil kuda!

          0

          0
      • akak vogue says:

        kpd mia sara, akak nk pesan sikit lah ye. kalu jual tudung tu bior la bukan yg jenis singkat. bukan apa dik, takut nanti nmpk shape dada terjojol. nanti laki akak bising. lebih baik pakai tudung saji je..katanya.

        0

        0
    • Untasha Senrosak says:

      aku ingat nk meniaga apom balik. apom balik akuni ala2 kek gardenia. lembu dan gebu uols. dipasarkan di timur tengah. ramai sgt dah jual tudung ni. mesti pak2 arab suka aku punya apom neh. ko ghase???

      0

      0
    • Anonymous says:

      Apasal bapak kau bagi tanggungjawap menyara diorg ke dik..ko sepatutnya g skola main dgn kawan2 sekali sekala promote la tudung kau, bkn sampai nak pikir tudung kau laku ke x, yang bapak kau tu nak jadi apa mkn hasil anak pulak..pelik la manusia sekarang

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Tudung.. Hakikatnya sama je fesyennya.. Tpi bgus la kcik dh bisnes.. Dh besar jd jutawan.. Tpi pelajaran jgn tggal..

    0

    0
  3. melati says:

    Adikkkkk oiiii…mungkin saya maaf kan Adik sebab blom Dewasa lagi….ni nasihat jewww adik….kalau kita baru nk niaga , jgn lah kita terus riak…Contoh Adik ckp ni Harap takder org ciplak Tudung saya….., kikta blom tahu lagi ader kah org nk beli tudung kita atau tidak…….Strategic kalau baru mula berniaga jgn riak…sepatut nya Adik tulis Saya baru dlm bidang ni..kalau ader aper2 silap maaf kan saya…..bukanya Harap takder org ciplak…..adik anggap macam tudung tu ramai yg tempah….takper lew Adik, saya maaf kan…yg penting lepas ni jgn lah ckp RM50 juta ..macam Neelofa…ok Dikkk….Mia..

    0

    0
    • Tema Camelia says:

      what do you expect from a 10-year-old kid? Tau pulak dia stretegi perniagaan bagai tu. Akaun pun belum pandai buat… Kesian dak mia ni kecik2 dah kena pikir macamana nak buat duit. Enjoy childhood dulu taw dik. Takut besor sat gi baru nak enjoy, pastu depress, pastu god knows what happen.

      0

      0
  4. Najis says:

    Artis Malaysia rata2 buat business. Dahtu business common je semua. Ew

    0

    0
    • Ennn says:

      Dulu ada retis bukak bisnes jual belacan tak menjadik, ada gak yg buat bisnes jual kasut tiruan kena repot, ada plak nak buat bisnes jual perabot. Jadi nak selamat buat ajelah bisnes yg bole ‘jual’ buat masa ni.

      0

      0
      • Tumpang Celah says:

        Masyarakat Malaysia suka ikut trend dan meniru. Ramai yg xnk ambil risiko. Mentaliti lapok ni bkn saja artis tapi org biasa juga. Kalu biznez org lain maju, kalu dia buat biznez sama mesti dia maju juga. Pemikiran ni harus disingkir. Kita perlu kreatif dan jana idea sendiri. Seorang buat 10 meniru. Padahal business management, marketing, akaun, stok dan tk belajar pun. Lepas tu tanya dimana silap…nk berniaga kena ada ilmu. Barulah risiko nk angkat bungkos rendah…ini ko main belasah je Bedah!

        0

        0
    • x says:

      Sama juga dgn drama melayu.semua nak kisah kemaruk celah kangkang dan aksi makan bersungguh.

      0

      0
  5. xyz says:

    Alhamdulillah tahniah dik, semoga murah rezeki ya..btw muka mcm nak iras mawar fareeda pula ;)

    0

    0
  6. SoulFly says:

    Kenapa aku rasa mia sara ni seperti dipaksa matang sebelum waktunya.
    Adakah hanya aku je yg berfikir sedemikian???

    0

    0
    • Terbaik says:

      erm…. ssh jgk nak ckp. tp pd pandangan aku kan lbih baik dia study dulu. lgpun umur2 mcm nie bkn blh bg tekanan sgt pd dia sbb masih budak. klu budak bniaga gula2 kt sklh ok lg laa. nie bniaga besar2 an kot.. takut nti fokus hilang kat pelajaran.

      #maaf yea dik.. nie pandangan akak je. mungkin betul dan mungkin silap.

      #simpan duit berlakon tu utk continue study kt oversea. akk x dpt smbung study wlupun cgpa akk tinggi sbb xde duit. pbelanjaan permulaan sgt mahal sblm dpt mana2 pinjaman @ biasiswa.

      0

      0
      • Normala says:

        Saya rasa perkataan paksaan tu salah. Budak2 kalau dipaksa tapi mereka taknak ..x boleh buat apa2 juga. Mia ni didedahkan dlm industri awal berbanding kanak2 lain. Dan punyai bakat. Jadi teruskan saja. Setiap kanak2 lain cara, karektor dan bakatnya. Tiada istilah paksaan. Kalau semua manusia sama dlm Malaysia ni, jadi robotlah orang2 Msia. Terpulang pada ibu bapa dan anak tu. Dia dibayar berlakon bukan percuma. Dia diberi pendidikan bukan dibiarkan berlakon je. Tak salah kot. Yang salah kita masyarakat yg selalu membandingkan antara satu sama lain.

        0

        0
    • Anonymous says:

      aku setuju aku setuju..disebalik kata kata dan perbuatan si mia ni..adalah orang dewasa yg mengajarnya..atau lebih tepat..memaksa demi keuntungan diri sendiri..budak masih berhingus ooi kak abang. .biorlah dia main masak2 dulu..aku tegk si mia ni tua seblum masanya..kesian..zaman kanak2 hanya sekali takkan berulang lagi dik oooi…pikir2kanlah ya bagi mereka yg hanya pentingkan diri sendiri tuuu..so stereotype…nak jual tudung..nak jual tudung…nak jual tudung…nak jual tudung…hmmmm

      0

      0
  7. loyalmalaysian says:

    aku tgk tudung semua lebih kurang sama je…ade beza pon senget kan sini sikit tampal bunga sikit…jahit labuci sikit…eee sama je…

    0

    0
  8. fatt says:

    ko dah kenapa statetment macam orang tua..padahal upsr pun tak lepas lagik..

    0

    0
    • miera says:

      jahat juga org m’sia ni..budak2 mcm mia ni pn ada yg nak kutuk..bagi smangat la kat dia..skurang2 nya dia nak majukan diri..

      0

      0
  9. natalie says:

    dia budak agi mana tau riak nie smua. masih mentah. bdk bdk kan selalu cakap apa yang ada dalam hati. perasaan dia. sama la mcm bdk bdk lain kalau buat sesuatu mesti nanti dorang cakap “kita nak menang. kita punya bagus”. tapi padahal dorang tak maksud apa apa. lagipun dia ada cakap yang dia baca artikel pasal masalah tiruan penjual lain jadi dia cuma luahkan je perasaan yang dia harap tak ada orang ciplak tudung dengan jubah dia. apa pun harap ibu dan ayah dia akan bantu dia dalam perniagaan. semoga tabah dalam dunia business nie.

    0

    0
  10. ungu says:

    mia kan rapat ngn fizo omar dari kecik.. mst fizo bg idea n ilmu sikit ttg selok belok buat bisnes tudung ni kan..bgus la..kcik2 dh pndai mniaga..sng dh besar nti ade duit sndiri tak ya pinjam ptptn utk smbung study mcm aku

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Sedih bisnes ms mula2 bukak tak laku (dan dia ngaku ms tu belom bertudung). Then now ngaku happy sgt bisnes dah laku slepas betudung. Statement jenis apa tu yg menampakkan sendiri btudung sbb nk berbisnes? Tlg laa rangka statement untuk budak ni dulu mak bapaknye oiii… kan dah kantoi kua pengakuan iklas sbb btudong tuh lol

    0

    0
    • Natalie says:

      tu pun jadi masalah ke. cuba fikir positive. Fikir macam nie, dia tu budak agi. Belum baligh pun. Mungkin parents dia bilang dia, kalau Mia nk rezeki tudung masok, dekatlah diri dengan Allah. Sebab tu dia cakap lepas dia bertudung, rezeki masok luas. Itu lah satu cara untuk ajak bdk-bdk nie tentang rezeki. Makna kalau dia dekatkan diri dengan Allah, jaga pakaian jaga segala-galanya, insyaAllah Allah akan beri ganjaran rezeki dan lain lain lagi pada kita. dia budak lagi. kita dulu umur dia pun sama jugak. biar la dia belajar berniaga. jadi dia tau ssh senangnya. Segala galanya berlaku dengan rahmat Allah dan dalam perbagai bentuk. Mungkin dalam umur dia nie, dia dapat hidayah melalui business tudung dia. Kita doakan je.

      0

      0
    • nana says:

      dia tu budak lagi..ntah2 belum baligh lagi.. kau ni kenapa persoalkan niat org bertudung? ustaz sendiri cakap, bertudunglah walaupun terpaksa..

      0

      0
      • Anonymous says:

        bertudung walau dipaksa…ada pahala ke kalau buat sesuatu bukan kerana allah..tapi kerana terpaksa..segala yg kita buat diikuti dgn niat bukan ketana terpaksa..
        .

        0

        0
  12. fifizafa says:

    mia ni umur berapa ye?

    0

    0
  13. bukan peminat tudung fredada says:

    Keep It up dik… Tapi akk harap nanti jual tudung jangan singkat2 ye dik… Labuh2 kanlah tudung tu… Akk takut penjual kena tanggung dosa Sama sebab jual tudung singkat. Org pakai tudung ofcos nk keluar rumah kan. Jgn jadi mcm tudung freedada ye dikk… Good luck in ur bisnez.

    0

    0
  14. dora says:

    Alhamdulillah…krg2 bertudung walopun kecik lagi..ni yg tua bangka nak expired date pun ada lagi tak pakai…yg pakai on off pun hado…tp xpa la…kubur masing2 kan….hahaha

    0

    0
  15. Lorat says:

    Boleh kira berapa kerat jer artis yang tak jual tudung sekarang ni kan, apa memang wanita malaysia tak cukup tudung?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bukan x cukup tudung tapi x cukup labuh. Huhu

      0

      0
    • Anonymous says:

      tudung market/niche dia besar. bukan saja di msia malah brunei, indonesia dan timur tengah juga. potensi besar….luas. tu la pasal.

      0

      0
  16. Mi Mi Mi says:

    bagus Mia ni, walaupun kecil lagi tp matang. pandai cari duit utk sara keluarga. moga Allah beri rezeki yang luas pada Mia.

    0

    0
  17. saya dah lama bertudung says:

    Semua yg buat tudung ni ciplak .. ciplak dari mana? ciplak dari Allah la sebab yg pasti idea tudung ni datang dari Allah Subhanahuwata’ala.. kalo kita percaya yg datang tu dari Allah, kita pasti tak kisah tudung kita di tiru org. Dan sekiranya kita Redho dan paham maksud rezeki, maka akan luas lagi rezeki kita. Wallahu’alam

    0

    0
  18. Nasihat says:

    Jangan lupa bayar zakat pernigaan ye dik. Tu penting…ramai yg buat2 lupa.

    0

    0
  19. Nenek says:

    Alangkah bagusnya kalau Astro carik bakal usahawan muda. Asyik2 semua nk cari bakat nyanyi je. Yg tersedia ada pun susah nk dpt job! Harap buat la show didik insan2 mcm ni cara berniaga!

    0

    0
  20. Sue says:

    Korang ni, bagi lah semangat kat dia. Ada je budak-budak yang lebih matang dari usia. eloklah tu dia nak belajar berdikari. Sekarang trend lah kot tudung macam-macam. sekurang-kurangnya dapat bagi keyakinan kepda wanita bertudung untuk bergaya. Pilihan di tangan kaum hawa untuk pilih tudung yang sesuai. Saham akhirat untuk dia sebab menyampaikan kewajipan bertudung melalui bisnes tudung. Saya dulu pun tak bertudung sebab tak yakin dapat berfesyen. sekarang Alhamdulillah banyak pilihan dan masih berusaha untuk mengekalkan suruhanNya. Pelan pelan adik, nanti keluarkan tudung yang labuh dan ceria warnanya pulak ok. Good Luck!

    0

    0
  21. markonah says:

    artis2 yg baru insaf pki tudung ni satu ja yg aku geram..
    da la br insaf…ajet2 alim sbulan dua pastu jual tudung..boleh plak ckp org ciplak tudung dia..?..deiii..sblm ko pki tudung lg org psr mlm da jual tudung tau…sape ciplak sape ni..??..

    0

    0
  22. Tinot says:

    Biarla dia pun ada hak nak meniaga.harusla kene buat bisnes.rasa ayah dia dah tak keje sbb sblum ni ayah dia jd manager dia.bile offer dah kurang dia kne fikirkan bisnes yg bleh naik waktu ni.tak salah dia jual tudung srmentara nama dia org still kenal.so bleh gunakan nama dia utk lariskan jualan nak banding ngn org luar susah nak dpt market.at the same time bg keje kat ayah dia.

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Mia Sara ni berlakon, buat business tudung sebab nak sara bapak dia. Statement ni semua bapak dia dia yg aturkan. Bapak dia kan pengurus dia. Mak dia takde terlibat sebab mak dan bapak dia dah bercerai. Kesian…kena jadi kecik kecik dah jadi buruh paksa dek bapak sendiri. Kes pengunaan buruh paksa kanak kanak dah ni….

    0

    0
  24. .... says:

    Dngan budak pwon korang komen ntah apa2…mcm korang plk kebudak budak kan..ish..yg tua tunjuk teladan mcm ney kat budak2…x pyh jdi mak bapak la korang..dah tentu 1 aqi ank korang prangai mcm korang x blh pkai weeekkkk..

    0

    0
  25. Hamba Allah says:

    Korang ni agak2 lah cara nk komen, kan bdk lg tu..cuma mesej tu patutnya smp pd famili dia. Bukan tanggungjwb dia pun mencari rezeki.

    0

    0
  26. cendawan says:

    My opinion lah…
    Biarlah mia ni enjoy dulu zaman kanak2 dia…. rasanya blom masanya nak ber ‘business’ bagai… Tak salah nak ajar anak bersusah2 payah dahulu utk dapatkan duit….tp agak2 lah kot…
    Pe pun mak ayah kena main peranan… Good Luck Mia…

    0

    0
  27. Anonymous says:

    nanti bila mia da besar mia akan rindu zaman kanak2.. mencari duit bukan tanggungjawab mia w/pun suka2.. i really pitty u mia

    0

    0
  28. Kesiankau says:

    Belajo jela dulu dikk bukan xnk bg semangat tp emm matang sblm usianya. bknnya ko xniaga xleh berjaya dik. ko sabojap je tggu beso sikit

    0

    0
  29. Ezlynn says:

    She is so young dah start macam2 kareer..berlakon lah…jual tudung lah..ntah apa lagi nanti. I hope she still given time to enjoy life as a normal 10 year old girl….tak mau nanti umur 18 tahun dah burn-out..bisnes kemana…tudung kemana…sekolah kemana…duit habis gitu saja.

    0

    0
  30. maria says:

    buruk nya tudung kau dik.. buat la design yg sweet2 untuk budak2.. ni design makcik2.. adoiii… taste ke laut la

    0

    0
  31. Yekeni says:

    Tudung design, ordinary. Kain beli kat kedai kain. Takde istilah orang ciplak ok

    Lainlah kalau corak kain design sendiri, pergi hantar cetak.

    Orang cuma tak boleh ciplak nama MS coutiure tu. But they can put SM couture.

    Anyway, agak2 lah bila pilih nama… Couture? Your tudungs are ready made, ordinary tudung. Not exclusive. Dah mcm melayu bernama mat salleh. Indah khabar dari rupa.

    These comments are not directed to mia. It’s for the adults who are the ones running the business.

    0

    0
  32. kak jemah says:

    kesian nya..dia kan masih budak2..patut nya still enjoy zaman budak2 dia..focus kt study.. ni dah stress2 pasal duit etc… hidup masih pnjg lg :(

    0

    0
  33. nilam says:

    mia sara good job.. kecik2 dah pandai fikir cari duit… tapi jgn lupe enjoy masa muda ni ngn kawan2 belajar di sekolah ye… kerana anda masih muda byk lagi utk belajar.. bagus berbisnes tudung tapi jgn mcm sesetengah artis bukak bisnes tudung n pakai tudung tapi pergi luar negara tudung hilang entah ke mana… biar kita ikhlas dalam berbuat apa2 pekerjaan sekalipun kerana Allah Ta’ala… bisnes bukan utk kaya tapi biar kita mencari redha Allah..

    0

    0
  34. MK says:

    TAK SALAH KALAU NAK JUAL TUDUNG, TAPI BELAJAR LAH DULU,PELAJARAN TU KAN PENTING.

    0

    0
  35. MK says:

    KALAU BETUL LAH MIA NAK JUAL TUDUNG, JUAL BETUL-BETUL. JANGAN PUTUS ASA.

    0

    0